MEH LAH KLIK...

Thursday, September 22, 2011

Novel Pecah

1. Saya tweet, "pembacaan siri buku fixi adalah afdal dimulakan dengan Pecah @nizambakeri".

2. Cerita tidak tipikal dan ada cerita. Penghujung is predictable, well what the heck, still good. Cuma cerita (plot?) kadang ditarik ke depan ke belakang, masa sekarang, 2007, tahun 1960's. Aku tidak berapa gemar cerita yang plotnya ke depan ke belakang, sejak membaca novel Terminal Tiga semasa tingkatan 4.

3. Kadang-kadang ada unsur meleret bila menerangkan sesuatu. Contoh (bukan contoh sebenar): Memakai baju nya, memilih rona berwarna cerah, sedikit coretan batik di bawah rusuk kiri... On and on... tentang baju tersebut. Untuk orang yang tidak punya attention span seorang genius agak sukar.

4. Watak Yaya berhubungan darah dengan Pak Chu. Ini aku tidak gemar.

5. Ketika baca, dalam kepala hotak aku ialah filem Pulp Fiction.

6. All in all saya suka cerita novel Pecah. Sudah order siri buku fixi seterusnya untuk di baca iaitu Cekik. Mungkin sekarang sudah dalam perjalanan ke kotak surat saya.

1 comment:

khairul h. said...

1. Saya tweet, "pembacaan siri buku fixi adalah afdal dimulakan dengan Pecah"

Setuju!