MEH LAH KLIK...

Wednesday, January 18, 2012

Islam agama indah

Ramai tanya perubahan lepas haji. Ini jawapan aku:

Aku rasa biasa-biasa saja, tiada lah apa yang berubah. Macam tudung aku makin panjang atau aku pakai abaya berjalan2. Dari segi pakaian, masih macam dulu. Dari segi perasaan, macam biasa, cuma lebih kepada lega, sebab sudah tunai rukun. Alhamdulillah. Semuanya macam biasa sahaja.

Sekarang ni lebih banyak dengar muzik dan online macam biasa. Severe juga kebergantungan aku dengan internet ni. Agak teruk lah juga.

Perkara yang aku tidak berapa berkenan atmosfera alam maya di Malaysia sekarang ialah influx kemunculan ustad ustad internetwi. Bukan aku ni anti ustad, tapi yang aku perasan lah kan ada antara ustad ni suka sangat menerakhakan orang lain, terutama kaum wanita. Baik dalam facebook, twitter, youtube dan blog, bercambah2 ustad2 internet ni.

Lepas tu muncul lah hukum hakam yang kadang2 mengelirukan orang ramai. Kejap McD haram, kejap KFC haram, tak cukup dengan itu coca cola, ribena segala. Kadang2 ustad tu jawab berdasarkan soalan. Jadi hukum tu sangat spesifik mengikut kes study (soalan) berkenaan. Tapi tafsiran pengguna internet ni bercampur baur. So bukan lah salah ustad tu juga.

Akan tetapi ustad2 aku mohon sangat berhati-hati menghalal haram kan perkara ni. Sebab kamu tu namanya ustad, orang ramai serba serbi sedikit sebanyak terpengaruh kata2 kamu. Kalau yang bijak tu dia ada usaha nak verify hukum hakam yang kamu putuskan.. Yang tak berapa bijak amacam?

Let me be clear, aku minum coca cola, ribena. Makan McD, makan KFC. Kalau ada ustad kata harom, aku dengan yakin tetap telan ribena, coke, McD segala. Tanpa was was.

Bila berkaitan dengan kaum wanita, asyik memanjang lah kaum wanita salah. Hantaran mahal salahkan wanita, kes cerai salahkan wanita, suami kawin lain salahkan wanita, asyik2 masuk nerakha. Siap ada orang update status di Facebook ciri-ciri isteri nerakha. Apa jahanam lah isteri pun kau nerakhakan. Memang lah ada isteri yang mungkar/ingkar/lawan cakap, kan tu dah memang tugas suami menjaga isteri. Dah agak2 tak mampu hendak menjaga isteri, well you know what to do kan. Tak Tahu Apa Nak Buat? nampak sangat diri sendiri yang ilmu cetek nak jadi suami. Tapi tetap tak mengaku lalu salahkan isteri.

Wanita ni tanggungjawab lelaki. Dan juga ujian untuk lelaki. Kalau asyik2 kau nerakhakan wanita.. habis tu kau mahu kahwin dengan siapa? Lelaki? Kau nak berteman buat seks dengan siapa kalau asyik2 nak mencerca isteri, mengungkit ketidaksempurnaan isteri. Lepas tu pandai pula berpayung emas bagai konon hadis, entah hadis mana kau cedok? hadis Uslaimatul kazzab? Tolong lah for once jadi lelaki sejati. Bukan pengecut with no balls.

Islam ni agama indah, Allah SWT maha pengasih, maha penyayang, maha pengampun, maha pemurah, maha kaya, maha berkuasa.

Kenapa lah ceramah agama kau tu asyik masuk nerakha.. cuba highlight perkara2 yang indah, yang syorga, yang baik, yang cinta, yang gembira. Ustad-ustad jangan lah hanya pandai send women to hell and blame women and Jews for everything. Kau ni Nazi chauvinist ke apa?

Kalau asyik cakap masuk nerakha, nanti orang agama lain kata orang islam ni asyik2 masuk nerakha. Cuba lah sekali2 highlight, keindahan ibadat ke.. sifat Rasulallah yang wajar diikuti and so on.. instead of menerakhakan orang lain bagaikan engkau punya tiket masuk ke syorga.

Apa korang ingat tidak depress asyik2 orang mengata kau masuk nerakha.

Ustads, Nerakha syorga, Dosa pahala, semua itu rahsia Allah. Kita tidak tahu lagi mana pengakhiran kita. So tak payah nak judgemental berlebihan sampai orang nak minum coca cola pun korang pandang semacam, macam kan dia tu order menu dari nerakha.

No comments: