MEH LAH KLIK...

Thursday, December 30, 2010

Yasmin Ahmad's Films by Amir Muhammad

Masa habis baca buku Yasmin Ahmad's Films ni, arwah Yasmin Ahmad baru saja diberikan anugerah pengarah terbaik oleh Anugerah Skrin TV3 melalui filem Muallaf. Sampai ke hari ini aku belum menonton filem tersebut. Post humous recognition. Tipikal bukan? They did it to arwah P. Ramlee, arwah Sudirman Arshad, and now to arwah Yasmin Ahmad.

Bila bercerita tentang karya Yasmin Ahmad, aku lebih suka iklan-iklan beliau berbanding filem. Kenapa? I dont know. Amir M. menyenaraikan filem Yasmin kesukaan beliau ialah 1. The one with kite (Mukhsin), 2. The one with Kancil (Rabun), 3. The one with swing (Gubra). Filem Yasmin yang pernah aku tonton cuma lah Sepet, Gubra, Mukhsin, dan Talentime. I dislike Talentime.

"Then came the film itself, and I must admit to dissapointment" (Amir M., page 157).

Bagi pendapat aku buku ini ialah review karya Yasmin Ahmad dari pandangan Amir M sendiri. Di dalam review ini diselang selikan dengan pandangan beliau mengenai beberapa perkara di Malaysia yang berhubungkait secara tidak langsung dengan filem Yasmin. Contohnya, isu cetak rompak (Sepet).

"Yasmin described piracy as "stealing from greedy people" (Amir M., page 50).

Amir juga mengaitkan betapa kita, terutama penggiat dan penonton filem melayu masih termangu merayakan past glory filem melayu. Terutamanya filem filem karya P. Ramlee (page 59).

Menyebut tentang P. Ramlee, aku ada melihat dokumentari P. Ramlee di History Channel. Rakan dan kakak ipar arwah P. Ramlee, Mariani, mengatakan bahawa beliau tidak merasakan penganugerahan pangkat dan gelaran kepada P. Ramlee selepas kematiannya membawa apa-apa maksud dan kesan. Kerana P. Ramlee dipinggirkan ketika akhir-akhir hayatnya. Ibarat habis madu sepah dibuang.

Mengikut apa yang aku faham melalui tulisan Amir, Yasmin menganggap team produksi beliau sebagai keluarga (Aku rasa sebab ni lah Sharifah Amani selalu berlakon dengan beliau), Arwah Yasmin sangat particular tentang solat, ramai pelakon/kru yang lebih muda memanggil arwah Yasmin as "Mak" (Amani did too in her acceptance speech).

Jika filem, aku paling suka Gubra (Amir's no. 3), tapi hanya bahagian cerita Bilal, isteri bilal, dan jiran pelacur mereka. Sepet aku suka secara overall. Ya, mungkin.

Iklan pula, I think I like most of them. Iklan No Tiger in Sarawak menggunakan bahasa Iban. Well.. berapa orang filmmaker atau those in commercial industry have the same gut to use Bornean languages in their films/commercials?

Sesiapa yang suka atau mahu tahu tentang karya Yasmin patut baca buku ini. Selepas menonton filem filem beliau. Aku tak tahu how good this book is. I finished in 1 day and 1 night. Being a slow reader (read: lazy), I rarely finish a book in 4 days, so I bet it is a good book, at least to me.

nota kaki: I personally think, Yasmin Ahmad merayakan perbezaan sebagai sesuatu yang baik dan positif. And in Sabah, this is how we live.

p/s: nak beli buku Filem Malaysia Amir Muhammad, when I have extra money to burn!

No comments: