MEH LAH KLIK...

Friday, July 30, 2010

Mixed cocktalk.

1. Agak kecewa malam ini, aku tak tahu lah apa yang korup, fail kah? komputer kah? aplikasi kah? tapi aku tak dapat nak tengok movie guna netbook ini. Benci ok. Sangat anti klimaks.

Baru tengok 1 movie. Itu pun guna kompite lain, bukan kompite sendiri. Ada 1 movie lagi belum tengok, aku sangat mengidam nak tengok movie ni dah lama gila. eeii.. Geram.

2. Baru perasan ada credit balance dalam facebook. Aku dah berhenti main farmville. So biar jak lah credit tu. Jangan dia charge duit sebenar sudah..

3. Owh.. belajar beberapa perkara baru hari ini, rasa nak buat 1 entry di dedikasikan kepada perkara perkara tersebut.

Terutamanya penemuan bakteria yang tahan suhu panas di Yellowstone telah membuka peluang untuk penemuaan/penciptaan kaedah PCR. Kaedah PCR sangat penting dalam bidang biologi molekul. Pencipta kaedah PCR telah dianugerahkan Hadiah Nobel (kimia) atas pencapaian beliau.

Orang yang menemui bakteria itu ialah Brock (atau pasangan Brock). Aku teringat masa tahun 1 di uni dulu ada sebuah buku teks mikrobiologi yang ditulis oleh Brock. Aku tak beli buku tu. Waahh.. very nostalgic ok.

Sebenarnya tengah baca buku yang telah lama di procrastinated.Itu yang info flow agak deras tu. Sangat suka buku ni. Sejak final year nak beli/baca buku ni (around 2007), pernah jumpa sekali di airport, tapi tak beli. Menyesal sangat sangat. Last2 dapat beli juga. =).

Cuma tu lah, I am a slow reader. I read when I feel like to. I dont set deadline selalu nya. Sebab tak nak rasa macam terpaksa baca. or for the sake of habiskan cepat. Baca sebab nak baca.. and enjoy every second of it.

Nak beli novel The Street Lawyer atau The Firm. Tapi belum jumpa lagi. Elok lah.. kewangan agak tipis sekarang ni. Pernah jumpa The Street Lawyer di lobi sebuah hotel di KK, hampir hampir nak cilok. Tapi novel tu terjemahan ke dalam bahasa Belanda. So kalau cilok pun, tawar hambar minat nak baca sebab kena buat terjemahan 4 pemeringkatan, Belanda>Jerman>
English>Melayu. Semuka surat pun aku tak lalu, apatah lagi senovel.

4. Nak tengok movie dan movie dan movie. Aku rasa I have long list. On the top of course, No Country for Old Men, Salt, Wall Street, Green Zone, Burn Before Reading, & Body of Lies. Macam nak tengok The Prestige pun ada. Aku pernah tengok The Prestige, tapi tak sampai habis. Plot dia di tarik ke depan belakang, lepas tu kena fikir2 lagi, so aku stop tengok half way dulu.

Ke semua wayang lama2 kecuali Salt & Wall Street. Aku suka tengok wayang seorang2 dalam bilik. Sebab lebih tumpuan. Pergi panggung pun ok, sebab effect semua terasa lebih baik. Tapi aku memilih sikit bila tengok wayang, so aku bukan kaki wayang sejati.

5. Apasal CSI makin lama makin haram jaddah ceritanya. I used to love CSI, macam kan sangat dinanti nantikan lah. Must watch. Sekarang, kalau tengok, tengok, kalau tak, tak cari.

6. Baru habis mengemas-ngemas dalam 2 hari ni. Ada lagi lah yang kecil2 seperti alat2 tulis.2 kotak (kontena/bekas plastik) dan 2 beg (macam beg laptop). Penuh dengan segala barang yang aku kumpul sejak beberapa tahun ni. Some stuff dated back to my UKM years. Finally, I let them go.

Kebanyakkannya ialah yang aku kumpul masa UMS, banyak juga, walaupun sekadar 2 tahun. Kertas2, draf2, buku2, fotostat itu dan ini, Draf untuk disertasi saja pun dah setimbunan, tak termasuk draf yang aku dah campak dimana2 ntah. Bukan tak nak buang draf tu, cuma, They cost me a lot semasa pembikinan, so... nak buang pun teragak2.

Ada lagi nota2 & jurnal2 satu kontena didalam bilik tidurku. Saja put on hold jangan hantar ke dalam storage dulu, just in case nak rujuk balik. Sebab I have one title in my mind. Mana tahu ada tergerak hati nak buat proposal (walaupun fizikal mental, jiwa raga, duit dan segala2 belum bersedia). Just in case nak study or buat rujukkan semula.

Tapi bidang dan title tu antara first very critical steps untuk menjerumuskan diri dalam penyeksaan peringkat ke 3.

Dah habis 1 penyeksaaan, lepas tu kegatalan pula fotostat sijil, isi borang, menaip2 memerah jus jus teknikal dan kreativiti dan DUIT untuk mencari tiket kepada penyeksaan yang lagi up level kesakitannya.

addicted to pain eh?

We'll wait and see.

7. Relationships: getting complicated, not yet.. but getting there. Prepare for the series of awkward moment. And series of avoiding.

Oh ya.. with S. Plural.

Err.. actually, it is complicated because I am not interested. Anymore.

8. Celcom broadband macam haram jaddah. Woit Celcom korang sedap kenyang lah kan.. makan duit pelanggan yang bayar penuh, tapi servis korang macam siyal.

No comments: