MEH LAH KLIK...

Sunday, February 27, 2011

weekend at Putatan (awas entry panjang)

movie

1. Knowing
Akhirnya aku tengok semula. Cerita ini kalau dibandingkan dengan cerita berkonsepkan kiamat dan apokaliptik yang lain aku tidak berapa suka. Aku suka lagi cerita The Day the Earth Stood Still secara over all. Tapi bagi aku cerita ni lebih baik dari 2012.. (atau equally bad?). Cuma yang lain sikit ialah ending nya kiamat is unstoppable event. Tak kisah lah kau paderi ke, saintis ke, ibu mithali or presiden. Part eventually kiamat tiba tu aku suka, so tak payah nak merepek buat kapal laut besar negara di China, atau meratap menangis dengan seekor syaitan berwajah Keanu Reeves. Kiamat itu pasti. Semua akan musnah.

Cuma ending tu anak si Nicholas Cage selamat (ironi juga dengan konsep "semua akan musnah"), sebab Caleb is the chosen one, begitu juga Abby. So they can start again. Kira ni cerita macam Adam dan Hawa lah, versi junior. Sebab ending tu Caleb dan Abby di sebuah taman of golden grass (garden of Eden?) dan berlari ke arah pokok besar, sila rujuk kisah Viking dan Bible. Well kisah asal usul bangsa Viking pun ada berciri cerita Bible. Aku minta rujuk Bible sebab wayang ini di buat oleh orang Hollywood, so kamurang (if any) dapat faham from Hollywood's POV.

Hollywood (dan orang putih) macam biasa have right to say, Adam and Eve were white, mereka ni, Nabi Isa a.k.a pun mereka anggap White. Fair kah begitu?

2. Nine
Ini cerita macam muzikal, I dont really like it. Waayyyyy toooo Broadway for me. Lagu2 agak ok. Ini cerita pasal Italian filmmaker, tapi I must say, perisanya sangat Amerika (dah namanya based on Broadway).

Aku suka Daniel Day Lewis. I love him. It is hard to watch him macam ni, sebab dalam mind set aku Daniel Day Lewis ni Irish bukan Italian (well dia ada campur2 bukan pure sangat), and watak ni lain dari watak2 dia sebelum ni, which I like lah.

Oh ya, ada Sophia Loren, Penelope Cruz (yay!), Nicole Kidman, Fergie, Kate Hudson, dan Bini Leonardo Di Caprio dalam Inception, Marion Cotillard (she is beautiful! and she is a French!). Semua ada... yang blonde, yang Milf, yang brunette, yang pucat, yang tanned, yang Spanish, yang Amerikan, yang French, yang OZ, yang Italian, rambut lurus, rambut ikal, pandai nyanyi, pandai berlakon, pandai dancing, nah.. it is feast for guy lah... kan.

Me? I have Daniel, the only reason aku tengok Nine sampai habis.

3. *drumroll* Few Good Men.

Awesome! Ok, basically kalau dari segi cerita, Man of Honour lagi all rounded (aku bandingkan yang ni sebab cerita pasal askar2). Apa yang aku suka dalam filem ini ialah deliverance by actors. Star studded actually, ada Tom Cruise, Demi Moore, Kevin Bacon, and Jack "you can't handle the truth" Nicholson. Actors bagus, skrip bagus, cerita bagus. Cerita agak straight forward, pasal kes pembunuhan, and to certain extend, Marine brotherhood, tanpa perlu subplots meleret2 atau perencah bercium, crush, bercinta di sana sini. (aku rasa tiada kissing scene pun cerita ni).

I even berdebar, macam lah ini betul2 hell of fight in a court room and I am in the court room. Ok, agak ekzejereet di situ. Bila Lt. Keffee pause and berbelah bagi nak soal atau tidak Kol. Jassep pasal code red, aku pun ternanti2 (walaupun memang dia akan soal). The way the moment paused tu aku suka. Memang tertanya2.

Jack Nicholson walaupun airtime (dia muncul sesekali saja) tapi monumental. Bagi aku, watak Kolenel ini tidak akan semonumental mana jika bukan kerana Jack Nicholson. Line "you can't handle the truth" came at the right time, right portion, and it pierces straight to the heart.

Aku suka cerita ni, to be fair, aku suka JAG tv series. Maka, mungkin ada bias di situ. And I like man in uniform (hahahahahahahahaha, Confession gitu!). Aku suka Marine kena dengan Navy, dalam cerita ini. Sebab between Marine dan Navy, I like the latter more.

read

1. The Color Purple.

Feel like I must write this in separate entry. Cerita ini well written, aku suka. Kamu yang berminat boleh lah baca. Buku ini agak feminis, well mungkin juga seksis.

I warn, mungkin ada beberapa bahagian dalam cerita ini memaparkan homosexual romance, yang mungkin agak explicit. Tapi cerita ni bukan lah berfokus kepada hubungan itu, tapi kepada women struggle.

Aku suka cerita ni. Enuff said. Detail later.

Speaking of book,

Ada tambahan 3 buku, 1. From Majapahit to Putrajaya, 2. In Cold Blood, 3. Animal Farm.

Makin rabak poket mak uolls. Aku terkejut Animal Farm tu agak mahal (untuk aku lah). Tapi oleh sebab mau baca juga, and ini satu2 nya copy yang tinggal di KK, aku beli juga. I booked on friday di Times 1b, sabtu aku fetch the book di Times Suria Sabah. Jujurnya, aku terdetik mau cuba buku ini selepas baca ini. Terasa seperti di tarik2 untuk baca.

My sister asked, kenapa ada gambar babi di covernya. I said, cerita pasal babi, mestilah ada gambar babi.

Last time, dia tanya kenapa aku baca cerita pasal gay (refer to The Color Purple). I said, I dont discriminate gay literature, and The Color Purple is not about gay.

She thinks I fond America so much. Atau perasan jadi orang Emereka.

I am not orang Emerka, never will. I just want to read books and watch movies. Regardless the nationality. Cuma sekarang aku banyak tengok produk Emerka.

Lain-lain.

Aku pergi Muzium Negeri hari sabtu. First time in 15 years? I cant remember when last time I went there. Saja pergi, sebab memang plan mau jalan2, and I try to avoid the malls. Sad!. Yeah, if I have to choose a word to describe the Museum, Sad is the word. Satu2 nya benda yang berbeza banding 15 tahun lalu ialah rangka Paus yang di paparkan di depan pintu masuk utama. That's it. Yang lain2 pretty much the same. Mereka label Paus berkenaan sebagai "ikan". Feel like ripping off the label. Paus bukan ikan, whale is not a fish, it is a mammal!. You have observed the bone of the animal, you have watched the anatomy closely, and still label it as a fish?. Nasib baik dia tulis "ikan" dan bukan "fish", sekurang2nya orang putih yang baca tidak tahu.

Half of the museum is closed for renovation (well.. hopefully for better). Jadi tidak dapat melawat bahagian Sabah history and all. Ada section Etnografi, well I like it, I suppose. eh? entah lah.

I went to Kampung Warisan. Poorly maintained! Looks like the place is like kampung in Thai horror movie, and it is a perfect ground for mosquito breeding. Everything, like EVERYTHING, is left to collect dust and rot in slow painful death.

The Ethnobotany section is killing me. OMG!. Pathetic. I couldnt believe it is an actual section that provided to document The Ethnobotany of the state. Luckily, The Natural History section is closed (renovation), so the pain is minimized, if not, it would have ruined my Saturday.

I didnt go to galeri seni and muzium tamadun Islam. First KK has two suns, yesterday was soo hot like dalam ketuhar roti nan. Second, I lebih berminat pergi gift shop, sebab Sabahan books banyak dijual disana (ada writers untuk buku Natural History yang saya kenal). But tiada siapa yang beli buku2 disana. I browse few books, especially history books. Thinking about buying Agnes Keith's trilogy, dan buku2 sejarah perang dunia ke 2 di Sabah. Nanti lah, tunggu next next pay day. Sadly, i feel like the salesperson didnt welcome me, ialah aku bukan pelancong kulit putih bawa kamera dslr di leher. Sebab siapa yang pergi muzium?, op koz lah orang putih yang kena rip off dengan travel agent, tentatif melawat muzium memang dimasukkan dalam pakej. Mujur mereka nak datang kan.. if not, the Museum can be used as lokasi penggambaran filem hantu Ahmad Idham.

Not many locals there, ada pun pelancong tempatan dari semenanjung, the rest pemandu pelancong, pemandu bas dan teksi, pekerja muzium, pelukis jual potrait, penjual air, and me.

Part kereta-kereta antik tu saya suka. Ok lah, keep it up!.

Last month I went to Muzium Negara, sebab ada pameran setem dan batik/fabrik dari Pahang. Tapi tidak masuk ke exhibition hall yang lain.

Next Museum? Agnes Keith's House kot? We'll see...

No comments: