MEH LAH KLIK...

Saturday, March 26, 2011

Animal Farm by George Orwell

Sudah habis. Jarang aku baca buku secepat ini. It is good indeed!. Buku ini ialah satira kepada Revolusi Russia dan fahaman komunisme. Akan tetapi, amat sesuai dengan masa sekarang, bila mana negara rantau Arab sedang mengalami Revolusi Jasmine. Dan Malaysia pula akan berpilihanraya umum, dan sekarang Sarawak sedang dalam mood pilihanraya negeri. Para diktator, Ben Ali, Gadaffi, Mubarak, ramai lagi. Mereka ini sebenarnya menjadi orang yang mereka tentang 30 tahun yang lalu. Same goes to Fidel, Hitler.

Berbalik kepada cerita Animal Farm. Pemberontakkan telah berlaku di Ladang Manor selepas kematian seekor babi tua bernama Old Major. Sebelum mati, Old Major menggalakkan para haiwan di ladang menentang tuan mereka, En. Jones. Major malahan mengajarkan lagu Beasts of England, yang kemudian menjadi battle cry kepada pemberontakkan. Pemberontakkan berjaya dilakukan oleh kumpulan binatang yang diketuai oleh kumpulan babi. Mereka mengikuti arahan 2 ekor babi utama iaitu Snowball dan Napoleon.

Binatang menguruskan ladang sendiri berdasarkan 7 Perintah. Babi menyerlah kerana mereka lebih bijak dan boleh membaca. Binatang lain mengharap kebijaksaanaan babi untuk menguruskan ladang kerana bagi mereka selagi they dont feed human they are in a good hand, walaupun terang terangan babi menggunakan mereka.

Sebuah kapal tidak boleh berlayar lancar jika dikepalai oleh 2 nakhoda. Dengan taktik licik dan kotor, Napoleon berjaya menhapuskan Snowball, maka taring sang diktator mulai menyerlah tanpa rasa bersalah. Napoleon yang dulu bersama para binatang lain menjadi bidak di medan tempur semasa revolusi, kini berubah menjadi ketua yang menghisap darah, tidak ubah seperti En. Jones.

Babak paling menyedihkan aku bila Boxer, seekor kuda gagah perkasa, rajin bekerja, dan setia. Ditipu dan dihantar ke rumah sembelihan. Ini mengingatkan aku kepada kisah Che Guevarra dan Fidel Castro (walaupun mungkin tiada kaitan). Napoleon kemudian berpura pura menangisi kematian Boxer, dengan membuat majlis peringatan untuk Boxer. Boxer, hanya boleh mengenal huruf sampai D. Dia bercadang mengabdikan sisa hidupnya selepas bersara untuk mengenal huruf yang lain. Moto Boxer ialah, "Aku akan bekerja lebih kuat" dan "Napoleon sentiasa betul". Ini lah contoh kesetiaan membuta tuli. Walaupun Boxer sedar bahawa ada yang tidak kena dengan sikap Napoleon, tapi it is beyond his intelligence to really understand what is really wrong in the farm.

Buku ini ialah pengajaran kepada mereka yang dahaga kepada perubahan. Tapi sejarah sentiasa melihatkan kepada kita, in the end, it is all about power. Berubah jika ianya sesuatu yang lebih baik. Menukar En. Jones dengan Napoleon adalah sangat tidak berbaloi. Replacing Jones with Napoleon, is like replacing shit with turd. Dont expect the sweet smell of roses will arise from shit. Or turd.

No comments: