MEH LAH KLIK...

Monday, September 6, 2010

Paranoid dengan iklan tv.

Korang sudah tengok iklan hari raya tv3 yang kontroversi lah sangat tu? Aku mula2 tak aware, sebab tiada tv, kalau ada tv pun asyik menengok astro memanjang (bila balik kampung). Semalam ada orang dalam facebook postkan iklan tu. Aku tengok pun sekerat sekerat kerana celcom broadband perangai cam haram.

Ada yang cakap macam iklan krismas lah, ada yang cakap macam iluminati lah, berunsur hindu-budha lah, unsur kristian lah. Well...calm down, tu iklan saja lah. So kalau iklan tu ada pengaruh buruk kau nak ikut kah? Allah SWT anugerahkan akal untuk berfikir. Bila kau tengok yang terpapar di tv tu buruk, yang kau nak ikut buat apa. Iklan tv tu iklan tv, komersial, duniawi, etc etc. Kau nak guide, aturan hidup yang betul, ikut Al- Quran dan As-Sunnah. Ni tak ko rujuk astro, kau rujuk tv.

Ni lagi satu perangai buruk, sikit sikit iluminati, sikit sikit yahudi, sikit2 kapir jahat. Apa korang ingat orang kapir tu semua tak ada benda lain nak dibuat asyik nak kacau dan musnahkan hidup orang Melayu/Malaysia sahaja?. Nanti astro tak bersiaran pun kau salahkan yahudi juga, walaupun kau yang tak bayar bil. Bak kata mak shah rukh khan dalam My Name is Khan, "dalam dunia ni ada 2 jenis orang, orang baik dan orang jahat". Kalau dia kapir (tak islam) tapi dia baik, so apa masalahnya? Kapir kapir orang Emerika, orang putih, orang barat tu pun, dorang punya pengurusan badan kebajikan, dan fund raising untuk charity lebih tersusun banding kita.

Orang merempat disediakan shelter dan bantuan makanan. Even binatang seperti anjing dan kucing terbiar pun disediakan shelter. Tu cara orang yang kapir iluminati freemason yang orang kita benci sangat sangat hidup. Ni orang kita, nak buat shelter untuk bayi luar nikah pun semua melatah, meroyan. Bayi luar nikah tu manusia juga ok. Apa salahnya disediakan rumah perlindungan. Kononnya rumah perlindungan akan menggalakan zina. Zina ni, dari zaman dahulu kala pun dah terjadi, zaman naik unta di tengah padang pasir pun dah ada zina. Kan orang selalu cakap, pelacuran ialah antara pekerjaan tertua di dunia.

Kadang-kadang sikap paranoid melampau lampau ni membinasa diri sendiri. Bagus lah juga tv3 tarik balik iklan tu. Kalau tetap disiarkan pula nanti makin teruk. So they did a right thing dengan membatalkan penyiaran iklan tersebut. Bak kata kartun robot dulu2, the power of imagination is more terrifying than what meet the eyes.

Balik kepada iklan tadi. Pasal kopiah putih tu lagi lah tak logik. Korang tak pernah tengok pak cik pakai kopiah putih? Ramai saja ulamak di Malaysia ni pakai kopiah putih. Nak pakai kopiah hijau kah, kuning kah.. ikut suka lah kan. Cuma biasa lah orang Islam ni, warna putih atau warna natural lebih preferable, seperti putih dan hijau. Disamakan dengan pope lah pulak?. Peduli lah pope tu nak pakai kopiah sama warna dengan Al Imam Sheikh kat mana2. Agama mereka agama mereka lah, Agama Islam agama Islam. Sila rujuk Al-Quran, surah Al-Kafirun.

Buku yang dipegang oleh budak itu melambangkan bible? Pada pendapat aku, bible tu terjemahan langsungnya ialah buku. Kan kristian bertapak di eropah melalui Constantine memeluk agama kristian ketika gering tahap nazak di atas katilnya. Constantine convert menjadi kristian selepas bertahun2 menghumban penganut kristian pada masa dulu ke kandang singa lapar. Zaman2 dulu, di Eropah, bahasa sarjana, bahasa literature menggunakan bahasa latin. So pada pendapat aku sebab tu orang kristian namakan buku suci mereka bible. Dalam bahasa jerman perpustakaan (tempat simpan buku) di panggil bibliothek, orang yang minat membaca kerap digelar bibliophile. Bible simply maksud dia buku. Kawan2 aku ramai yang panggil kitab kristian mereka Al-Kitab bukan Bible. Al-Kitab tu bahasa arab, terjemahannya, buku. Jadi dalam iklan tu, buku yang budak tu pegang melambangkan buku, tak semestinya kitab agama kristian. Buku itu melambangkan ilmu. Pada pandangan aku lah.

Sikit2 kata umat Islam dimurtadkan. Memang lah diakui ada orang melayu/islam murtad. Bagi aku exchange penganut ni selalu berlaku lah. Ada orang asalnya pagan menganut kristian, ada orang asalnya kristian menganut islam, ada orang asalnya islam dah tukar agama lain, atau label diri sendiri not practicing muslim, liberal muslim, dan sebagainya.

Apa yang penting kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Aku rasa ini jalan yang paling selamat. Korang selesa eh hidup dalam status paranoid dengan orang lain memanjang? Jangan diberatkan perkara yang mudah.

p/s: sekiranya ada fakta yang aku tulis disini salah atau kurang tepat, aku buka entry ini untuk teguran dan pembetulan.

2 comments:

safiy said...

salam eid
just nak komen sikit
dua punca kejatuhan islam ialah dari luar (non muslim) dan dalam (orang islam sendiri
punca dari dalam yang sukar diubati
iklan itu pada pendapat saya mempunyai 'hidden message'
kalau tak kenapa tv3 perlu mohon maaf kerana tidak peka dengan sensitiviti umat Islam?
pernah baca unsur illuminati yang diterapkan semasa program juara Lagu tv3 (adakalanya saya terfikir siapakah yang membawa unsur itu ke dalam antara stesen tv yang menajdi pilihan di negara 1Malaysia (negara Islam?)
kata seseorang yang 'revert' bukan 'convert' kepada Islam-luckily i found Islam b4 Muslim coz if i find Muslim 1st, i wont embrace Islam
see...how bad the Muslim attitude now
now, our responsibility is trying our best to bring back Muslim to 1Aqidah..hasanah dunia & akhirat
insya Allah:)
May Allah bless us all:)

Jlascanteen said...

salam,

on iklan tv 3.
the commercial was awfully done. story wise lah. bad production itu saja, TAPI.. ni Malaysia semua benda pun boleh jadi isu sensitif. tv3 memohon maaf sebab the public wanted them to do so. tv3 stesen tv yang mengharap sokongan public, so bow to the public they should.

about iluminati dalam juara lagu? Ini lagi ntah apa2.. I think we, muslim patut memfokuskan kepada hal2 yang lebih penting bukan hal remeh temeh hiburan dalam tv. If we, pay less attention to silly tv show,seperti yang ditayangkan di (insert nama station tv), trust me, the station that you hate the most will gradually die on natural causes. tapi boleh kah kita, mengendah hiburan2 tersebut?

terima kasih kerana melawat dan memberi pendapat