MEH LAH KLIK...

Wednesday, July 7, 2010

Bebola Jerman.

Ahhh sukar untuk berterusan mengutuk pasukan bola Jerman pada ketika ini. Oh ya, untuk lebih jelas, yang aku tak suka tentang Jerman hanya sekadar di padang bola. Sama ada peringkat antarabangsa atau kelab, akan tetapi selain dari Bahasa Inggeris, bahasa eropah yang aku tahu nak baca (sikit sikit) ialah Bahasa Jerman.

Other than their Die Nationalmannschaft, Aku suka Jerman, I like Germany and anything Germanic (tapi belum sampai Goth-phile lah). Including Dutch. Sebab, oleh kerana aku boleh baca Jerman (sikit sikit) lah aku boleh baca Dutch (sikit sikit) juga. It helped me when I was browsing/observing/ old specimens in Bogor Herbarium, because some notes on specimens are in Dutch and German.

Ok, ini kisah lain. Mari cerita pasal bola.

Ketika ini ada beberapa juga yang sudah tukar bendera, dulu kibarkan bendera Itali sekarang sudah kibar bendera Jerman. Macam pengundi atas pagar pilihan raya pulak.

They are not poser, they are glory hunter. Nak senang, sokong pasukan dah nak menang. Macam EPL, nak senang menang, sokong lah the big 4. Mainstream gitu. (penyokong yang tinggal di kawasan traffod, anfield, both blue and red sides of london, adalah tidak termasuk dalam cerita ini)

Tahniah lah kepada yang menyokong Jerman dari dulu, kini, dan selamanya. Enjoy the game. Mana tahu pasukan Jerman akan berjaya membuka franchise kelab peminat di Malaysia (seperti England) apabila memenangi Piala Dunia 2010. Kalau menang ya? Corak taktikal memang seronok di tonton (kalau menang). So far, memang menang pun. Kecuali semasa berentap dengan Serbia. I just remember how awful they were in 2000... err.. tak payah diungkit sejarah silam bukan. Semua orang ada masa lampau yang hendak dilupakan. Seperti England dan generasi emas pasukan Portugal yang kini diketuai oleh spenda poster boy.

Look how young the Germans today. Very very young. Oh they even revolutionized their team, kadang kadang tak nampak seperti Jerman. Tapi nampak seperti Poland, Jerman dan Turki dalam 1 pasukan. Mungkin inilah dikatakan 1Jerman. Seperti yang dimahukan oleh Otto dari Bismarck.

Apa pun teruskan menyokong Jerman, sehingga Malaysia layak ke Piala Dunia. "Untuk negara Jerman yang suci" kata Stauffenberg

I heard, pasukan Argentina telah di sambut secara baik (atau meriah) di Argentina. Walaupun their balls crushed by well who else.. pasukan yang aku suka untuk benci. Dont get me wrong, I hate #Arg as much, cuma this time I hate pasukan Jerman more.

Kepada yang bernazar cukur kepala kalau *insert nama pasukan* menang/kalah. Hahaha. Cukup2 lah bertaruh duit masa musim world cup ni jangan lah mempertaruhkan akal yang baik.

Oh ya, berbalik ke England, penat lah tulis pasal Jerman dan diselitkan dengan Argentina. Yang menghancurkan Herr Ballack itu bukan Chelsea, tapi The Bad Roman. Ingat dia bukan English tapi dari Russia. Oh mungkin England pun sudah mengguna pakai 1England, dari Tampa Bay Florida hingga ke Moscow. And we, Malaysian are cheering for them. Each and every season. Dalam Bahasa Melayu.

Mungkin selepas Jerman memenangi Piala Dunia 2010, semakin ramai orang akan bersorak sorai menonton Bundesliga, juga dalam Bahasa Melayu. Jika menang.

P/s: Ingat lagu FC Schalke 04? Aku harap apabila Bundesliga menjadi pilihan untuk disorak, Pemuda Pas, Umno, PKR, NGOks tidak akan membuat demonstrasi di hadapan kedutaan Jerman kerana lagu tersebut.

..........................

update.

nampaknya penyokong kem Jerman dari Malaysia terpaksa berpuashati dengan semi final. Dan kembali bertaubat menyokong EPL. Mungkin ada yang masih kekal di Bundesliga tapi tidak berupaya melepas kan EPL.

Err... EPL dengan pasukan Jerman tak tally lah... tak percaya? tanya peminat Manchester United di Manchester. Tapi peminat import mungkin ada pengecualian.

No comments: