MEH LAH KLIK...

Thursday, July 8, 2010

Bola lagi?

Mari sambung kutuk Jerman.

Aku memang ndak sukak Jarman. Terutama bila penyokong Jerman berbangsa Malaysia, menyokong Jerman macam kan dia celik mata diberanakkan di Black Forest, Germany. Macam kan dia ada di stadium masa Jerman menjulang piala dunia. Dan sebagainya.

Peminat franchise atau peminat import ni bukan untuk kem Jerman sahaja, tapi kem England, kem Sepanyol, kem Portugal, dan kem kem Amerika Latin pun ada. Apasal kurang atau tiada kem peminat import untuk pasukan Cameroon, atau Slovakia atau Chile.

Setahu aku lah kan yang minat team Cameroon cuma seorang bekas pengulas sukan.. siapa ntah nama dia Omar Abdullah kot. Itu memang dia declare dalam tv dia minat pasukan Cameroon.

Ok berbalik kepada pasukan Jerman.

Bila aku yang tidak suka Jerman ni (sebab dulu aku sangat suka England, dan dalam banyak2 liga asing EPL sahaja yang selalu aku ambil kisah. England dulu dan kini) di tambah pula dengan penyokong import pasukan Jerman yang melebih2 macam sah sudah Jerman menang tu world cup 2010. Makin lah aku ndak sukak Jerman x 18 juta.

Tapi benci benci aku dengan pasukan bola Jerman ni, aku masih tidak setuju bila mereka dikaitkan dengan Nazi. Kerana barang lepas jangan dikenang. Memang seperti yang aku kata dulu, bola ini ialah wang, politik, dan mungkin juga seks. Lihat lah pasukan Jerman sekarang, mesti kalau Hitler ada kubur dia mencarut dalam kubur. Sekarang pasukan Jerman sudah berwajah Polish, Turkish, Ruski, dan Boateng. Malahan ada pemain yang bernama Gomez. Tidak terkejut jika ada diantara pemain tersebut mempunyai tempias darah Jewish. Apa kah ini semua? Ini adalah bukti semangat nasionalisme yang dibangkitkan oleh Hitler itu sudah pudar.

Maka tak adil untuk mengaitkan lambang Swastika dengan pasukan bola Jerman. Mereka ialah pasukan bola Jerman bukan SS. Ini berlaku secara berleluasa di dalam Facebook. Main tagging2 lagi tu.

Cuba korang tengok hidung si Schewini tu... tu idung yahudi tu. Aku rasis? hahaha. Aku cakap yang benar walaupun rasis. Muka Jerman tulen beberapa kerat sahaja dalam team Jerman tu?.

Apa pun yang penting mereka ada kad pengenalan Jerman kan.


Jerman lwn. Sepanyol.
......................................

Sepanyol punya shots dan shots on goal macam England ketika melawan Slovenia. berbakul bakul, tapi ketepatan tiada. Jerman, macam biasa masih terbawa-bawa rentak bermain semasa menentang Argentina dan England. Jerme bodo. Dok cerdik. Make semut'.

Apa kau ingat Sepanyol tu bodoh tak akan kaji taktik counter attack korang. Tapi pertahanan Jerman memang kuat. Yang nombor 3 tu dengan entah siapa Materaskeeapanamadia? pemain tinggi lampai tu memang sukar nak dibolosi. Bersyukur lah kau Neuer kerana ada pemain pertahanan macam tu.

Aku rasa Jerman hanya rely on taktik counter attack. Mengingatkan aku beberapa game Itali. Akan tetapi dengan pemain penyudah yang tumpul, dan peluang yang hanya sekali sekala (tak digunakan pulak tu), dan jangan lupa Mat Puyol ada disana.Memang patut Jerman kalah.

Game semalam serius sangat bosan ok.

cuma last 15 minutes nampak macam bertenaga sikit. Padan mukak Jerman, cakap besar, berlagak tak ingat, nah... rasain loh!.

....................................

Sambung kutuk.

Masa England kalah hari tu, bukan main lagi yang di kem Jerman sindir menyindir, bakar membakar, caci memaki, semua ada. Kata team star tak menjamin kemenangan world cup. wait the minute, korang anggap England tu team star sebab korang layan EPL kan? so macam mana kriteria korang nak tentukan team tu star dengan tidak kalau korang tak layan La Liga, Bundesliga, Seria A, Liga Arpetura Arg., dan liga liga lain di seluruh dunia. Yang korang nampak tu star EPL. Sebab tu ramai di Malaysia ni anggap England ramai star.

Korang ingat tak Man United pernah kalah dengan Vasco da Gama, Liverpool pernah kalah dengan Sao Paolo. Dalam kejohana Kelab Dunia FIFA.

Tapi ramai ingat bola ini berlegar di EPL sahaja. Dan memang layan EPL sahaja. Sebab tu pressure was heavy on EPL player like Rooney, Lampard, sebab mereka memang main di EPL.

Semua team boleh bermain lebih baik dari England, tapi bila tentang EPL, tiada yang boleh brand themselves like EPL.

Portugal tiada star lah? Ada star. Si penjual spenda. Itu pun sebab dulu dia main Man United. Torres? hahaha. El Nino ni dulu masa dia dengan Athletico Madrid mana ada aweks ambil pusing, masa tu semua meleleh dengan Raul Gonzalez.

Habis-habis team Jerman yang orang kenal Podolski, Klose dan Ballack. Sebab last tournament
memang ada mamat mamat ni. Selain dari England yang nampak pemain terkenal pun Spain. Sebab they look like runaway models kecuali Puyol. Sebab tu aweks suka sokong Spain sebab hensem. Kalau let say, Mexico letak pemain muka macam Carlos Daniel Bracho, pun aweks akan sokong Mexico. Tak kisah lah main macam haram sekali pun.

Cuma kes Sepanyol mereka bermain dengan menang.

Aku pasti ada penyokong tegar Jerman di Malaysia ada yang layan Bundesliga. Tapi aku yakin, mereka ini (fan Jerman), masih lagi berhempas pulas, memboroikan perut dengan teh tarik, menonton EPL. Tak click aku rasa kalau sokong kelab EPL tapi negara sokong negara lain selain England, terutama Jerman dan Argentina. Bukan tak boleh cuma tak click.

Aku tak harap seluruh peminat bola EPL akan menyokong England. Sebab selera masing masing. Cuma kalau kau dah rasa jiwa raga kau sesuai menyokong bola Jerman, aku rasa ada baiknya tak payah declare berlebihan kau sokong *insert nama kelab EPL* secara tegar sejak kecil. Sejak zaman 80's. Atau sejak celik celik mata di muka bumi.

Sebab aku pasti, peminat EPL di England, tidak akan sanggup sokong pasukan lain selain England. Agak pelik/insulting kepada peminat EPL tulen (dari England, penduduk England) ok, pakai jersey *insert nama kelab EPL* tapi sorak pasukan selain England.

Setakat nak layan game, kau nak layan Liga Korea Utara pun tak apa. Ok. Fine. Kau memang kaki bola yang tegar. Cuma agak agak lah.

Aku harap satu masa nanti semangat menyokong pasukan pasukan liga Malaysia lebih hebat dari sokongan untuk EPL, La Liga, Bundesliga, dan Liga liga lain, dan pasukan negara lain. Bab passionate ni kena ambil contoh penyokong Kelantan lah.

hahaha.

1 comment:

JAIRO said...

kadang2 aku pelik jua dgn peminat bola di malaysia ni.. kekekekek apa yang ko ckp tu mmg ada kebenarannya... masa tiada piala dunia.. chill shit la manure la liver fool la ASSenal la.. kekekek patut semua sokong la england... yang sepanyol layan liga spain... itali layan liga itali.. germany layan liga germany baru true kekekekekekekek....

Hail Germany!!! Hail Bayern Munich kekekekeke