MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 27, 2011

Bukan Marah Burung

Hari tu aku ada tertengok filem The Expendables. Dalam cerita wayang Bom Kapooww ni ada satu scene masa Si Statham dan Stallone pergi ke Pulau diktator untuk recce keadaan disana, mereka menyamar sebagai ahli kaji unggas atau ornithologist (pergh aku eja betul eh?).

Tiba-tiba aku teringat satu scene dalam wayang lama Dogs of War lakonan Christopher Walken. Walken berlakon sebagai spy apa ntah... tapi dalam cerita tu dia juga menyamar sebagai ornithologist.

Aku membuat keputusan pembikin The Expendables mencedok idea penyamaran sebagai ornithologist dari Dogs of War (Booooooo!!!). Tapi scene penyamaran dalam Dogs of War lebih meyakinkan kerana siap2 main teka2 nama native species of bird. Dalam The Expendables pula hanya tayang kamera dslr, sahaja, beside, siapa yang percaya muka macam bouncer night club si Statham dan Stallone tu ahli kaji unggas?

Aku pernah jumpa dan diajar oleh ornithologist sebenar. Mereka sangat normal.

Wayang lain yang ditonton baru baru ini

1. No String Attached
2. 3 Idiots

3 Idiots sangat bagus, hmm.. patut ditayang semasa sambutan hari guru di sekolah-sekolah. Untuk tontonan para guru bukan murid. Agak janggal jika anak murid dan cikgu bersama-sama menonton Amir Khan menari dan menyanyi dengan hanya dibalut kain nipis yang basah dalam bilik mandi.

No String Attached typical hollywood movie rasanya. Tapi aku suka movie ini. Less commitment, less hurt. Hmmm... tapi sampai bila mahu freestyle kan? When the time comes... trust me... you'll know.

1 comment:

JAIRO said...

ada lagi movie yang baru siap donlot