MEH LAH KLIK...

Friday, February 11, 2011

Cerita 2 Kisah

Kisah 1

Baru balik dari kedai buku (ok tipu, aku baru bangun nap). Tak kisah lah. Tadi pergi kedai buku, aku nak beli My sister's keeper by Jodi Piccoult. Nak dijadikan cerita, aku sudah pegang buku tu, tinggal bayar. But I have second thought, sebab buku tu kulit dia ada kesan terlipat, pendek kata the last 2 copies left are memang leftover. Tidak sesempurna mana persembahannya.

Dropped it. Pergi kedai buku lain.

Seketika juga aku termangu didepan rak local interest. Hoping aku akan ternampak 120 Malay Movies by Amir Muhammad. Again. Hampa.

I've been doing the exact same thing for many weeks. Sebab aku pernah nampak buku itu tapi tidak beli. Menyesal tak sudah ya'll. Bila nak beli buku tu tiada. Hampir tiap2 minggu aku berharap kedai Times refill rak mereka dengan buku 120 Malay Movies.

So I wandered around the shop.

Pergi literature. Ini adalah ritual.

Then fiction.

Round punya round. Aku ternampak The Color Purple by Alice Walker. Last time di MPH Mid Valley sudah habis katanya. Aku masih tidak puas hati dengan 120 Malay Movies tu, aku tanya kak cashier ada lagi kah tu buku 120 Malay Movies. Dia call cawangan di sana KK. Cawangan di Warisan ada. I booked, bila2 boleh collect.

Tunggu lepas gaji boleh? Kakak cashier offer buat member card. I accepted.

I walked out of the store with The Color Purple in my hand.

Kisah 2

Sebelum pergi kedai buku, aku google2 120 Malay Movies tu. Mau cari review lah konon. Jumpa ini. Makin lagi kuat semangat menyala dan membara 120 Malay Movies is a must buy and read. Chewahh... semangat ni.

Bila balik, saya baca The Color Purple baru beli bau kedai, sampai ke page 23 (refer kisah 1 untuk cerita di kedai). Then bila buka balik review. I was curious as cat (?). Review itu sangat bagus (Pasal buku dan review itu sendiri, I mean well written). click punya click aku baca review lain, bagus2 juga.

Sesungguhnya aku terpengaruh juga dengan review review nya. Tadi aku dah pegang buku Tapai, tapi letak balik. Sekarang rasa mau beli dan baca. Sebab review. Buku Rojak pun selalu pegang dan macam biasa letak balik. sekarang rasa mau beli dan baca.

Lepas tu click here and there lebih kurang.

Kemudian rasa macam eh?... emmm...

Kenapa?

Tak apa lah, nanti aku tanya bekas cikgu English aku (yang pandai memasak), betul kah aku punya hunch ni atau tidak. Nanti aku reveal, kenapa aku eh?... emmm...

Apa pun, orang orang Malaysia yang suka melompat blog macam aku, boleh lah melawat themalaysianreader.com semoga anda terpengaruh untuk membeli dan membaca buku, in the form of ink and paper.

Sebab aku rasa, ada review dia lebih menarik dari buku itu sendiri.

Ok back to The Catcher in the Rye shall we?

2 comments:

khairul h. said...

You bought a book based on my review? Wow! :)

Jlascanteen said...

iya.

p/s: khairul h. komen blog saya. wow!