MEH LAH KLIK...

Wednesday, September 29, 2010

Hikmat Jurus Di Pandang Boleh Di Sentuh Jangan

Arakian keadaannya kala ini aku sangat letih lagi malas malasan. Bukan kerana nasi terhidang tidak sempat berjamah, minuman di kendi tidak turun ke tekak. Halnya kerana, aku beradu tanpa mantera, usai menjamah karipap karipap kafe, yang rasa hanya sedang sedang tapi sedap juga apabila lapar.

Dan hai teruna aduka nyawa, jangan kau cuba, jangan kau cuba sekali jangan. Kerana aku memperhalusi langkah, buah, Hikmat Jurus Di Pandang Di Sentuh Jangan. Langkah sulit extra cakar penunduk naga.

Heeyahhhhhh......

Ku utus warkah sila dibalas. Ku tunggu, biar redup mentari, biar burung terbang ke sarangnya kembali. Kerana jalan jem setengah mati, entah siapa tidak punya hati perut menghon sesuka hati.

Obi Wan..

Ku seru nama mu tiga kali,

Obi Wan Obi Wan Obi Wan.

Tiada Asap. Tiada Bunyi.

Aku terbangun. Ini bukan mimpi ngeri. Hanya kerana alarm clock berbunyi. Kedengaran Mizz Nina berdendang.. Sexy my name hey sexy my name.

Mandi lekas mandi. Lepas subuh, terlihat limpahan qirmizi, maka bermulanya satu hari lagi.

3 comments:

Jentayu said...

pergh~

lyn_intanazlleyna said...

hahaha buli lawan faisal tehrani ni...
qirmizi tu apa?len kali ckp barunai bah dang

Jlascanteen said...

jentayu: boleh amalkan untuk memperolehi buah asas Hikmat jurus di pandang boleh di sentuh jangan

ayang: kulimat ku kulimat, belunjur batis, batis ku papat.... turun angin turun tah kau. jantah diunjar gimbaran. Gimbaran sudah betapuk di kaban.

heeeeyyyaahhhhh....

(Membari watir... macam kesarungan)

qirmizi=warna merah.
terlihat limpahan qirmizi= melihat matahari terbit.