MEH LAH KLIK...

Monday, July 12, 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

Sepanyol berjaya menang World Cup 2010, sesuai dengan pangkat mereka sebagai jaguh Eropah.

Walaupun Sepanyol yang menang World Cup, akan tetapi pemenang sebenar ialah Dutch Football, atau Total Football. Nampak tercorak betapa kuatnya pengaruh Bola Sepak Belanda dalam pasukan Sepanyol. Maksudnya perlawanan akhir piala dunia itu, Total Football melawan Total Football. Terima kasih kepada kelab Catalan, Barcelona FC. Hampir separuh pasukan Negara Sepanyol ialah dari Catalan. Dan gaya permainan kelab Barcelona FC, the proud of Catalonia banyak dipengaruhi oleh Johan Cruyff.

Aku tidak terkejut jika orang Catalan tak bergembira dengan kemenangan Piala Dunia yang didabik dengan menggunakan nama Negara Sepanyol. Hal ini bukan pertama kali dibangkitkan, malahan ketika Euro 2008 dahulu sudah menjadi isu tentang provincial spirit atau Redneck-esque di kalangan wilayah-wilayah Sepanyol amat kuat sekali. Ianya boleh meletus pada bila bila masa, dan jika berlaku akan menyaksikan Pasukan Kebangsaan Sepanyol tersungkur dengan sekelip mata. Sekarang ini pun bagai menunggu masa saja Wilayah Catalan mengharamkan bangsa Catalan bermain untuk Pasukan Kebangsaan. Begitu kuat semangat Catalan dikalangan mereka. Bak kata pepatah aku dalam Facebook, Kalau nak masuk syorga kena jadi pemain bola di Madrid, rela orang Catalan (seperti Xavi, Puyol) masuk dalam neraka.

Apa pun selepas 2 tahun, they are still here, only to become stronger than ever. Jika bola sepak menjadikan Jerman, sebuah negara yang pada waktu dahulu dipecahkan kepada 2 arah mata angin, kini berwajah satu Jerman. Tapi halnya di Sepanyol, bola sepak boleh menyebabkan mereka menjadi 4 Sepanyols.

Ahh... bola dan politik lagi tak habis habis

The sexier team win. Justifikasi sudah terhidang didepan anda. To quote my own words, man is sexier if he is a Catalan. Dan lelaki lelaki seksi ini lah yang menghancurkan pertahanan solid as rock Negara 1Jerman. Itu yang paling penting.

No comments: