MEH LAH KLIK...

Tuesday, January 11, 2011

pengalaman bertembung dengan syaithon MLM

Seminggu dua ni aku selalu baca pasal MLM melalui tulisan blog blog. Saja nak tahu, tapi bukan aku berminat nak join, cuma sekadar nak tambahkan maklumat tentang penipuaan, scam, sains palsu semua ni. Nak sebarkan maklumat supaya keluarga dan kawan kawan terdekat tidak terjerut dalam skim penipuan MLM.

Ni aku nak kongsi pengalaman sikit berdepan dengan MLM. Aku dah tulis pasal ni dulu, tapi aku nak highlight lagi sekali.

Masa tu aku tengah sibuk sangat2 nak siapkan thesis, sebab memang dah tercekik macam nak mampus kejar deadline. Kawan seperjuangan aku ajak attend 1 talk tentang satu produk webucation atau pembelajaran melalui internet. Kawan ni dah spends sometimes browsing MLM mana dia berminat nak join, kebetulan friends from college dah ramai join produk webucation, so dia lebih minat nak join kompeni sama.

Masa talk tu ada lah beberapa orang budak berhingus baru nak buat bachelor join sekali. Masa gebang2 pasal webucation, mula2 memang pasal ini adalah produk yang boleh menjana gred A di slip keputusan UPSR, PMR, SPM anak anak. Dan kononnya mereka juga ialah sekumpulan motivator. Siap tunjuk gambar program motivasi yang mereka dah buat. Tadi aku browse Facebook mereka. Well business is booming as usual. Mereka pergi ke sekolah2 sekitar Sabah dan Sarawak. (Yang Semenanjung, cawangan belah sana lah kot yang buat benda sama). Tahun 2010 (masa itu) pun masih ada lagi yang buat ceramah motivasi?. Aku ingat zaman aku saja anak sekolah dimomokkan dengan ceramah motivasi, pecutan di petak akhir, and whatever crap motivasi ni. As long as the person has a PhD, who can talk by using Vocabulary Dari Kayangan Ayah Pin, dia dah qualify dah buat ceramah motivasi. Tu zaman aku.

Zaman sekarang, budak hingusan kurang hajjar putar alam, cuma ada bachelor engineering/sains, pengalaman kerja sales setahun 2. Dah qualify dah buat talk motivasi, seminar kejayaan macam mana nak dapat duit berkepok dengan menghisap darah.

Lepas tu masuk pula cerita makan gaji duit tak akan cukup. Gaji ciput kerja nak mampos. Pendek kata siapa makan gaji (macam aku n korang) ni memang hidup melarat tiada erti sebab duit sikit. Bla bla hell and craps, kesudahannya kata program webucation ni disamping jana A boleh buat duit. Starting pack RM 600 (lebih kurang) ada diskaun kononnya. Lepas tu cari lah lagi kawan yang nak join. Aku dalam hati "aaahh... sudah~". Ada office maya, apa ntah.. sort of laman web yang tumpang 1 domain saja. Tu masuk sekali lah dalam pack RM 600.

Among dalam crowd penonton tu ialah bekas pelajar lab aku. Dalam hati aku memaki2 juga budak tu sebab aku tahu dia punya Final Year Project tak siap lagi tapi ada masa pula join talk MLM.

Yang produk pendidikan webucation tu tak kisah sangat lah kan. Siapa rasa anak dia perlu tuisyen internet tu go a head lah beli. Iya lah dulu zaman kita mana ada webucation ni kan... Bagi aku lepas tengok demo webucation tu. Tiada beza webucation dengan buat latihan guna buku kerja dan buku rujukkan biasa (ala yang macam kita belajar dulu2). Bezanya cuma benda tu online. Sama juga dengan buku, tak kisah lah buku kerja/latihan matematik (contoh) tu bagus ke ada bank soalan ke ditulis expert ke... kalau kau tak buat tak dapat skill juga nak jawap soalan. Same thing with this webucation.

Plus aku tak setuju suruh anak belajar semata mata nak skor A. Bila belajar nak skor A, bukan sebab nak dapat ilmu, nah.. bila besar nanti jadi lah taik duit, buat biz MLM, putar alam, tipu sana sini. Sebab niat bekerja dah money orientated semata.

Then the GrandMaster (kononnya co-founder cawangan sabah sarawak) buat closing. Dia kata dia dulu masa belajar duit kurang, susah, kena kerja sambilan well the same old fucking story about student with no money. Dia kata masa dia kerja teruk, buat sales komisyen sikit (ni kompeni cha ya nun alif lah dia kerja ni). Dia pun cari jalan macam mana nak jana duit dengan banyak supaya boleh beli itu dan ini, kereta, baju mahal2. Ala cerita pasal nak beli crap that we think we need it but actually we are just fine without it.

Dia kata lepas join MLM webucation bisnes magnet segala haramjaddah ni maka dapat lah dia pulangan about RM10,000/month and counting. Apa kau ingat duit RM10,000 tu banyak sangat eh?. Maka boleh lah dia beli segala tahi dan gel rambut.

Kalau ikut hati nak aku maki mamat GrandMaster tu bahawa, kau jangan kelentong lah RM10,000 ni hasil jualan produk. Tu mesti hasil downline downline segala tu. (mereka tak guna sangat term downline, guna term lain.. macam Leverage, Time Leverage... entah apa lagi lah vocab kayangan mereka).

Habis bla2 ni. Mereka edarkan minuman kotak (refreshment). Aku ambil lah sekotak, then balik. Beberapa bulan lepas tu (banyak bulan juga lah). Aku terjumpa semula salah seorang budak uni berhingus baru buat bachelor tengah promote bisnes MLM webucation dia di Kedai McD berhampiran (kedai McD favret aku di dunia pulak tu). Aku tengok saja lah dia kelentong kawan2 apa benda semua tu. Let the idiot live and die as an idiot kan... orang suruh masuk uni untuk belajar, dia belasah belajar buat biznez atas angin menipu orang.

Satu saja lah aku nak kongsi dengan ibu bapa yang berminat nak belikan anak2 mereka produk webucation ni, orang-orang webucation haprak tu bukan minat nak tolong anak korang pandai belajar, they come to you to siphon your honest hard earn money to their pocket. Memang kita semua perlukan duit, duit tu penting, tapi tu saja kah tujuan hidup di dunia ni. Kumpul duit, belanjakan duit, tanpa mengira punca duit tu halal haram atau syubahah.

Jauhkan diri anda dari scam piramid, MLM haram jaddah yang tak tahu entah apa tahi yang dia jual lepas tu dapat duit (haram) berkepok. Duit tak tentu asal usul ni duit panas, easy come easy go.

Aku sedih juga tengok kawan2 yang sepatutnya 'Educated' menjadi penipu dan ditipu dengan bisnes atas angin air liur tin kosong.





No comments: