MEH LAH KLIK...

Friday, February 18, 2011

Jumaat

Aku suka Jumaat. Walaupun hari jumaat selalunya sibuk sebab nak wrap up kerja untuk minggu ini. Aku selalu reserve jumaat sebagai hari untuk spice up my working hours. Atau dalam kata lain mengular lite lite. Sebab lunch hour lebih panjang dari biasa.

Hari jumaat juga dikenali sebagai 1borneo day. Oleh kerana ofisku hanya selontar batu dari 1borneo. Kami, orang2 ofis yang hanya selontar batu jauhnya ni boleh buat pilgrim hari2 semasa lunch hour disana. Tapi duit siapa lah tahan bukan? Untuk jumaat, aku jadi pemurah dengan 1b.

Yes, I am your akak gomen pergi shopping mall masa friday lunch break. So how do I spice my jumaat up?

1. Makan nasi beriyani. Ada kedai northern indian cuisine di 1borneo (well, where else?). Tak lah sedap tahap syorgawi, harga pun so so. Boleh lah kalau setakat seminggu sekali kan. Selalu aku makan nasi beriyani daging lembu masa ngam2 lelaki pulang sembahyang jumaat. Ya, cuci mata sekali. The great thing is, this kedai is located next to kedai jual tv plasma lcd besar dan mahal. Sambil layan preview konsert Air Supply, atau preview rancangan memancing atau animal planet (ikut suka hati kedai tv tu lah nak pasang apa. Kadang2 kau dah syok tengok kongkang (Tarsier) comel tup tup dia tukar orang main snowboard). Visual berteknologi HD, lelaki2 lepas jumaat, nasi beriyani daging lembu, dan teh madras ais. fuuhh...

Ini tempat aku suka pergi seorang diri atau bersama teman2.

2. Harris dan Times
Ini ritual ku. Baca sambil berdiri dengan muka tidak tahu malu. Bak kata pepatah seminggu selembar muka surat (atau 4-5 lembar) lama2 habis satu buku. hahaha.. kira preview sajalah. Selalu kalau suka I beli lah satu jika mampu. Jika belum, tunggu next pay day.

Ini tempat aku suka pergi sendiri2 sahaja.

Begitu lah cerita How I spice my jumaat up (mengada2 kan)

Hari ini, kami celebrate kawan sebab dia lulus exam oral (viva). Tahniah bro, after 3 years. Rezeki beliau agak baik sekarang, sebab next week beliau kena melapor diri pula untuk bekerja sebagai pelatih (and soon posting tetap), Man in Blue. Kena tabik ni. Oleh kerana beliau sibuk mengurus pasal kerja baru nya. Kami combine sekali lah tadi lunch merayakan lulus belajar dengan farewell kepada beliau yang bakal berkhidmat kepada negara. Chewahh... wish you all the best. Kami ni kira adik beradik seperguruan. Banyak juga masa susah kami bersama, keluh kesah sama di upload kegembiraan sama di download.

Somehow macam dia getting married pun ada aku rasa. Padahal he is still single (eh.. rasanya lah). Kesusahan yang 3 tahun tu, hanya yang mengalaminya saja tahu the joy and the pain.

Next up ialah our sister and and abang long lah pula punya turn. Insya Allah. Mudah2an semuanya selamat.

oh ya tadi, torn between In Cold Blood and To Kill a Mockingbird. Tak apa lah, kita beli To Kill a Mockingbird dulu. In Cold Blood, don't worry your time will come, you'll be mine. Next friday..

I love friday!

p/s: I miss my kids so much!

No comments: