MEH LAH KLIK...

Tuesday, July 13, 2010

Labuan Trip: Part 1

Weekend kali ini dihabiskan dengan trip nekad ke Labuan. Selepas beberapa tahun ditangguhkan, akhirnya berjaya juga dilangsungkan trip ini. Terima kasih lah kepada ainil, ain, dan lina a.k.a ayang, kerana berjaya against all odds untuk sampai ke Menumbok. Major hiccups di Jakmas KF pada jumaat malam yang berlarutan hingga ke pagi sabtu.

Akhirnya berjaya juga kami menongkah arus lalu menjejak kaki ke Labuan (pergh.. gaya cerita macam pergi ke Sulawesi menaiki perahu).

Sampai disana, Cik Amal, telah dengan baik hatinya menjemput kami di Ferry Terminal. Siap bawa ke rumah dan ada hidangan lunch tersedia. Terima kasih lah Cik Amal, banyak banyak banyak x 18 juta x infiniti. Lepas tu she let us use her car. Aku drivernya. Tidak biasa ok. Selalu aku jadi adik manja sahaja tidur di passenger seat. So pertama kali drive di Labuan. Senang sahaja.

KML kawasan berhampiran blok A? di ambil ketika morning walk di pagi Ahad.
Bekas blok asrama saya dahulu. Tingkat 3, bilik threepointsix
Masjid Kolej (Al Irfan?) selepas subuh (ahad)
Masjid Al Irfan hampir nak maghrib. Disini banyak kenangan ni, teringat2 pula dengan bilal2 dan imam2 serta ahli kariah masjid yang lain. ha. ha. ha.
Para pelajar menghadiri Majlis Aman Palestin

Sabtu malam ahad ada majlis Aman Palestin peringkat KML. Kami terjoin dengan jemputan dari Cik Amal. Ada aku terlihat beberapa orang2 yang muka familiar. Malas nak sebut nama lah kan.

But only ainil stayed put until the end. 3 of us left early sebab aku dah nak tersungkur ke bawah kerusi akibat mengantuk. The majlis was fine, lovely, ostad ostad *kenyit mata* pun boleh tahan, dan of course intipati pun menarik. Cuma aku memang penat sangat sangat. This so called nightcrawler kehilangan taring. Sorry lah pihak pengajur, saya minta diri awal. Plus the dewan, in spite of air conditioned masih juga meruap ruap panasnya, and the closest vending machine tak berfungsi. Aku haus, then off to Pagayaman Pit Stop untuk beli air, Cafe tutup awal.


Pagayaman Pit Stop is still alive and kicking

Pagayaman ni kedai makan paling hampir kot dengan KML. Agak popular dikalangan remaja yang berhormon untuk fly konon2 nak tukar selera lah. Aku tak pernah fly ke sini. Bukan bajet baik ok. Tapi dah alang alang fly tak kan lah pergi makan pau depan pagar kolej, bagus aku balik kampung terus.

Apapun KML nampak macam biasa, cuma dah banyak kemudahan disediakan berbanding masa aku dulu2. Sayang tak dapat jumpa my ex cikgu bio. Cikgu bio yang banyak memberi kesan di hati saya (ha. ha. ha.). Ok the cikgu bio is she.

Salah satu sebab aku sangat tegar nak ke Labuan pada hujung minggu lalu ialah kerana, minggu lalu ialah birthday Nel yang ke 25. Dan Kolej Matrikulasi Labuan ialah tempat kami berjumpa buat pertama kali.

I thank Allah SWT for that. Banyak kenangan dengan Nel di KML. I love him and miss him so much. Al Fatihah to him.

Nanti aku upload gambar KML lagi. Kepada yang menggoogle KML lalu terdivert ke blog ini, sila klik iklan nuffnang saya terima kasih.

No comments: