MEH LAH KLIK...

Saturday, April 2, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Biasa biasa sahaja. Ini tahap kebencian dan kesukaan aku sama level masa aku tengok Solomon Kane. Dah basi dah.. tapi I nak review juga.

Suka

1. Line Kemawas, "Mengintai dibawah tudung saji" "Empangan yang sudah dibuka masakan dapat ditahan airnya". Masa aku tengok wayang ada 1-2 rows budak SM Sains Sabah (mereka pakai tshirt sekolah) tengok sekali. They were woofing masa dialog ni dituturkan and some hormonal giggles. Masa dah habis tengok bukan main lagi meratib2 lah anak2 baru akil baligh ini akan dialog si Kemawas. Walaupun line ini tak se cult "Tipah Tertipu" atau Nyonya Mansor's "Ala Kassim" tapi kira memorable lah juga.

2. Khir Rahman

3. Puteri Cina

4. Watak Geruda dan Jentayu. Olahan yang bijak menamakan Lanun sebagai Geruda dan Jentayu kapal Merong. Sebab kalau tiba2 cerita ni pasal Merong menentang burung mistik zaman hindu kuno lagi lebat kutuk dan kontroversi (?).

5. Goa scene.

6. Shirtless Stephen Rahman

7. Ada Narrator. Bagi aku penting untuk wayang macam ni untuk ada watak Narrator. Bijaknya Narrator pula ialah Pra Ong Mahawangsa, keturunan Merong.

Benci

1. Setiap kali Stephen Rahman bercakap. Geram aku. Ini bukan masalah penguasaan bahasa ini masalah gaya penyampaian yang minta dicekik. Cis.. perosak betul. Adakah patut tanya orang yang terang2 parang tercacak di dada "Sakit?". Ok, to be fair, ini bukan salah Stephen Rahman, mungkin juga salah Yusri what so ever. Bodoh betul part tu.

2. Rambut Palsu. waddefak?

3. Putera Rom yang bertukar menjadi karate kid.

4. Masa watak Kesum the Gandalf ketuk ketuk buat keris tu. Ok, dia kata keris itu keris meteor. Tapi kenapa dia menempa keris meteor yang sepatutnya dibuat untuk raja (mengikut ramalan tapa) dengan sambil lewa. Pas tu si Gandalf ni dia kejap ketuk di besi merah, kejap ketuk tersasar atas kayu. Keris untuk raja dibuat dari material dari langit kau main ketuk ikut suka sambil sembang. Ritual lah sikit, ini keris zaman Dewaraja ni, zaman mistik, zaman siluman dan dewata, simbol segala simbol. Teliti lah sikit. Lepas tu hasilnya ialah keris moden.

5. Craig Fong. Why on earth dia ni berlakon semula. Aku memang tertunggu2 watak ni dimatikan segera. Cis bedebah sungguh!

6. Craig Fong and Stephen Rahman dalam 1 scene.

7. Fighting scene yang nampak seperti ada orang tertekan butang fast forward.

Bahasa aku tak ada masalah sangat. Bukan senang kau nak tulis bahasa latin kan, sangat rare untuk kau jumpa orang yang boleh bicara bahasa latin. Alangkan Hollywood pun pakai English untuk filem yang patut guna bahasa bukan inggeris (e.g. Gladiator, Schenider's list, Munich, Troy, Alexander, 300, Valkyrie). Cuma aku confuse sikit, bila si Puteri Cina tiba2 bercakap sepotong ayat latin walaupun general ideanya English dalam cerita ini ialah latin. Cuma aku tak suka Inang dan Puteri bercakap English sesama mereka.

Kalau nak filem dengan bahasa yang sesuai aku rasa setakat ni hanya filem Mel Gibson sahaja sesuai dengan selera aku (Braveheart, The Passion of Christ, Apocalypto).

Tak lah expect filem ni dibuat macam Braveheart kan.. kira ok lah juga. Kalau bagi gred, dapat B-. Kalau compare dengan Puteri Gunung Ledang, aku still pilih Hikayat Merong Mahawangsa atas sebab moral dan juga originality cerita.

p/s: Moral sebab kerja aku memang dengan lumut. Directly related to the plant. So I forbid myself from liking Puteri Gunung Ledang. Produksinya tiada kesedaran memusnah lumut. Cis sungguh!

1 comment:

Jentayu said...

ohh..okeh. part dlm cerita ni rupanya..haha