MEH LAH KLIK...

Tuesday, February 8, 2011

Watch more movies

Watched:

1. Full Metal Jacket (1987)

Ok, kepada jantan penggemar movie di luar sana. Anda wajib, atas arahan saya, untuk menonton movie ini. Cerita biasa2 macam cerita perang2 yang biasa (ala2 Prebet Lapuk pun ada). You nak cerita lebih dramatik secara audio dan visual boleh lah pergi menonton Saving Private Ryan. Which is faarr more dramatic war movie than this (pada pendapat aku lah.).

Kekuatan movie ini ialah dari segi skrip, pergghhh... itu sangat damn lagi terbaik.

"me love you looong time"
"This my rifle, this my gun, this for work and this for fun"

banyak lagi ahhh...

Korang yang benci movie ini hukumannya ialah layan Gerak Khas The Movie 1 dan 2 dan wayang lain yang skripnya ditulis oleh Shamsul Haslam.

2. Dog Day Afternoon (1975)

Ini aku suka, sebab simple gila cerita filem ni. Yet, aku rasa ada part yang sangat honest. Like underpaid bank workers, The Mouth returned to inside of the bank walaupun ada chance untuk melepaskan diri.

Mungkin ini bukan filem terbaik lakonan Al Pacino. Tapi I tetap suka.

"So what country do you want to go"
"Wyoming"
"Sal, Wyoming's not a country"

Dialog diatas sangat memorable bagi aku. Seingat aku dalam salah satu episod siri Friends, Joey juga pernah menganggap Wyoming ialah sebuah negara (dia bertanya matawang "negara" Wyoming).

3. Australia (2008)

Cerita panjang meleret. Jalan cerita biasa2 tiada yang special sangat, but still ok lah. Ini lebih sesuai menjadi filem rasmi Lembaga Perlancongan Australia.

What I like the most in this movie is shirtless Hugh Jackman Livestock Business War antara Lady Ashley dan The Carneys (which is later headed by crook son in law, Neil.. crook son in law? in Australia? sound familiar isn't it? haha. ok tak lucu).Ini adalah cocktail filem the Legend of the Fall+Tarzan+The Last of the Mohican+Jungle Book. Tapi hasilnya sangat mediocre? aku rasa lah.

Somehow aku mengharap Lady Ashley paid attention to Captain Dutton (kesian kapten).

4. Puteri Gunung Ledang (2004)

Aku memang tak berapa berkenan filem ini kerana filem ini tak ori jalan ceritanya (aku rasa). Anyhow.. oleh kerana kontroversi pemusnahan hutan oleh pihak produksi, dan mengancam lumut lumut. And they easily get away with it. Secara bias nya filem ini sangat tawar hambar di mataku.

NotaKaki: 1 dan 2 DVD. 3 dan 4 TV

2 comments:

JAIRO said...

dlm semua wayang tu.. australia jak aku ndak suka

Jlascanteen said...

Australia tu aku sudah agak cerita macam tu... terlampau banyak subplot (?). Star studded PGL at some point entah apa2 cerita tu.. dan ada shot yang aku rasa sengaja di close up kan untuk cover lokasi shooting sebab nampak sangat bahan binaan dan batu bata dari tahun 2000's A.D.