MEH LAH KLIK...

Wednesday, August 4, 2010

Up In The Air- ulasan

Aku tak pasti nak mula dari mana. Aku SANGAT suka filem ini. Kalau kasi gred dapat A+.

Suka:

1. Ryan Bingham dilakonkan oleh George Clooney. Well.. adakah sesiapa lagi selain George Clooney yang lebih sesuai menjadi Ryan Bingham? Tiada.

2. Ucapan Empty Your Backpack dari Ryan Bingham.

3. Ryan Bingham's view on marriage. Oh... dia dapat rumuskan my view on marriage. Tak lah sama sebiji sejiban. Tapi I like his view.

4. Ryan Bingham masa check in dan ketika melalui pemeriksaan keselamatan. Sangat pantas, berkesan, dan nampak kelihatan sangat sexy.

5.Ryan Bingham travels light. Aku tidak. Aku tak pandai travel light. Even untuk balik kampung for weekend. Tetap berbondong bondong beg aku bawa. Laundry, kertas2, printer, etc etc.

6. Kisah apabila rupanya Alex bukan lah seperti Ryan. Actually she has home. Ada kehidupan lain. Dan suka lah semua babak bersama Alex, masa di wedding, pecah masuk sekolah, dan apabila Alex telefon Ryan masa di parking lot.

7. Masa babak St Louis airport.

8. Studio apartment Ryan. Simple, minimal, empty. I like it. Actually bilik yang aku tinggal sekarang ni pun ada ciri2 tersebut. Ada beg untuk keperluan 2-3 hari, Almari kosong, rak kosong, cuma yang banyak kertas2, dan alat2 untuk menyiapkan tesis jak.

dan banyak lagi.....

Tidak Suka

1. emmmm.... oh masa Ryan dan Alex pecah masuk sekolah. Dan dan termasuk dalam kelas geografi. Macam overemphasize pula nak "shove it into our mouth" macam kita tak tahu ni cerita travel2 (dan juga pasal falsafah epicurean etc etc).

2. Masa Natalie datang dengan beg yang tak sesuai untuk light traveller. Aku rasa ini sangat expected, dan sangat cliche dan sangat well... betul.. sebab perempuan jarang travel ringan2 ni.. mungkin pergi beg memang ringan. Sekali balik... nah kau.. berhangkutan, silap2 sampai kena caj excess baggage. Nak nak naik airasia.


Lain2.

Sejak tengok filem ni, aku dah cuba2 untuk travel light atau lebih tepat move light. Aku jarang travel. Cuma aku hidup nomad. Seminggu tukar 3 buah "rumah". For the past 2 years "Moving is Living". Dan setiap kali aku moving, I move with bulk.

Aku rasa, Ryan develops kemahiran travel berdasarkan pengalaman. Lagipun dia cakap dia senang, dia stereotyping. Dia tahu macam mana travel cepat, not packing thing you dont even need, hotel mana ada servis baik, kereta sewa mana yang bagus, etc etc etc... he learns along the way...

Nak belajar lebih lagi macam mana nak travel light. Moving is Living.

Aku sangat suka filem ini. (dah tulis tadi, saja nak tulis lagi.. over-emphasize hahahahaha)

p/s: last time flying a year ago.. dah lama tak up in the air.

No comments: