MEH LAH KLIK...

Sunday, February 27, 2011

weekend at Putatan (awas entry panjang)

movie

1. Knowing
Akhirnya aku tengok semula. Cerita ini kalau dibandingkan dengan cerita berkonsepkan kiamat dan apokaliptik yang lain aku tidak berapa suka. Aku suka lagi cerita The Day the Earth Stood Still secara over all. Tapi bagi aku cerita ni lebih baik dari 2012.. (atau equally bad?). Cuma yang lain sikit ialah ending nya kiamat is unstoppable event. Tak kisah lah kau paderi ke, saintis ke, ibu mithali or presiden. Part eventually kiamat tiba tu aku suka, so tak payah nak merepek buat kapal laut besar negara di China, atau meratap menangis dengan seekor syaitan berwajah Keanu Reeves. Kiamat itu pasti. Semua akan musnah.

Cuma ending tu anak si Nicholas Cage selamat (ironi juga dengan konsep "semua akan musnah"), sebab Caleb is the chosen one, begitu juga Abby. So they can start again. Kira ni cerita macam Adam dan Hawa lah, versi junior. Sebab ending tu Caleb dan Abby di sebuah taman of golden grass (garden of Eden?) dan berlari ke arah pokok besar, sila rujuk kisah Viking dan Bible. Well kisah asal usul bangsa Viking pun ada berciri cerita Bible. Aku minta rujuk Bible sebab wayang ini di buat oleh orang Hollywood, so kamurang (if any) dapat faham from Hollywood's POV.

Hollywood (dan orang putih) macam biasa have right to say, Adam and Eve were white, mereka ni, Nabi Isa a.k.a pun mereka anggap White. Fair kah begitu?

2. Nine
Ini cerita macam muzikal, I dont really like it. Waayyyyy toooo Broadway for me. Lagu2 agak ok. Ini cerita pasal Italian filmmaker, tapi I must say, perisanya sangat Amerika (dah namanya based on Broadway).

Aku suka Daniel Day Lewis. I love him. It is hard to watch him macam ni, sebab dalam mind set aku Daniel Day Lewis ni Irish bukan Italian (well dia ada campur2 bukan pure sangat), and watak ni lain dari watak2 dia sebelum ni, which I like lah.

Oh ya, ada Sophia Loren, Penelope Cruz (yay!), Nicole Kidman, Fergie, Kate Hudson, dan Bini Leonardo Di Caprio dalam Inception, Marion Cotillard (she is beautiful! and she is a French!). Semua ada... yang blonde, yang Milf, yang brunette, yang pucat, yang tanned, yang Spanish, yang Amerikan, yang French, yang OZ, yang Italian, rambut lurus, rambut ikal, pandai nyanyi, pandai berlakon, pandai dancing, nah.. it is feast for guy lah... kan.

Me? I have Daniel, the only reason aku tengok Nine sampai habis.

3. *drumroll* Few Good Men.

Awesome! Ok, basically kalau dari segi cerita, Man of Honour lagi all rounded (aku bandingkan yang ni sebab cerita pasal askar2). Apa yang aku suka dalam filem ini ialah deliverance by actors. Star studded actually, ada Tom Cruise, Demi Moore, Kevin Bacon, and Jack "you can't handle the truth" Nicholson. Actors bagus, skrip bagus, cerita bagus. Cerita agak straight forward, pasal kes pembunuhan, and to certain extend, Marine brotherhood, tanpa perlu subplots meleret2 atau perencah bercium, crush, bercinta di sana sini. (aku rasa tiada kissing scene pun cerita ni).

I even berdebar, macam lah ini betul2 hell of fight in a court room and I am in the court room. Ok, agak ekzejereet di situ. Bila Lt. Keffee pause and berbelah bagi nak soal atau tidak Kol. Jassep pasal code red, aku pun ternanti2 (walaupun memang dia akan soal). The way the moment paused tu aku suka. Memang tertanya2.

Jack Nicholson walaupun airtime (dia muncul sesekali saja) tapi monumental. Bagi aku, watak Kolenel ini tidak akan semonumental mana jika bukan kerana Jack Nicholson. Line "you can't handle the truth" came at the right time, right portion, and it pierces straight to the heart.

Aku suka cerita ni, to be fair, aku suka JAG tv series. Maka, mungkin ada bias di situ. And I like man in uniform (hahahahahahahahaha, Confession gitu!). Aku suka Marine kena dengan Navy, dalam cerita ini. Sebab between Marine dan Navy, I like the latter more.

read

1. The Color Purple.

Feel like I must write this in separate entry. Cerita ini well written, aku suka. Kamu yang berminat boleh lah baca. Buku ini agak feminis, well mungkin juga seksis.

I warn, mungkin ada beberapa bahagian dalam cerita ini memaparkan homosexual romance, yang mungkin agak explicit. Tapi cerita ni bukan lah berfokus kepada hubungan itu, tapi kepada women struggle.

Aku suka cerita ni. Enuff said. Detail later.

Speaking of book,

Ada tambahan 3 buku, 1. From Majapahit to Putrajaya, 2. In Cold Blood, 3. Animal Farm.

Makin rabak poket mak uolls. Aku terkejut Animal Farm tu agak mahal (untuk aku lah). Tapi oleh sebab mau baca juga, and ini satu2 nya copy yang tinggal di KK, aku beli juga. I booked on friday di Times 1b, sabtu aku fetch the book di Times Suria Sabah. Jujurnya, aku terdetik mau cuba buku ini selepas baca ini. Terasa seperti di tarik2 untuk baca.

My sister asked, kenapa ada gambar babi di covernya. I said, cerita pasal babi, mestilah ada gambar babi.

Last time, dia tanya kenapa aku baca cerita pasal gay (refer to The Color Purple). I said, I dont discriminate gay literature, and The Color Purple is not about gay.

She thinks I fond America so much. Atau perasan jadi orang Emereka.

I am not orang Emerka, never will. I just want to read books and watch movies. Regardless the nationality. Cuma sekarang aku banyak tengok produk Emerka.

Lain-lain.

Aku pergi Muzium Negeri hari sabtu. First time in 15 years? I cant remember when last time I went there. Saja pergi, sebab memang plan mau jalan2, and I try to avoid the malls. Sad!. Yeah, if I have to choose a word to describe the Museum, Sad is the word. Satu2 nya benda yang berbeza banding 15 tahun lalu ialah rangka Paus yang di paparkan di depan pintu masuk utama. That's it. Yang lain2 pretty much the same. Mereka label Paus berkenaan sebagai "ikan". Feel like ripping off the label. Paus bukan ikan, whale is not a fish, it is a mammal!. You have observed the bone of the animal, you have watched the anatomy closely, and still label it as a fish?. Nasib baik dia tulis "ikan" dan bukan "fish", sekurang2nya orang putih yang baca tidak tahu.

Half of the museum is closed for renovation (well.. hopefully for better). Jadi tidak dapat melawat bahagian Sabah history and all. Ada section Etnografi, well I like it, I suppose. eh? entah lah.

I went to Kampung Warisan. Poorly maintained! Looks like the place is like kampung in Thai horror movie, and it is a perfect ground for mosquito breeding. Everything, like EVERYTHING, is left to collect dust and rot in slow painful death.

The Ethnobotany section is killing me. OMG!. Pathetic. I couldnt believe it is an actual section that provided to document The Ethnobotany of the state. Luckily, The Natural History section is closed (renovation), so the pain is minimized, if not, it would have ruined my Saturday.

I didnt go to galeri seni and muzium tamadun Islam. First KK has two suns, yesterday was soo hot like dalam ketuhar roti nan. Second, I lebih berminat pergi gift shop, sebab Sabahan books banyak dijual disana (ada writers untuk buku Natural History yang saya kenal). But tiada siapa yang beli buku2 disana. I browse few books, especially history books. Thinking about buying Agnes Keith's trilogy, dan buku2 sejarah perang dunia ke 2 di Sabah. Nanti lah, tunggu next next pay day. Sadly, i feel like the salesperson didnt welcome me, ialah aku bukan pelancong kulit putih bawa kamera dslr di leher. Sebab siapa yang pergi muzium?, op koz lah orang putih yang kena rip off dengan travel agent, tentatif melawat muzium memang dimasukkan dalam pakej. Mujur mereka nak datang kan.. if not, the Museum can be used as lokasi penggambaran filem hantu Ahmad Idham.

Not many locals there, ada pun pelancong tempatan dari semenanjung, the rest pemandu pelancong, pemandu bas dan teksi, pekerja muzium, pelukis jual potrait, penjual air, and me.

Part kereta-kereta antik tu saya suka. Ok lah, keep it up!.

Last month I went to Muzium Negara, sebab ada pameran setem dan batik/fabrik dari Pahang. Tapi tidak masuk ke exhibition hall yang lain.

Next Museum? Agnes Keith's House kot? We'll see...

Thursday, February 24, 2011

Sleepyhead in the office.

I am so sleepy. I try to supress the sleepinness by reading and marking practical reports, but it's only getting worse. So I blog.

Last weekend I've watched The Box. Well cerita ok lah juga. It highlights about relationships we have among us, human. Sometimes, we think we know the persons around us, person who works with us, our neighbours, turn out, we dont really know them.

The Box, cerita pasal sepasang suami isteri dapat kotak misteri berbutang merah. Once your push the button, someone you dont know will die, and you'll get one million dollar tax free cash. So what the hell... just press it, people die all the time anyway, you dont know who will be next. Boom, button pushed. One freaky half burned face in suit shows to your doorstep presents you a briefcase full with paper with Benjamin's face printed on it.

And the drama begins. Ending, James Marsden bunuh Cameron Diaz.

Suka: James Marsden. Cameron Diaz. 1970's. NASA in 1970's. 1970's fahsions. 1970's science and technology.
Tidak Suka: James Marsden and Cameron Diaz in one movie, HATE them. Extra Teresterial thingy.

Tengok juga filem lain but didnt finish.

1. The English Patient
Went to DVD store yesterday, but couldnt find the dvd. This is a must watch. I think I did watch this movie before but the only thing I can vividly remember is the scene when the Sikh was bathing.

2. The Dogs of War
Old movie featuring Christopher Walken. 3 decades ago, this Walken dude was as hot as Zangaro's sun. Same thing, I couldnt find the DVD (Speedy. Duh!). And Walken dude from certain angle looks like err... someone's guy friend.

3. Knowing
Nicholas Cage. I dont feel like watching again. but may be... one fine hell boring sunday afternoon I will.

Di kedai dvd itu, aku jumpa dvd The Color Purple, Shanghai, and Casablanca. The Color Purple, wait until I finish the book. Shanghai and Casablanca, akan dipertimbangkan sebaiknya.

The Color Purple sangat rare lah kot nak jumpa lagi. Adui... may be I'll buy it on my next trip to the holy 1 borneo. Eh.. esok sudah jumaat!.

I read less recently,first because I am constantly tired. mengantuk like ALL. THE. TIME. And I prefer to cooking and cleaning when I am at home not lying on bed and reading.

Hopefully, I dont fuck my finance up this month. Because long Easter weekend is coming (ceh melebih2 macam lah sambut, tapi cuti. I like cuti part), macam mau jalan2. Or shall I finish my books masa cuti easter nanti.... emm... tengok lah.

Friday, February 18, 2011

Jumaat

Aku suka Jumaat. Walaupun hari jumaat selalunya sibuk sebab nak wrap up kerja untuk minggu ini. Aku selalu reserve jumaat sebagai hari untuk spice up my working hours. Atau dalam kata lain mengular lite lite. Sebab lunch hour lebih panjang dari biasa.

Hari jumaat juga dikenali sebagai 1borneo day. Oleh kerana ofisku hanya selontar batu dari 1borneo. Kami, orang2 ofis yang hanya selontar batu jauhnya ni boleh buat pilgrim hari2 semasa lunch hour disana. Tapi duit siapa lah tahan bukan? Untuk jumaat, aku jadi pemurah dengan 1b.

Yes, I am your akak gomen pergi shopping mall masa friday lunch break. So how do I spice my jumaat up?

1. Makan nasi beriyani. Ada kedai northern indian cuisine di 1borneo (well, where else?). Tak lah sedap tahap syorgawi, harga pun so so. Boleh lah kalau setakat seminggu sekali kan. Selalu aku makan nasi beriyani daging lembu masa ngam2 lelaki pulang sembahyang jumaat. Ya, cuci mata sekali. The great thing is, this kedai is located next to kedai jual tv plasma lcd besar dan mahal. Sambil layan preview konsert Air Supply, atau preview rancangan memancing atau animal planet (ikut suka hati kedai tv tu lah nak pasang apa. Kadang2 kau dah syok tengok kongkang (Tarsier) comel tup tup dia tukar orang main snowboard). Visual berteknologi HD, lelaki2 lepas jumaat, nasi beriyani daging lembu, dan teh madras ais. fuuhh...

Ini tempat aku suka pergi seorang diri atau bersama teman2.

2. Harris dan Times
Ini ritual ku. Baca sambil berdiri dengan muka tidak tahu malu. Bak kata pepatah seminggu selembar muka surat (atau 4-5 lembar) lama2 habis satu buku. hahaha.. kira preview sajalah. Selalu kalau suka I beli lah satu jika mampu. Jika belum, tunggu next pay day.

Ini tempat aku suka pergi sendiri2 sahaja.

Begitu lah cerita How I spice my jumaat up (mengada2 kan)

Hari ini, kami celebrate kawan sebab dia lulus exam oral (viva). Tahniah bro, after 3 years. Rezeki beliau agak baik sekarang, sebab next week beliau kena melapor diri pula untuk bekerja sebagai pelatih (and soon posting tetap), Man in Blue. Kena tabik ni. Oleh kerana beliau sibuk mengurus pasal kerja baru nya. Kami combine sekali lah tadi lunch merayakan lulus belajar dengan farewell kepada beliau yang bakal berkhidmat kepada negara. Chewahh... wish you all the best. Kami ni kira adik beradik seperguruan. Banyak juga masa susah kami bersama, keluh kesah sama di upload kegembiraan sama di download.

Somehow macam dia getting married pun ada aku rasa. Padahal he is still single (eh.. rasanya lah). Kesusahan yang 3 tahun tu, hanya yang mengalaminya saja tahu the joy and the pain.

Next up ialah our sister and and abang long lah pula punya turn. Insya Allah. Mudah2an semuanya selamat.

oh ya tadi, torn between In Cold Blood and To Kill a Mockingbird. Tak apa lah, kita beli To Kill a Mockingbird dulu. In Cold Blood, don't worry your time will come, you'll be mine. Next friday..

I love friday!

p/s: I miss my kids so much!

Wednesday, February 16, 2011

Movies, books, and Birthday.

Watched.

1. Laskar Pelangi.

Awesome! how come Malaysia tidak buat filem begini? No thanks to Razak M., A. Idham, The Haslams, and Panel Skrip MIG.

Mau beli buku dia, cikgu aku cakap dia sudah kumpul siap beli dvd. Ok, secara rasminya saya cemburu. Kasi masuk dalam list lah dvd cerita ini.

Apa yang aku suka, setting cerita tahun 1970's (1979 to be exact). I like 1970's, except disco music. Scene menjawab kuiz itu mengingatkan aku masa zaman sekolah rendah, kami dulu ada pertandingan kuiz peringkat sekolah, daerah, bahagian. Tidak tahu lah sekarang ni masih ada kah?.

Read

1. The Catcher in the Rye

Awesome!. First of all sebab New York New York!. Hehe.. aku tau Holden Caufield ialah seorang err... budak mentah tidak sedar diri. Tapi ada beberapa ayat dalam buku ini aku sangat sangat suka. Sekurang2nya Holden honest? Dia ni agak bodoh pun ada juga, semua benda pun tidak berkenan.

Apa yang aku suka, dia sangat sayang adik beradik dia, especially Phoebe. Ada 2 brothers, abang D. B. a writer in Hollywood, adik, Allie sudah meninggal dunia.

And as much as dia ni ada kira macho or cool (tapi at some point lebih kepada wannabe) dia keep on delaying dari menelefon Jane. kata suka? apa hal bro? cat got your balls? (sesuaikah ayat ni?). Btw, paying for sex (or to get rid your virginity off) is soooo not cool. There is nothing wrong acting like 17 years old at the age of 17. Kecil2 dah pandai melanggan pelacur.

Dia ini sangatlah mengingatkan aku kepada watak James Dean dalam Rebel Without a Cause. Cuma boleh tukar tajuk ke Whine Without a Cause (at some point). Aku rasa buku ini patut dijadikan komponen sastera kepada all boys school like e.g. MCKK, sekolah mahad... La Salle. Tengok ada tak orang bakar membakar buku?

Apapun, I like The Catcher in the Rye. Dan mahu membaca The Perks of being a Wallflower. (thanks khairunie the photographer somehow your blog ignited rasa aku mau baca buku ini).

Somehow aku suka juga Rebel Without a Cause mungkin sebab James Dean. Kalau filem Malaysia agak2 apa wayang yang macam filem ni? Gila Gila Remaja? hahaha.

Currently reading

1. The color purple

slow sikit sebab baru beli 120 Malay Movies

2. 120 Malay Movies

Teman ku diatas katil. I sleep with it.

3. Tamu di Bukit Kenny

buku ni sudah lama ku mencari, tapi tahun ni aku mendapat. Tinggal sikit jak lagi habislah aku baca.

Nanti review panjang2 sikit (kalau rajin) pasal 3 buah buku diatas bila sudah abis baca.

Berkaitan cuti

Err... how to say ah? aku terpikir masa cuti, masa zaman Nabi Muhammad SAW masih hidup, ada kah sambut maulidurrasul ni? atau sambutan Maulidurrasul ni dimulakan selepas kewafatan Rasulallah.

Birthday Nabi Isa AS a.k.a Jesus memang disambut sebagai acara penting bagi orang Kristian. Itu pun pada 25 december. which is arguable, sebab ada yang kata the real birthday was on June (atau somewhere pada musim summer-spring yang penting bukan pada musim sejuk). Korang google lah sendiri.

The point is, boleh sambut atau tidak Maulidurrasul ni?

p/s: hari ni buat sandwich sendiri.

Sunday, February 13, 2011

weekend update

first time update guna henpon. ok lah. tapi mcm biasa aku tidak suka taip guna thumbs sahaja. Ok lah. tidak boleh update panjang2. 

Friday, February 11, 2011

Cerita 2 Kisah

Kisah 1

Baru balik dari kedai buku (ok tipu, aku baru bangun nap). Tak kisah lah. Tadi pergi kedai buku, aku nak beli My sister's keeper by Jodi Piccoult. Nak dijadikan cerita, aku sudah pegang buku tu, tinggal bayar. But I have second thought, sebab buku tu kulit dia ada kesan terlipat, pendek kata the last 2 copies left are memang leftover. Tidak sesempurna mana persembahannya.

Dropped it. Pergi kedai buku lain.

Seketika juga aku termangu didepan rak local interest. Hoping aku akan ternampak 120 Malay Movies by Amir Muhammad. Again. Hampa.

I've been doing the exact same thing for many weeks. Sebab aku pernah nampak buku itu tapi tidak beli. Menyesal tak sudah ya'll. Bila nak beli buku tu tiada. Hampir tiap2 minggu aku berharap kedai Times refill rak mereka dengan buku 120 Malay Movies.

So I wandered around the shop.

Pergi literature. Ini adalah ritual.

Then fiction.

Round punya round. Aku ternampak The Color Purple by Alice Walker. Last time di MPH Mid Valley sudah habis katanya. Aku masih tidak puas hati dengan 120 Malay Movies tu, aku tanya kak cashier ada lagi kah tu buku 120 Malay Movies. Dia call cawangan di sana KK. Cawangan di Warisan ada. I booked, bila2 boleh collect.

Tunggu lepas gaji boleh? Kakak cashier offer buat member card. I accepted.

I walked out of the store with The Color Purple in my hand.

Kisah 2

Sebelum pergi kedai buku, aku google2 120 Malay Movies tu. Mau cari review lah konon. Jumpa ini. Makin lagi kuat semangat menyala dan membara 120 Malay Movies is a must buy and read. Chewahh... semangat ni.

Bila balik, saya baca The Color Purple baru beli bau kedai, sampai ke page 23 (refer kisah 1 untuk cerita di kedai). Then bila buka balik review. I was curious as cat (?). Review itu sangat bagus (Pasal buku dan review itu sendiri, I mean well written). click punya click aku baca review lain, bagus2 juga.

Sesungguhnya aku terpengaruh juga dengan review review nya. Tadi aku dah pegang buku Tapai, tapi letak balik. Sekarang rasa mau beli dan baca. Sebab review. Buku Rojak pun selalu pegang dan macam biasa letak balik. sekarang rasa mau beli dan baca.

Lepas tu click here and there lebih kurang.

Kemudian rasa macam eh?... emmm...

Kenapa?

Tak apa lah, nanti aku tanya bekas cikgu English aku (yang pandai memasak), betul kah aku punya hunch ni atau tidak. Nanti aku reveal, kenapa aku eh?... emmm...

Apa pun, orang orang Malaysia yang suka melompat blog macam aku, boleh lah melawat themalaysianreader.com semoga anda terpengaruh untuk membeli dan membaca buku, in the form of ink and paper.

Sebab aku rasa, ada review dia lebih menarik dari buku itu sendiri.

Ok back to The Catcher in the Rye shall we?

Thursday, February 10, 2011

bingung

Korang perasan tak aku makin rajin tahap semut sebelum musim tengkujuh sekarang untuk menghapdet blog. Bukan belog ini sahaja, adik adik kepada belog ini pun aku hapdet sekali.

Aku kemarin (semalam kepada yang sebut yesterday itu semalam) siap buat posts sampai penuh bertindih2 Tumblr sehari jagung aku. Siap layan movie 6 movies and counting dalam masa kurang 2 minggu, berserta review ringkas.

Whatever scientific (saintifik lah sangat....) updates yang ada aku share di belog cikgu-cikgu aku. Macam kan penting sangat lah kan.....

Apa jadah tak ada kerja sangat kah aku?

SILAP!

Kerja aku banyak. Masalahnya, aku tak boleh nak ID lebih separuh dari spesiemen yang aku ada. Di tambah dengan otak tak berapa nak cerdik, tebiat malas, mikroskop tak ada. Bertambah aku bingung. Hence, blogs are updated mcm feed twitter punya laju.

Aku sudah prepare untuk kelas lab akan datang. Siap dah buat soalan, kalau2 budak2 tu nak sangat homework (rajin kan anak murid aku). Tinggal follow the method, membebel lebih kurang. 1 down 5 to go.

So macam mana ni? tadi dah curi2 pakai mikroskop. Curi-curi hokeh.. sampaikan aku tak pasang lampu sebab tak nak orang tau aku ada dalam lab. Damn, how pathetic! see walaupun aku tak boleh nak buat sangat, I try whatever I can do even curi2 masuk lab.

Aku nak bubuh profile cantik sikit kat profile laman uni. Sekali... jawatan aku tak layak untuk update profile. Boleh? I nak bubuh bidang kajian saja pun, bukannya my paper berkepuk pun.. just in case ada collaborator nak berkoloberasi. Sipi2 masuk juga profile aku dalam carian google mereka.

Lepas ni nak godek contact pihak industri sebab kami nak melawat mereka. I dah dapat 3... hehe..

p/s: serius nak beli Henpon

Movie again!

watched

1. Hachiko: A Dog's story (2009)

Ini wayang pasal anjing yang setia. I bet kamurang tahu ni cerita kan? Bagi aku cerita ni biasa2 saja. Tapi kepada peminat anjing, I warn, this movie could rip your tears duct off. Banding dengan Me & Marley, aku rasa sedih lagi Me & Marley.

Aku tak suka anjing dan binatang peliharaan lain, so sebab tu efek kesedihan agak kurang.

2. Desperado (1995)

Cerita lama yang aku suka tengok dulu. Aku suka lagi Once upon a time in Mexico banding ini. Babak tembak2 dulu aku rasa biasa saja, cuma dia reload pistola tu ada stylo lah sikit. Aku juga suka babak Quentin Tarantino buat lawak kencing tu, entah kenapa.

p/s: Eh baru buka tumblr, nah klik disini

Wednesday, February 9, 2011

Pay day cepat lah datang

Rasa macam mahu sangat sangat beli handphone. Hp sekarang ok, cuma speaker ada masalah dan memory card selalu tidak boleh baca.

Mungkin beralih arah kepada Nokia. Dalam hati mahu Blackberry, tapi tidak mampu. E5 atau C3 tengok lah macam mana.

Tuesday, February 8, 2011

Watch more movies

Watched:

1. Full Metal Jacket (1987)

Ok, kepada jantan penggemar movie di luar sana. Anda wajib, atas arahan saya, untuk menonton movie ini. Cerita biasa2 macam cerita perang2 yang biasa (ala2 Prebet Lapuk pun ada). You nak cerita lebih dramatik secara audio dan visual boleh lah pergi menonton Saving Private Ryan. Which is faarr more dramatic war movie than this (pada pendapat aku lah.).

Kekuatan movie ini ialah dari segi skrip, pergghhh... itu sangat damn lagi terbaik.

"me love you looong time"
"This my rifle, this my gun, this for work and this for fun"

banyak lagi ahhh...

Korang yang benci movie ini hukumannya ialah layan Gerak Khas The Movie 1 dan 2 dan wayang lain yang skripnya ditulis oleh Shamsul Haslam.

2. Dog Day Afternoon (1975)

Ini aku suka, sebab simple gila cerita filem ni. Yet, aku rasa ada part yang sangat honest. Like underpaid bank workers, The Mouth returned to inside of the bank walaupun ada chance untuk melepaskan diri.

Mungkin ini bukan filem terbaik lakonan Al Pacino. Tapi I tetap suka.

"So what country do you want to go"
"Wyoming"
"Sal, Wyoming's not a country"

Dialog diatas sangat memorable bagi aku. Seingat aku dalam salah satu episod siri Friends, Joey juga pernah menganggap Wyoming ialah sebuah negara (dia bertanya matawang "negara" Wyoming).

3. Australia (2008)

Cerita panjang meleret. Jalan cerita biasa2 tiada yang special sangat, but still ok lah. Ini lebih sesuai menjadi filem rasmi Lembaga Perlancongan Australia.

What I like the most in this movie is shirtless Hugh Jackman Livestock Business War antara Lady Ashley dan The Carneys (which is later headed by crook son in law, Neil.. crook son in law? in Australia? sound familiar isn't it? haha. ok tak lucu).Ini adalah cocktail filem the Legend of the Fall+Tarzan+The Last of the Mohican+Jungle Book. Tapi hasilnya sangat mediocre? aku rasa lah.

Somehow aku mengharap Lady Ashley paid attention to Captain Dutton (kesian kapten).

4. Puteri Gunung Ledang (2004)

Aku memang tak berapa berkenan filem ini kerana filem ini tak ori jalan ceritanya (aku rasa). Anyhow.. oleh kerana kontroversi pemusnahan hutan oleh pihak produksi, dan mengancam lumut lumut. And they easily get away with it. Secara bias nya filem ini sangat tawar hambar di mataku.

NotaKaki: 1 dan 2 DVD. 3 dan 4 TV

Monday, February 7, 2011

Sudah tukar font Yo!

Ok.. setelah puas menggodek akhirnya aku tukar font untuk blog yang maha bosan ini. Tak boleh update lebih2 I nak pergi berurusan kewangan seperti orang dewasa kejap lagi. Bye.

Wednesday, February 2, 2011

Recently

Watched

1. The Tourist (tak lah recent sangat).
Ok ok sahaja. All Angelina had to do is look milf-ly sexy. Kalau cikgu Maths muka macam Johnny Depp... kau fikir?

2. My Sister's Keeper.
The long awaited. My Sister's Keeper ni mula2 aku nak baca novel dia dulu. Tapi tak terbeli2 (let alone nak baca). So, aku buka hbo semalam ada pula tayang, airing time 10.50-12-40am. Lantaklah... nak tengok juga. Memang tear jerker sangat sangat.. memang berendam air mata lah tengok. Aku rasa ni lagi sedih dari tengok Beautiful Life n My Girl back to back. Aku sangat tertarik dengan movie ini kerana, sem lalu aku buat kuiz bab Imunisasi menggunakan wayang/novel ini sebagai situasi yang dirujuk (referred situation).

Datang opis dengan muka sembab. hahaha padah weepy2 sepanjang malam... macam zombie pun ada aku rasa.

3. Precious
Ni pun dah lama nak tengok, malam tadi Star Movie tayang. Airing time: 11.40-1.40. Hahaha.. lantak nak tengok juga. Tak lah sedih sangat (walaupun memang sedih juga cerita ni just ini bukan tear jerker).

Jar dropping! how human could do such horrible thing to their own offspring. And how amazingly Precious could endure her life even after all those shits happened to her.

Mihir (read: pengotor) pun ada cerita ni. Yucck Yuuccckkk... geli2 aku tengok. Part dia melahap makanan, part mak dia yang chain smoker haram jaddah tu. Part muntah.

Geram aku tengok mak dia. Sangat selfish. Adakah patut dia salahkan Precious rampas kekasih dia. Sedangkan Precious ialah mangsa sumbang mahram bapak sendiri. Not once, but well enough to produce two kids, and one of them is mentally defect. Pendek kata mak bapak Precious ni gila babi punya tak ada peri kemanusiaan. Even binatang pun tak macam ni. Physically, sexually, mentally abused since the age of 3. And the yucckiest thing of all... ayah dia yang perogol tu janji nak kawin dengan Precious.. whatdehell kan.

Later on si perogol tu mati akibat Aids (lah kot). Dan Precious adalah HIV positif. Precious dapat balik anak sulung dia, Mongo, (before was living with her grandmother n mother) dan keep her second born, Abdul.

Satu line/monolog yang aku paling suka ialah masa Precious jumpa dengan Ms. Rain, and kawan dia. Precious figured out those two are gays. Walaupun mak Precious yang monster tu told Precious gay ni jahat. But Precious found out homosexual people are very kind to her. Homosexual didnt rape her and all. But they help her even she is stranger, tapi her parents who supposed to love her abused her instead. I think this part is monumental, on how we should evaluate people.

Read:

1. Cerita Piala Dunia.
Ok lah buku ni. Walaupun kadang2 hilang minat di beberapa bab. Yang aku setuju ialah entry/tulisan Pipiyapong tentang sepatutnya Malaysia ni ada komik bertemakan sukan bola. Macam Super Strika (ni versi PPSMI), atau Captain Tsubasa (versi nippon go). Supaya budak-budak ada minat nak bersukan. Tak ada jaminan lah.. tapi kenapa tidak cuba dulu. Rasanya upin dan ipin pun sesekali buat episod bertemakan sukan.

Buku ulasan sukan jarang2 aku baca (ni first kot, at least untuk Malaysia). So amacam, penulis2 sukan, tak nak keluarkan lebih banyak buku seumpanya atau nak tunggu orang di sini buat Siri Almanak EPL/Liga Juara Juara Eropah/Liga Malaysia?

Aku tak lah suka sangat bola. Can do lah. Aku rasa anak-anak sekolah patut di galakkan pergi bersukan dengan lebih giat bukan jawab soalan tuisyen online macam Score ehem ehem tu. Hopefully, lepas baca buku ni aku akan kembali menyokong pasukan Sabah Rhino macam aku sokong mereka (sampai pergi stadium tengok game) whole heartedly masa aku berumur 11-12 tahun. Oh ya Sabah Rhino sudah jadi SabaHawk. Whatever...

p/s: I didnt buy this book, curi baca for the weekend.

Tuesday, February 1, 2011

Get well soon for Rahim.

Second cousin saya, Rahim kini sakit. Berita terakhir ialah beliau di tahan di wad hospital kerana masalah paru-paru. Mudah-mudahan beliau lekas sembuh.

Kami tidak lah rapat sangat, but we went to same school and class, and we are family. Kepada sesiapa yang baca ni, tolong doakan untuk Rahim juga. Semoga beliau tabah dalam menghadapi penyakit beliau.