MEH LAH KLIK...

Thursday, July 22, 2010

...dan ada beberapa batang pokok dari hutan tropika menemui tempat rehat mereka di atas meja ku

tu dia panjang tajuknya. Sesungguhnya tajuk itu maksudnya sangat literal. Aku baru sahaja habis mencetak draf disertasi. Aku harap ini draf yang terakhir sebelum menghantar teks akhir dalam bentuk kulit keras.

Oh.. kenapa agak skema ayat ayat di dinihari begini?

Ironinya disini, aku tak jumpa kertas SFI untuk dibeli walaupun tajuk kajian aku berkaitan dengan SFI itu secara tidak langsung. Format mengkehendaki untuk aku menggunakan kertas 80 gsm. Tapi kertas jenama double A terlalu mahal, oleh kerana tiada kertas SFI, aku pilih kertas jenama Giant, 80 gsm juga. TAPI..... kualiti kertas a4 jenama Giant itu seperti kertas surat khabar. I cant complain much, sebab memang murahan betul harganya. (well.. thats why I bought it at the first place).

Macam biasa 1 tank toner black lexmark hanya bertahan untuk tak sampai 2 naskah disertasi. Hanya 1++ sahaja. Jumlah keseluruhan pages rasmi ialah 163. Tambah kulit depan, isi kandungan, penghargaan.. about 170 pages. nah kali sendiri. Aku hantar sudah 5 salinan draf sebelum ini. Tambah 1 salinan untuk draf pembetulan. Ini salinan ke 7.

170x7= BANYAK! (malas nak kira).

hampir 800 keping bukan?

1 toner black lexmark = RM79.00

1 toner warna lexmark = RM 89.00

bila warna hitam habis di pagi pagi buta. Sudah tentu aku belasah saja pakai toner berwarna.

Format, Pasca's indecsive behaviour, disagreement among experts, format.. dan pelbagai lagi menyebabkan aku rasa nak pijak2 pun ada disertasi itu. Eh.. jangan... aku taip word by word tu.. Tapi kalau dah tengok, baca, edit, print, edit lagi, edit, baiki, edit, sebanyak 7 salinan. Well.. sesiapa pun boleh jadi hiperbola.

Dipersoalkan kenapa aku tidak dapat hantar pembetulan dalam masa seminggu. Aku diam. Alasan "aku malas" lebih senang dari menerangkan, betapa kompite lama aku rosak, aku terpaksa beli kompite baru. Alhamdullilah, aku ada back up segala yang penting. Sebab tiada siapa mahu tahu alasan kau atau masalah kau.

Siapa peduli kompite kau meletup, printer kau stuck, toner habis, duit licin. All they want you freakin' volume on their desk.

Yang nampak: Map aku warna macam haram.

Yang tak nampak: Toner aku habis pukul 2 pagi, pada minggu tahun baru cina, dan aku dimestikan hantar hari ke-3 tahun baru cina. Nak beli toner pun kedai tutup.

Siapa peduli? nobody cares. They certainly dont.

Most of the time, Effort doesnt count!

Research dissertation is made by poor human. Imperfection is part of it. Kau nak perfect sangat sangat pergi baca holy scripture lah...

Orang sudah berhabis, masa, tenaga, duit, lagi demand lebih2. Aku bayar yuran lah...

Just sign it, stamp it, let me graduated. This is demand. And I demand you to entertain my demand. Yes, you UMS!.



No comments: