MEH LAH KLIK...

Friday, April 8, 2011

Sibuk berkicau dialam maya

Mentang mentang ligat twit, sejuk blog tak bersentuh. Novel2 pun sejuk juga, entah bila lah nak sentuh balik. I feel heavy, berat badan naik kot? eh.. entah. Takut nak timbang. Tapi sekarang hard to breath, tak tau lah. Nak kata kenyang, makan seadanya tadi, actually I cut down food uptake. Lunch kuih, pagi mi kantin sebungkus, and drink tea and plain water, malam kadang2 makan nasi, tapi berazam nak mengelak nasi. Avoiding milked drink. Walaupun teh susu tu memang sukar ditewaskan dugaannya. Kebetulan minggu ni hari ni meeting and visiting like hari hari, lepas tu konfem ada minum2 sikit. Yeah.. sejak isnin kot.

Aku dah pindah bilik ofis, pergh..merasa juga lah lenguh walaupun sekadar pindah different wing kan. Kunci bilik lama lepas balik dari outstation aku pulangkan. Minggu depan outstation isnin-rabu.

Malas nak tengok tv waktu pilihanraya ni. Bosan sangat sangat. Penat lah wei dah masuk 3 tahun dah cerita pilihanraya politik tak habis. Lepas pilihanraya, lompat parti, gaduh di DUN, pilihanraya kecil, kes liwat, kes video lucah, kes kuali kat gerai orang di Penang dirampas penguatkuasa. Bodoh.

Apa nak buat we have rapist, sexist, racist, porn star, boy lover, father, son and son in law as the lawmakers. Jadi sarkas. Siapa yang undi? kita juga. Ni bukan pasal BN, PKR, PAS DAP ntah apa haromjaddah, ni pasal kita keep on wasting energy on benda bukan2. Punggung siapa yang kena liwat ni? punggung pengundi, tak kisah lah kau undi PKR or Umno or BN whatever. Semua pun macam sama harom.

Hey TV3, cukup lah korang belasah Anwar Berahim tu, jangan kacau isteri anak dia boleh tak? Memang lah isteri anak dia politicians juga, tapi agak agak lah wei. Azizah is stronger than Anwar. Tak kisah lah Anwar betul atau salah. Tapi korang tiada belas kasihan kah? Dah lah hasben dia ada kes itu ini, lagi kau asak dia tanya mana jam omega lah, apa lagi entah. Kalau nak kutuk suami dia tu aku tak kisah, biasalah politik. Tapi suami ni pun satu, prone lah nak drag bini dan anak untuk kepentingan diri.

Semua pun tamak kan kuasa. Moga kita semua diberikan kekuatan dan dilindung ALLAH SWT untuk menghadapi semua mess ini.

Speak about TV3, aku tengok bersamamu minggu ni. Kesian sungguh keluarga tu, masa penggambaran bersamamu, anak mereka meninggal dunia setelah menghidap kanser. Kesian dengan anak yang meninggal tu, dia baru 15 years old. Mak dia memang sabar, so did the father. Tak boleh nak bayang lah hati ibu macam mana bila anak meninggal. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat kepada roh arwah dan semoga ALLAH SWT memberikan kesabaran kepada ibu bapa dan keluarga arwah.

No comments: