MEH LAH KLIK...

Monday, August 30, 2010

sapu sawang

Musim cilok hasil kerja orang lain tanpa izin datang lagi, kali ini melibatkan karya Cik Khairunie.

Kontraktor pembikin papan iklan untuk hari kebangsaan yang tertera gambar CM Sabah di Kota Kinabalu telah menggunakan gambar milikan Khairunie tanpa izin. But she is a very nice person, so tiada lah legal isu setakat ini.

Dalam berjuta juta dan bergiga giga byte gambar yang memaparkan bangsa pelbagai kaum di Malaysia, kontraktor (yang tidak bertanggungjawab dan pencilok) itu telah memilih gambar milikan Khairunie. I've been following her work of art for a while now. I like it. Sebab gambar2 dia ada jiwa.

The City should thank Khairunie. Her work speaks for her talent.

Khairunie, (if you are reading this)

I personally think you should write a letter to CM's office or Mayor's or both to let them know about this issue. Supaya next time mereka berhati hati dalam mengapprove kerja kerja kontraktor papan iklan ni. Just my opinion lah...
..................

An anon commented on my post about halal haram jersey bola.

Aku cakap pasal isu pengharaman jersey bola kerana ada imej yang dikatakan syaithon. Anyway.. macam biasa anon ni gelabah.. buat aku tergelak pagi2 ni (nice job!). Tiba2 dia kaitkan pasal yahudi. Apa daa... sikit sikit salahkan yahudi, sikit-sikit yahudi jahat. Cuba kita lihat kelemahan kita sebagai orang Islam dulu. Acknowledge kita ada kelemahan. Jangan delusional sangat.

Bukan lah aku nak back up yahudi or alike. Hakikatnya memang banyak barangan di dunia ini adalah milikan perusahaan yahudi. Termasuk lah kelab bola EPL, entah entah korma yang kau makan hari hari tu pun tumbuh subur dari ladang ladang saudagar korma yahudi. Tapi ikut logik lah kan, ada kah orang yahudi EPL tu paksa orang Islam di Malaysia beriya iya sokong kelab mereka? ada? aku rasa orang yahudi EPL tu entah entah tak tahu Malaysia ni letak kat celah mana dalam globe.

Honestly, aku beli barangan dan jenama yahudi. In fact, burger dari perusahaan yahudi antara burger paling mengiurkan dan tasty di dunia. Bukan nak glorify lah yahudi ni. Tapi dah memang mereka berjaya dalam dunia perniagaan jenama antarabangsa, maka kau nak buat apa? boikot? dengki?.

Iya, aku tahu isu orang Palestine (orang arab Islam dan Kristian) ditindas oleh yahudi. Penduduk Gaza dibunuh, rumah orang Islam dimusnahkan. And endless suffering. Setiap kali aku tengok penderitaan orang Palestine di TV, aku cakap, "penderitaan mereka ni akan berlanjutan sampai kiamat". Aku rasa OIC pun dah berapa tahun 40? 60? bincang pasal isu Palestine, tapi keadaan tetap hancur lebur macam tu juga.

Siapa yang bertanggungjawab? Nak salahkan yahudi? memang mereka salah pun. Dah tahu dah, another same statement is merely a redundant. Masalah besar orang Palestine bukan sahaja orang yahudi yang jahat, masalah mereka ialah Pak Arab bangang dalam OIC tu. Too lazy to lift their hand to help fellow Arabs. All they concern about is counting their petrodollars. Buat kastil besar2, kalau ada 40 orang adik beradik, setiap 40 orang tu harus tinggal dalam kastil masing-masing. Lepas tu bila orang Palestine menderita, mereka main tuding jari saja kat yahudi. Tangan sebelah sibuk kira duit hasil minyak. Royalti dari syarikat minyak yahudi amerika.

Yang kita orang Malaysia ni pun gian nak jadi arab, ber ana-anta mengalahkan celik celik mata lahir kat tengah padang pasir. Orang Palestine menderita, tapi tak pernahnya nak selidik balik betapa Pak Arab berpecah belah, sedangkan populasi yahudi tu bukan besar mana pun kalau compare dengan populasi Pak Arab.

So apa jadi dengan Hamas dengan Hamas nya, Fatah dengan Fatah nya, Hizbollah dengan Hizbollah nya? Dia sendiri berpecah belah, lagi nak salahkan yahudi 100%. Bak kata ostad yang beri ceramah ramadhan minggu lepas. Perpaduan itu wajib!.

1 comment:

nurul khairunie said...

thank you so much for your concern.

i'll probably do something about it. supaya next time takkan ada lagi kerja/milik orang lain yang kena ambil begitu sahaja.