MEH LAH KLIK...

Thursday, February 10, 2011

bingung

Korang perasan tak aku makin rajin tahap semut sebelum musim tengkujuh sekarang untuk menghapdet blog. Bukan belog ini sahaja, adik adik kepada belog ini pun aku hapdet sekali.

Aku kemarin (semalam kepada yang sebut yesterday itu semalam) siap buat posts sampai penuh bertindih2 Tumblr sehari jagung aku. Siap layan movie 6 movies and counting dalam masa kurang 2 minggu, berserta review ringkas.

Whatever scientific (saintifik lah sangat....) updates yang ada aku share di belog cikgu-cikgu aku. Macam kan penting sangat lah kan.....

Apa jadah tak ada kerja sangat kah aku?

SILAP!

Kerja aku banyak. Masalahnya, aku tak boleh nak ID lebih separuh dari spesiemen yang aku ada. Di tambah dengan otak tak berapa nak cerdik, tebiat malas, mikroskop tak ada. Bertambah aku bingung. Hence, blogs are updated mcm feed twitter punya laju.

Aku sudah prepare untuk kelas lab akan datang. Siap dah buat soalan, kalau2 budak2 tu nak sangat homework (rajin kan anak murid aku). Tinggal follow the method, membebel lebih kurang. 1 down 5 to go.

So macam mana ni? tadi dah curi2 pakai mikroskop. Curi-curi hokeh.. sampaikan aku tak pasang lampu sebab tak nak orang tau aku ada dalam lab. Damn, how pathetic! see walaupun aku tak boleh nak buat sangat, I try whatever I can do even curi2 masuk lab.

Aku nak bubuh profile cantik sikit kat profile laman uni. Sekali... jawatan aku tak layak untuk update profile. Boleh? I nak bubuh bidang kajian saja pun, bukannya my paper berkepuk pun.. just in case ada collaborator nak berkoloberasi. Sipi2 masuk juga profile aku dalam carian google mereka.

Lepas ni nak godek contact pihak industri sebab kami nak melawat mereka. I dah dapat 3... hehe..

p/s: serius nak beli Henpon

No comments: