MEH LAH KLIK...

Friday, July 30, 2010

Alhamdulillah.

Syukur. Ada banyak sebab untuk rasa lebih bersyukur pada pagi jumaat yang menggembirakan ini.

I think, for a very long time, I glad someone called me at 9 am today. Because usually I dont entertain before 10 am calls. I answered the call. And it made my day!. Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT. And Thank You to all.

Mixed cocktalk.

1. Agak kecewa malam ini, aku tak tahu lah apa yang korup, fail kah? komputer kah? aplikasi kah? tapi aku tak dapat nak tengok movie guna netbook ini. Benci ok. Sangat anti klimaks.

Baru tengok 1 movie. Itu pun guna kompite lain, bukan kompite sendiri. Ada 1 movie lagi belum tengok, aku sangat mengidam nak tengok movie ni dah lama gila. eeii.. Geram.

2. Baru perasan ada credit balance dalam facebook. Aku dah berhenti main farmville. So biar jak lah credit tu. Jangan dia charge duit sebenar sudah..

3. Owh.. belajar beberapa perkara baru hari ini, rasa nak buat 1 entry di dedikasikan kepada perkara perkara tersebut.

Terutamanya penemuan bakteria yang tahan suhu panas di Yellowstone telah membuka peluang untuk penemuaan/penciptaan kaedah PCR. Kaedah PCR sangat penting dalam bidang biologi molekul. Pencipta kaedah PCR telah dianugerahkan Hadiah Nobel (kimia) atas pencapaian beliau.

Orang yang menemui bakteria itu ialah Brock (atau pasangan Brock). Aku teringat masa tahun 1 di uni dulu ada sebuah buku teks mikrobiologi yang ditulis oleh Brock. Aku tak beli buku tu. Waahh.. very nostalgic ok.

Sebenarnya tengah baca buku yang telah lama di procrastinated.Itu yang info flow agak deras tu. Sangat suka buku ni. Sejak final year nak beli/baca buku ni (around 2007), pernah jumpa sekali di airport, tapi tak beli. Menyesal sangat sangat. Last2 dapat beli juga. =).

Cuma tu lah, I am a slow reader. I read when I feel like to. I dont set deadline selalu nya. Sebab tak nak rasa macam terpaksa baca. or for the sake of habiskan cepat. Baca sebab nak baca.. and enjoy every second of it.

Nak beli novel The Street Lawyer atau The Firm. Tapi belum jumpa lagi. Elok lah.. kewangan agak tipis sekarang ni. Pernah jumpa The Street Lawyer di lobi sebuah hotel di KK, hampir hampir nak cilok. Tapi novel tu terjemahan ke dalam bahasa Belanda. So kalau cilok pun, tawar hambar minat nak baca sebab kena buat terjemahan 4 pemeringkatan, Belanda>Jerman>
English>Melayu. Semuka surat pun aku tak lalu, apatah lagi senovel.

4. Nak tengok movie dan movie dan movie. Aku rasa I have long list. On the top of course, No Country for Old Men, Salt, Wall Street, Green Zone, Burn Before Reading, & Body of Lies. Macam nak tengok The Prestige pun ada. Aku pernah tengok The Prestige, tapi tak sampai habis. Plot dia di tarik ke depan belakang, lepas tu kena fikir2 lagi, so aku stop tengok half way dulu.

Ke semua wayang lama2 kecuali Salt & Wall Street. Aku suka tengok wayang seorang2 dalam bilik. Sebab lebih tumpuan. Pergi panggung pun ok, sebab effect semua terasa lebih baik. Tapi aku memilih sikit bila tengok wayang, so aku bukan kaki wayang sejati.

5. Apasal CSI makin lama makin haram jaddah ceritanya. I used to love CSI, macam kan sangat dinanti nantikan lah. Must watch. Sekarang, kalau tengok, tengok, kalau tak, tak cari.

6. Baru habis mengemas-ngemas dalam 2 hari ni. Ada lagi lah yang kecil2 seperti alat2 tulis.2 kotak (kontena/bekas plastik) dan 2 beg (macam beg laptop). Penuh dengan segala barang yang aku kumpul sejak beberapa tahun ni. Some stuff dated back to my UKM years. Finally, I let them go.

Kebanyakkannya ialah yang aku kumpul masa UMS, banyak juga, walaupun sekadar 2 tahun. Kertas2, draf2, buku2, fotostat itu dan ini, Draf untuk disertasi saja pun dah setimbunan, tak termasuk draf yang aku dah campak dimana2 ntah. Bukan tak nak buang draf tu, cuma, They cost me a lot semasa pembikinan, so... nak buang pun teragak2.

Ada lagi nota2 & jurnal2 satu kontena didalam bilik tidurku. Saja put on hold jangan hantar ke dalam storage dulu, just in case nak rujuk balik. Sebab I have one title in my mind. Mana tahu ada tergerak hati nak buat proposal (walaupun fizikal mental, jiwa raga, duit dan segala2 belum bersedia). Just in case nak study or buat rujukkan semula.

Tapi bidang dan title tu antara first very critical steps untuk menjerumuskan diri dalam penyeksaan peringkat ke 3.

Dah habis 1 penyeksaaan, lepas tu kegatalan pula fotostat sijil, isi borang, menaip2 memerah jus jus teknikal dan kreativiti dan DUIT untuk mencari tiket kepada penyeksaan yang lagi up level kesakitannya.

addicted to pain eh?

We'll wait and see.

7. Relationships: getting complicated, not yet.. but getting there. Prepare for the series of awkward moment. And series of avoiding.

Oh ya.. with S. Plural.

Err.. actually, it is complicated because I am not interested. Anymore.

8. Celcom broadband macam haram jaddah. Woit Celcom korang sedap kenyang lah kan.. makan duit pelanggan yang bayar penuh, tapi servis korang macam siyal.

Tuesday, July 27, 2010

At Home

I have one particular topic I want to write about. But I have to put it on hold. Since I have life to live.

I am at home, almost broke. Not yet, but getting there if I cant score any fruitful job soon. Yesterday, WWF replied to my email, to notify they have received my application. I hope I can have an interview session with them. Soon.

People from campus sort of looking for me. But as usual I dont really pay much attention to them. I am almost broke, staying in campus will drain my bank account even faster. I dont expect them to understand my situation (they never try to understand before, why expect they will now?) I just want them to know, I dont have much money left. I cant survive without money there.

Unless they have job to offer so I can earn some money, I choose to ignore most of calls from them. If they intend to make me unpaid labour, my advice, they better dont.


Monday, July 26, 2010

halal haram jersey bola

Aku faham kalau jersey bola itu "diharamkan" untuk dipakai oleh orang Islam kerana ada lambang menyerupai salib. E.g. Jersey Portugal, Barcelona.

Tapi.. yang aku baca sekejap tadi jersey Man United musim terbaru diharamkan kerana ada lambang setan? Wait the minute... is anyone here can verify that's how syaithon really looks like? I mean is syaithon really in red colour with spears in one hand and horned?

Who can verify this (devil image on Man United logo) is what syaithon really looks?

IMO, the devil image on Man United football club logo is merely what we call..an imagination. We, all of us are well feed with Hollywood-esque image of devil. Until we think it is the real image of syaithon.

Jersey kedua-dua pasukan Meryside, Liverpool dan Everton, masing masing ada tertera perkataan Calrsberg dan Chang. Kedua-duanya ialah jenama bir. Maka aku tak tahu apa hukum memakai jersey tersebut. Ada yang kata haram. How about minum teh ais dalam gelas yang tertera perkataan Carlsberg atau Budweiser? Is it haram too?

Aku bukan nak mempersoalkan hukum hakam agama, atau nak memandai mandai. Apa yang haram itu tetap haram, tapi jangan lah kita mengharamkan yang halal.

Jersey Malaysia bagaimana? click here.


Sunday, July 25, 2010

Movie Movie Movie

Movie marathon week.

For kick off I started with Inception. It is a great movie, I must watch it again, to check out what I have missed.

I watched both Die Hard and Die Hard 2. Among Die Hard series I like Die Hard 3 the most. I have watched Die Hard 2 for several times, but I watched Die Hard for the first time last night.

Chick's movies. The Proposal, Bounty Hunter, The Ugly Truth. I love The Proposal the most. Fuhh!!! Gerrad Butler huh.. I am going to watch his other movie, Gamer.

And yesterday evening I watched The Sorcerer's Apprentice. I love the fact they combine science in this movie instead of just pure magic, spell, and goblet thingy (at least look like they do). I like it because it is much much better than Solomon Kane (I compare these two because both are about magical stuff).

Summer movies

I watched The Loser (about 2-3 weeks ago). I havent watch A-Team. I really want to watch the latter so I can compare. I dont like The Loser. It is really mediocre. Well I am being nice to label The Loser as mediocre. Actually the title speaks for itself.

Also scored, Robin Hood, Shrek 4, and Ironman 2. I missed Knight & Day and Prince of Persia.

Oh... I love Summer! Because wide variety of movies to watch. Even though my wallet is getting thinner because of it.

P/s: I type this entry by using my brother's brand new Acer laptop. Cost him big chunk of money to buy this one. I still prefer HP keyboard. Yes, HP made one of the most awesome keyboard ever. And I miss my ex Acer.


Thursday, July 22, 2010

We are screwed! Big time!

I stumbled upon a video on Youtube. It is good, I mean awesome... I like it. Feel free to check this out.

I wrote several entries on environment before. Click here if you want to torture yourself reading my rambling about environment and etc etc etc..

This one entry is kinda special, since I wrote about Coal Power Plant in Sabah.

Ok, More update later, Cheers!

...dan ada beberapa batang pokok dari hutan tropika menemui tempat rehat mereka di atas meja ku

tu dia panjang tajuknya. Sesungguhnya tajuk itu maksudnya sangat literal. Aku baru sahaja habis mencetak draf disertasi. Aku harap ini draf yang terakhir sebelum menghantar teks akhir dalam bentuk kulit keras.

Oh.. kenapa agak skema ayat ayat di dinihari begini?

Ironinya disini, aku tak jumpa kertas SFI untuk dibeli walaupun tajuk kajian aku berkaitan dengan SFI itu secara tidak langsung. Format mengkehendaki untuk aku menggunakan kertas 80 gsm. Tapi kertas jenama double A terlalu mahal, oleh kerana tiada kertas SFI, aku pilih kertas jenama Giant, 80 gsm juga. TAPI..... kualiti kertas a4 jenama Giant itu seperti kertas surat khabar. I cant complain much, sebab memang murahan betul harganya. (well.. thats why I bought it at the first place).

Macam biasa 1 tank toner black lexmark hanya bertahan untuk tak sampai 2 naskah disertasi. Hanya 1++ sahaja. Jumlah keseluruhan pages rasmi ialah 163. Tambah kulit depan, isi kandungan, penghargaan.. about 170 pages. nah kali sendiri. Aku hantar sudah 5 salinan draf sebelum ini. Tambah 1 salinan untuk draf pembetulan. Ini salinan ke 7.

170x7= BANYAK! (malas nak kira).

hampir 800 keping bukan?

1 toner black lexmark = RM79.00

1 toner warna lexmark = RM 89.00

bila warna hitam habis di pagi pagi buta. Sudah tentu aku belasah saja pakai toner berwarna.

Format, Pasca's indecsive behaviour, disagreement among experts, format.. dan pelbagai lagi menyebabkan aku rasa nak pijak2 pun ada disertasi itu. Eh.. jangan... aku taip word by word tu.. Tapi kalau dah tengok, baca, edit, print, edit lagi, edit, baiki, edit, sebanyak 7 salinan. Well.. sesiapa pun boleh jadi hiperbola.

Dipersoalkan kenapa aku tidak dapat hantar pembetulan dalam masa seminggu. Aku diam. Alasan "aku malas" lebih senang dari menerangkan, betapa kompite lama aku rosak, aku terpaksa beli kompite baru. Alhamdullilah, aku ada back up segala yang penting. Sebab tiada siapa mahu tahu alasan kau atau masalah kau.

Siapa peduli kompite kau meletup, printer kau stuck, toner habis, duit licin. All they want you freakin' volume on their desk.

Yang nampak: Map aku warna macam haram.

Yang tak nampak: Toner aku habis pukul 2 pagi, pada minggu tahun baru cina, dan aku dimestikan hantar hari ke-3 tahun baru cina. Nak beli toner pun kedai tutup.

Siapa peduli? nobody cares. They certainly dont.

Most of the time, Effort doesnt count!

Research dissertation is made by poor human. Imperfection is part of it. Kau nak perfect sangat sangat pergi baca holy scripture lah...

Orang sudah berhabis, masa, tenaga, duit, lagi demand lebih2. Aku bayar yuran lah...

Just sign it, stamp it, let me graduated. This is demand. And I demand you to entertain my demand. Yes, you UMS!.



Monday, July 19, 2010

On science, sexism, job, and yada yada

I am listening to John Legend. Damn, his voice is sex-xay!

Read couple of blogs about women in science. Gee... feminism and sexism could go this far. Well, I am a female and I do science. I dont know how people would judge me, either I am female first or scientist first. Either way, I am, me first. So when I present my science I hope people judge my science first not my make up, not my cheap pump shoes, not my crumply mediocre dress shirt, or whatever.

I do science and I know how to clean myself. Of course fashion is not my strongest forte. I am glad it is not. I dress as professional as I can be when presenting paper in seminars. But most of the time I wear khaki pants and shirt, prefer button down than pull up. Since I am living and working in tropics, I choose to wear sport sandal all the time. But sometimes I do put my loafers on.

Ok, enough with that.

I am waiting for signature. Sometimes I think I am chasing a celebrity and asking for his autograph. But the signature I need the most is very important. I need it so my name can be endorsed by the senate and I can attend the graduation ceremony this year.

Ahh.. this is sooo tiring.

Another thing makes me a bit down lately. I am jobless, I attended a job interview about 2 months ago, and still I haven't receive any answer. no yes, no no, no nothing. I dont know where to ask.

I dont know, whether I shall wait or shall I send application to others. Btw, I have sent one today. Not a position I always dream about. But, hey.. I cant demand much nowadays. I need job.

I reconsider the lab demonstrator position. My options are; Systematics or Microbiology or both or neither. Systematics has serious payment issue. So I think I am going to drop it. But I like Systematics, I like teach Taxonomy to new students, I like to share my little knowledge in Systematics with others. I even volunteered helping a friend teaching Systematics lab last semester. But the payment is 100% delayed.

Microbiology has minimal payment issue.Well, lets assume it that way. But it is not really my field. I am microbiologically naive. I know little about microbiology. But it also means, it is a good opportunity for me to learn more about microbiology. I think last time I read about microbiology was during my first year in University. That was ages ago.

May be drop both of the subjects all together?

I am still hoping I'll get the job. I know my chance is getting thinner by day. I know it is a very looooonnngg shot. I know if thing is not on my side I will miserably sad.

What next, I must have next plan, just in case, thing is not on my side.

Kelantan may be?

Labuan Trip: Part 3

What makes Labuan, Labuan? Well.. depend I guess.... Sky is extra blue there, and sometime extra windy. There are 3 things people usually buy in big bulk whenever they come to Labuan, chocolate, alcohol, tobacco.
Labuan is a chocville. Choc junkies would love this place so much.
Compare to mainland, Bier ist nicht teuer. because of duty free.
They even sold rare brand that you could hardly find in mainland.
May be up to 15 brands of beer in this shop alone. They sell 500 ml can. And big keg too.
And of course some hard stuff.
Everyone is here, Jack, Jim, Miguel, Jose... err I think, Pinoy liquor is priced as much as European.

I only bought chocs. I dont drink, so I didnt buy alcoholic products. Plus, kinda super duper weird if I walk around the town carrying plastic bag full with beer. I dont smoke, but almost bought the cheap flavoured Pinoy cigar. Well.. it is Pinoy cigar, it is priced as lower as RM 2.50 a pop. I think Cuban would cost more.

None of my friends smoke cigar. If they do, I would buy a box for them. The Pinoy of course, not the Cuban. The Cuban, even though it is duty free, still would cost me a fortune.

Sunday, July 18, 2010

Labuan Trip: Part 2

I just upload random photos which I took during my recent trip to Labuan.

Peace Park, Labuan.
I dont know if they labelled it right. Photo was taken in KML. I dont think Spider Lily is a native plant for Labuan or Borneo. Well.. I am not good with higher plant.
Peace Park. Heavily laced with Japanese theme. Built by the Japanese. If I am not mistaken, This was a surrender point for Japanese to British in WW 2. Masao Baba was the name of Japanese General (well that's what I learnt during my history class). I remember, when I was 10 0r 11 years old, I saw a big pond somewhere around Sungai Lada. The big pond actually caused by an impact of Japanese or British bomb in WW 2.

Bio Note: In Sungai Lada, (also when I was 10 0r 11) I heard sound of Gecko or locally known as anggak, in Indonesia they call it tokek. But I am Malaysian with thick Brunei's blood in me, so I call it anggak. Of course I was scared as hell back then. Gecko is quite popular lately, because some people claim it has medicinal value. Even my friends are looking for the poor lizard, only to be sold to local Chinese medicine parlour.

so save the gecko, before it ended in someone's bowl in Singapore or Hong Kong.

I didnt go to the Memorial Park (which is far more beautiful than Peace Park and popular too). Next time I'll go. Hopefully the next time wont take me another 6 years. hahaha.
The quiet stone wall with inscription


Running track in KML. I was walking around the kolej on beautiful sunday morning just after the subuh. In my jeans and Ajax Amsterdam's jersey.

Also from Peace Park & Surrender Point
Finally. My first time visiting UMS-KAL. I am from UMS Main Campus. The sky is extra blue here. Beautiful Sunday!. KAL= Kampus Antarabangsa Labuan. Labuan International Campus(?).
I miss this place so much. I used to hate it. Thanks for memory KML!.

Wednesday, July 14, 2010

merepek

Lokasi: Kamar Depresi
Deskripsi: Lantai sejuk, Tilam suam dan miang
Status: single. tatap!

1. Penat sikit. Banyak kerja. Bila buat benda yang sama berulang ulang. Passion ke mana minat ke mana. Sampai rasa numb tak rasa apa2 dah. Sangat malas ok. Tapi tetap juga buat. Repeat ulang buat dan buat. Aku rasa ini sudah jatuh hukum cinta tanpa syarat. Numbing macam mana sekali pun tetap buat juga.

2. Selamat pengantin baru kepada MAH. Semoga berbahagia selalu. Beliau dan pasangana bakal bernikah hujung minggu ini. Tahniah!.

3. Err..another one. I am sorry if I dont try hard enough. Simply because I dont feel I have to. It is naturally exhausting. Wherever it may lead, I am happy just to know you. Deep down, I still care for you. I lost one. I dont want to lose you.
Buddy, sebenarnya masa dan jarak itu memamah kita. And we dont fight hard enough. Clearly stay as us is no longer our priority. =(

Hopefully, it is good for us to stay as us. If not, well.... whatever the best for you and me.


Update pasal Labuan kemudian eh.. tepek2 gambar saja.


Tuesday, July 13, 2010

Labuan Trip: Part 1

Weekend kali ini dihabiskan dengan trip nekad ke Labuan. Selepas beberapa tahun ditangguhkan, akhirnya berjaya juga dilangsungkan trip ini. Terima kasih lah kepada ainil, ain, dan lina a.k.a ayang, kerana berjaya against all odds untuk sampai ke Menumbok. Major hiccups di Jakmas KF pada jumaat malam yang berlarutan hingga ke pagi sabtu.

Akhirnya berjaya juga kami menongkah arus lalu menjejak kaki ke Labuan (pergh.. gaya cerita macam pergi ke Sulawesi menaiki perahu).

Sampai disana, Cik Amal, telah dengan baik hatinya menjemput kami di Ferry Terminal. Siap bawa ke rumah dan ada hidangan lunch tersedia. Terima kasih lah Cik Amal, banyak banyak banyak x 18 juta x infiniti. Lepas tu she let us use her car. Aku drivernya. Tidak biasa ok. Selalu aku jadi adik manja sahaja tidur di passenger seat. So pertama kali drive di Labuan. Senang sahaja.

KML kawasan berhampiran blok A? di ambil ketika morning walk di pagi Ahad.
Bekas blok asrama saya dahulu. Tingkat 3, bilik threepointsix
Masjid Kolej (Al Irfan?) selepas subuh (ahad)
Masjid Al Irfan hampir nak maghrib. Disini banyak kenangan ni, teringat2 pula dengan bilal2 dan imam2 serta ahli kariah masjid yang lain. ha. ha. ha.
Para pelajar menghadiri Majlis Aman Palestin

Sabtu malam ahad ada majlis Aman Palestin peringkat KML. Kami terjoin dengan jemputan dari Cik Amal. Ada aku terlihat beberapa orang2 yang muka familiar. Malas nak sebut nama lah kan.

But only ainil stayed put until the end. 3 of us left early sebab aku dah nak tersungkur ke bawah kerusi akibat mengantuk. The majlis was fine, lovely, ostad ostad *kenyit mata* pun boleh tahan, dan of course intipati pun menarik. Cuma aku memang penat sangat sangat. This so called nightcrawler kehilangan taring. Sorry lah pihak pengajur, saya minta diri awal. Plus the dewan, in spite of air conditioned masih juga meruap ruap panasnya, and the closest vending machine tak berfungsi. Aku haus, then off to Pagayaman Pit Stop untuk beli air, Cafe tutup awal.


Pagayaman Pit Stop is still alive and kicking

Pagayaman ni kedai makan paling hampir kot dengan KML. Agak popular dikalangan remaja yang berhormon untuk fly konon2 nak tukar selera lah. Aku tak pernah fly ke sini. Bukan bajet baik ok. Tapi dah alang alang fly tak kan lah pergi makan pau depan pagar kolej, bagus aku balik kampung terus.

Apapun KML nampak macam biasa, cuma dah banyak kemudahan disediakan berbanding masa aku dulu2. Sayang tak dapat jumpa my ex cikgu bio. Cikgu bio yang banyak memberi kesan di hati saya (ha. ha. ha.). Ok the cikgu bio is she.

Salah satu sebab aku sangat tegar nak ke Labuan pada hujung minggu lalu ialah kerana, minggu lalu ialah birthday Nel yang ke 25. Dan Kolej Matrikulasi Labuan ialah tempat kami berjumpa buat pertama kali.

I thank Allah SWT for that. Banyak kenangan dengan Nel di KML. I love him and miss him so much. Al Fatihah to him.

Nanti aku upload gambar KML lagi. Kepada yang menggoogle KML lalu terdivert ke blog ini, sila klik iklan nuffnang saya terima kasih.

Monday, July 12, 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

Sepanyol berjaya menang World Cup 2010, sesuai dengan pangkat mereka sebagai jaguh Eropah.

Walaupun Sepanyol yang menang World Cup, akan tetapi pemenang sebenar ialah Dutch Football, atau Total Football. Nampak tercorak betapa kuatnya pengaruh Bola Sepak Belanda dalam pasukan Sepanyol. Maksudnya perlawanan akhir piala dunia itu, Total Football melawan Total Football. Terima kasih kepada kelab Catalan, Barcelona FC. Hampir separuh pasukan Negara Sepanyol ialah dari Catalan. Dan gaya permainan kelab Barcelona FC, the proud of Catalonia banyak dipengaruhi oleh Johan Cruyff.

Aku tidak terkejut jika orang Catalan tak bergembira dengan kemenangan Piala Dunia yang didabik dengan menggunakan nama Negara Sepanyol. Hal ini bukan pertama kali dibangkitkan, malahan ketika Euro 2008 dahulu sudah menjadi isu tentang provincial spirit atau Redneck-esque di kalangan wilayah-wilayah Sepanyol amat kuat sekali. Ianya boleh meletus pada bila bila masa, dan jika berlaku akan menyaksikan Pasukan Kebangsaan Sepanyol tersungkur dengan sekelip mata. Sekarang ini pun bagai menunggu masa saja Wilayah Catalan mengharamkan bangsa Catalan bermain untuk Pasukan Kebangsaan. Begitu kuat semangat Catalan dikalangan mereka. Bak kata pepatah aku dalam Facebook, Kalau nak masuk syorga kena jadi pemain bola di Madrid, rela orang Catalan (seperti Xavi, Puyol) masuk dalam neraka.

Apa pun selepas 2 tahun, they are still here, only to become stronger than ever. Jika bola sepak menjadikan Jerman, sebuah negara yang pada waktu dahulu dipecahkan kepada 2 arah mata angin, kini berwajah satu Jerman. Tapi halnya di Sepanyol, bola sepak boleh menyebabkan mereka menjadi 4 Sepanyols.

Ahh... bola dan politik lagi tak habis habis

The sexier team win. Justifikasi sudah terhidang didepan anda. To quote my own words, man is sexier if he is a Catalan. Dan lelaki lelaki seksi ini lah yang menghancurkan pertahanan solid as rock Negara 1Jerman. Itu yang paling penting.

800th

Digarhayu 800th post.

1. I am watching Fifa World Cup fial 2010. Netherlands vs. Spain. It is ok game so far. 0-0

2. Baru balik dari Labuan. Update pasal Labuan kemudian. With piccas!


Saturday, July 10, 2010

Off to Labuan tomorrow.

1. I got my hair cut. The local saloon managed to rip my wallet off. The supposed RM6-7 haircut is priced up to RM 15. My first hair cut in 2 years.

2. Off to Labuan tomorrow. Road trip with friends. But our rally point is at Menumbok. My first trip to Labuan in 6 years.

3. The postgraduates' residential problem hits the new phase. The "Johnny Ola", Principal's messenger boys, have enough gut to literally chase out the students. Pissed me freakin' off. They were lucky I wasnt there when the scene happened.

The Johnny Ola will be identified. I promise, if they ever try to chase out my friends ever again. I'll throw some heavy metal maki hamun right on their face. With extra spits.

4. belum packing. so... off to packing now.

Thursday, July 8, 2010

Bola lagi?

Mari sambung kutuk Jerman.

Aku memang ndak sukak Jarman. Terutama bila penyokong Jerman berbangsa Malaysia, menyokong Jerman macam kan dia celik mata diberanakkan di Black Forest, Germany. Macam kan dia ada di stadium masa Jerman menjulang piala dunia. Dan sebagainya.

Peminat franchise atau peminat import ni bukan untuk kem Jerman sahaja, tapi kem England, kem Sepanyol, kem Portugal, dan kem kem Amerika Latin pun ada. Apasal kurang atau tiada kem peminat import untuk pasukan Cameroon, atau Slovakia atau Chile.

Setahu aku lah kan yang minat team Cameroon cuma seorang bekas pengulas sukan.. siapa ntah nama dia Omar Abdullah kot. Itu memang dia declare dalam tv dia minat pasukan Cameroon.

Ok berbalik kepada pasukan Jerman.

Bila aku yang tidak suka Jerman ni (sebab dulu aku sangat suka England, dan dalam banyak2 liga asing EPL sahaja yang selalu aku ambil kisah. England dulu dan kini) di tambah pula dengan penyokong import pasukan Jerman yang melebih2 macam sah sudah Jerman menang tu world cup 2010. Makin lah aku ndak sukak Jerman x 18 juta.

Tapi benci benci aku dengan pasukan bola Jerman ni, aku masih tidak setuju bila mereka dikaitkan dengan Nazi. Kerana barang lepas jangan dikenang. Memang seperti yang aku kata dulu, bola ini ialah wang, politik, dan mungkin juga seks. Lihat lah pasukan Jerman sekarang, mesti kalau Hitler ada kubur dia mencarut dalam kubur. Sekarang pasukan Jerman sudah berwajah Polish, Turkish, Ruski, dan Boateng. Malahan ada pemain yang bernama Gomez. Tidak terkejut jika ada diantara pemain tersebut mempunyai tempias darah Jewish. Apa kah ini semua? Ini adalah bukti semangat nasionalisme yang dibangkitkan oleh Hitler itu sudah pudar.

Maka tak adil untuk mengaitkan lambang Swastika dengan pasukan bola Jerman. Mereka ialah pasukan bola Jerman bukan SS. Ini berlaku secara berleluasa di dalam Facebook. Main tagging2 lagi tu.

Cuba korang tengok hidung si Schewini tu... tu idung yahudi tu. Aku rasis? hahaha. Aku cakap yang benar walaupun rasis. Muka Jerman tulen beberapa kerat sahaja dalam team Jerman tu?.

Apa pun yang penting mereka ada kad pengenalan Jerman kan.


Jerman lwn. Sepanyol.
......................................

Sepanyol punya shots dan shots on goal macam England ketika melawan Slovenia. berbakul bakul, tapi ketepatan tiada. Jerman, macam biasa masih terbawa-bawa rentak bermain semasa menentang Argentina dan England. Jerme bodo. Dok cerdik. Make semut'.

Apa kau ingat Sepanyol tu bodoh tak akan kaji taktik counter attack korang. Tapi pertahanan Jerman memang kuat. Yang nombor 3 tu dengan entah siapa Materaskeeapanamadia? pemain tinggi lampai tu memang sukar nak dibolosi. Bersyukur lah kau Neuer kerana ada pemain pertahanan macam tu.

Aku rasa Jerman hanya rely on taktik counter attack. Mengingatkan aku beberapa game Itali. Akan tetapi dengan pemain penyudah yang tumpul, dan peluang yang hanya sekali sekala (tak digunakan pulak tu), dan jangan lupa Mat Puyol ada disana.Memang patut Jerman kalah.

Game semalam serius sangat bosan ok.

cuma last 15 minutes nampak macam bertenaga sikit. Padan mukak Jerman, cakap besar, berlagak tak ingat, nah... rasain loh!.

....................................

Sambung kutuk.

Masa England kalah hari tu, bukan main lagi yang di kem Jerman sindir menyindir, bakar membakar, caci memaki, semua ada. Kata team star tak menjamin kemenangan world cup. wait the minute, korang anggap England tu team star sebab korang layan EPL kan? so macam mana kriteria korang nak tentukan team tu star dengan tidak kalau korang tak layan La Liga, Bundesliga, Seria A, Liga Arpetura Arg., dan liga liga lain di seluruh dunia. Yang korang nampak tu star EPL. Sebab tu ramai di Malaysia ni anggap England ramai star.

Korang ingat tak Man United pernah kalah dengan Vasco da Gama, Liverpool pernah kalah dengan Sao Paolo. Dalam kejohana Kelab Dunia FIFA.

Tapi ramai ingat bola ini berlegar di EPL sahaja. Dan memang layan EPL sahaja. Sebab tu pressure was heavy on EPL player like Rooney, Lampard, sebab mereka memang main di EPL.

Semua team boleh bermain lebih baik dari England, tapi bila tentang EPL, tiada yang boleh brand themselves like EPL.

Portugal tiada star lah? Ada star. Si penjual spenda. Itu pun sebab dulu dia main Man United. Torres? hahaha. El Nino ni dulu masa dia dengan Athletico Madrid mana ada aweks ambil pusing, masa tu semua meleleh dengan Raul Gonzalez.

Habis-habis team Jerman yang orang kenal Podolski, Klose dan Ballack. Sebab last tournament
memang ada mamat mamat ni. Selain dari England yang nampak pemain terkenal pun Spain. Sebab they look like runaway models kecuali Puyol. Sebab tu aweks suka sokong Spain sebab hensem. Kalau let say, Mexico letak pemain muka macam Carlos Daniel Bracho, pun aweks akan sokong Mexico. Tak kisah lah main macam haram sekali pun.

Cuma kes Sepanyol mereka bermain dengan menang.

Aku pasti ada penyokong tegar Jerman di Malaysia ada yang layan Bundesliga. Tapi aku yakin, mereka ini (fan Jerman), masih lagi berhempas pulas, memboroikan perut dengan teh tarik, menonton EPL. Tak click aku rasa kalau sokong kelab EPL tapi negara sokong negara lain selain England, terutama Jerman dan Argentina. Bukan tak boleh cuma tak click.

Aku tak harap seluruh peminat bola EPL akan menyokong England. Sebab selera masing masing. Cuma kalau kau dah rasa jiwa raga kau sesuai menyokong bola Jerman, aku rasa ada baiknya tak payah declare berlebihan kau sokong *insert nama kelab EPL* secara tegar sejak kecil. Sejak zaman 80's. Atau sejak celik celik mata di muka bumi.

Sebab aku pasti, peminat EPL di England, tidak akan sanggup sokong pasukan lain selain England. Agak pelik/insulting kepada peminat EPL tulen (dari England, penduduk England) ok, pakai jersey *insert nama kelab EPL* tapi sorak pasukan selain England.

Setakat nak layan game, kau nak layan Liga Korea Utara pun tak apa. Ok. Fine. Kau memang kaki bola yang tegar. Cuma agak agak lah.

Aku harap satu masa nanti semangat menyokong pasukan pasukan liga Malaysia lebih hebat dari sokongan untuk EPL, La Liga, Bundesliga, dan Liga liga lain, dan pasukan negara lain. Bab passionate ni kena ambil contoh penyokong Kelantan lah.

hahaha.

Ich habe schadenfraude.

Say Auf Wiedersehen to your Germans (Turkish+Polish) balls. Danke Shoen.

Ada orang kata, "Jangan abaikan cabaran Jerman". Yeah right!. We didnt, now we do. Tshuess!.

p/s: caci maki dan kutuk akan menyusul kemudian

Wednesday, July 7, 2010

Bebola Jerman.

Ahhh sukar untuk berterusan mengutuk pasukan bola Jerman pada ketika ini. Oh ya, untuk lebih jelas, yang aku tak suka tentang Jerman hanya sekadar di padang bola. Sama ada peringkat antarabangsa atau kelab, akan tetapi selain dari Bahasa Inggeris, bahasa eropah yang aku tahu nak baca (sikit sikit) ialah Bahasa Jerman.

Other than their Die Nationalmannschaft, Aku suka Jerman, I like Germany and anything Germanic (tapi belum sampai Goth-phile lah). Including Dutch. Sebab, oleh kerana aku boleh baca Jerman (sikit sikit) lah aku boleh baca Dutch (sikit sikit) juga. It helped me when I was browsing/observing/ old specimens in Bogor Herbarium, because some notes on specimens are in Dutch and German.

Ok, ini kisah lain. Mari cerita pasal bola.

Ketika ini ada beberapa juga yang sudah tukar bendera, dulu kibarkan bendera Itali sekarang sudah kibar bendera Jerman. Macam pengundi atas pagar pilihan raya pulak.

They are not poser, they are glory hunter. Nak senang, sokong pasukan dah nak menang. Macam EPL, nak senang menang, sokong lah the big 4. Mainstream gitu. (penyokong yang tinggal di kawasan traffod, anfield, both blue and red sides of london, adalah tidak termasuk dalam cerita ini)

Tahniah lah kepada yang menyokong Jerman dari dulu, kini, dan selamanya. Enjoy the game. Mana tahu pasukan Jerman akan berjaya membuka franchise kelab peminat di Malaysia (seperti England) apabila memenangi Piala Dunia 2010. Kalau menang ya? Corak taktikal memang seronok di tonton (kalau menang). So far, memang menang pun. Kecuali semasa berentap dengan Serbia. I just remember how awful they were in 2000... err.. tak payah diungkit sejarah silam bukan. Semua orang ada masa lampau yang hendak dilupakan. Seperti England dan generasi emas pasukan Portugal yang kini diketuai oleh spenda poster boy.

Look how young the Germans today. Very very young. Oh they even revolutionized their team, kadang kadang tak nampak seperti Jerman. Tapi nampak seperti Poland, Jerman dan Turki dalam 1 pasukan. Mungkin inilah dikatakan 1Jerman. Seperti yang dimahukan oleh Otto dari Bismarck.

Apa pun teruskan menyokong Jerman, sehingga Malaysia layak ke Piala Dunia. "Untuk negara Jerman yang suci" kata Stauffenberg

I heard, pasukan Argentina telah di sambut secara baik (atau meriah) di Argentina. Walaupun their balls crushed by well who else.. pasukan yang aku suka untuk benci. Dont get me wrong, I hate #Arg as much, cuma this time I hate pasukan Jerman more.

Kepada yang bernazar cukur kepala kalau *insert nama pasukan* menang/kalah. Hahaha. Cukup2 lah bertaruh duit masa musim world cup ni jangan lah mempertaruhkan akal yang baik.

Oh ya, berbalik ke England, penat lah tulis pasal Jerman dan diselitkan dengan Argentina. Yang menghancurkan Herr Ballack itu bukan Chelsea, tapi The Bad Roman. Ingat dia bukan English tapi dari Russia. Oh mungkin England pun sudah mengguna pakai 1England, dari Tampa Bay Florida hingga ke Moscow. And we, Malaysian are cheering for them. Each and every season. Dalam Bahasa Melayu.

Mungkin selepas Jerman memenangi Piala Dunia 2010, semakin ramai orang akan bersorak sorai menonton Bundesliga, juga dalam Bahasa Melayu. Jika menang.

P/s: Ingat lagu FC Schalke 04? Aku harap apabila Bundesliga menjadi pilihan untuk disorak, Pemuda Pas, Umno, PKR, NGOks tidak akan membuat demonstrasi di hadapan kedutaan Jerman kerana lagu tersebut.

..........................

update.

nampaknya penyokong kem Jerman dari Malaysia terpaksa berpuashati dengan semi final. Dan kembali bertaubat menyokong EPL. Mungkin ada yang masih kekal di Bundesliga tapi tidak berupaya melepas kan EPL.

Err... EPL dengan pasukan Jerman tak tally lah... tak percaya? tanya peminat Manchester United di Manchester. Tapi peminat import mungkin ada pengecualian.

Birthdays et al.

Happy 25th birthday to Kamarul, Razman, & Nel. Birthday dekat2 durang ni semua. Aku memang susah mau ingat birthday mereka. Nasib baik ada facebook. hehe. cuma Kamarul saja yang aktif berfacebook.

Al-Fatihah kepada Nel, beliau telah bertemu pencipta pada bulan Januari tahun ini. Somehow, I able to let him go, because I must. Ini semua takdir Allah SWT.

Apa pun kasih sayang dan ingatan sentiasa ada untuk Nel. I love you brother.

Semoga yang terbaik untuk trio ini. Walau di mana anda berada.

Sunday, July 4, 2010

WTF moments

aku terlibat dalam minggu suai mesra (or whatever fuck you may call it) secara tidak langsung or langsung because a fuck texted me on saturday morning reminded me about my scheduled pro bono duty. It is pro bono, so suka hati aku lah nak datang bila. Celaka betul orang itu. WTF!

Sememangnya pengurusan agak caca marba. More pit stops would further delay the process. They told parents and new intakes to put their luggages under and outside the tent in SST. Then proceed to residential college by using provided bus, private cars were not allowed. Maka pelajar baru pergi ke kolej tanpa bagasi mereka. WTF!. ajk MSM bertungkus lumus mengangkut beg2 tersebut, dengan hanya sebuah lori. WTF!.

Shortage of manpower was another issue. Kesian ajk tersebut, tapi nothing much I could do about it.My heart was like thumping outside my chest when me and one of the ajk helped a junior to carry her bag. I felt like fainted, first the bag was BIG and heavy and we were climbing uphill.

Next WTF moment is kaunter kesihatan. Very lah tak perlu, sebab cuma ambil suhu badan dan tanya alergik makanan. Dan yang bertugas di kaunter itu cuma lah student diploma nursing. Come on, I am not under estimate their skill. But they are not certified nurse yet. Dan apa jenis diagnosis kau boleh buat?. They couldnt diagnose anything macam tu, except demam. Lagi satu they way they handle the medical equipments seperti penyukat suhu badan yang check melalui telinga itu, sangat lah tidak hygenic ok. just wipe dengan tisu biasa, then stuck the thing inside another person ears. Aku tak tahu lah standard procedure macam mana bersihkan benda tu, but I think need more than just wipe it using facial tissue.

Kaunter kesihatan itu melambatkan pendaftaran, selain dari menjadikan pelajar baru sebagai spesimen kepada pelajar nursing. Next time you want to open a kaunter kesihatan make sure certified professional handle the procedure.

Aku nak marah pun tak berguna. And Hep people pun not helping much either.

Parents of the students. I wish I can say I hate them.

I know your kid masuk uni. Tapi boleh tak bersabar. Ni siap nak compare dengan UITM lah, UM lah dan segala Uni. Di Malaysia. Kata this uni ada sediakan khemah, that uni ada sediakan makanan, this uni ada sediakan this and that. You know what, Fuck You!. Lain kali home school your kid, atau jangan hantar ke sekolah. Biar bodoh from cradle to death.

Apa kau ingat anak kau that pandai eh? NO. Semua orang pun masuk uni. Oleh kerana semua orang masuk uni, sila beratur dan bersabar boleh. I know under the hot scorching sun, kita marah dengan lebih cepat. But please jangan mengada2. those ajks pun bertungkus lumus juga kasi peluang lah mereka buat kerja. Like I said before kekurangan tenaga manusia dan they run this show under tight budget.

Even budak2 ajk pun belum dapat tapau nasi for that day. When parents started saying about this Uni prepare buffet for them, memang aku rasa nak maki mak bapak orang time tu juga. Dah hantar anak kau pergi that uni, dan sila makan that uni. buffet. Happy?

Ibubapa ni hantar anak masuk uni. sebab nak makan buffet kah? stupid.

Next WTF moment about comparing Sabah with Semenanjung.

Eiii.. aku tak tahu ada lagi manusia bodoh macam tu. Memang lah sabah lain dari tempat lain. That's what makes Sabah, Sabah. Tolong lah buka kepala hotak kau sikit. Kalau tertutup pun jangan lah dedahkan kebodohan kau tengah2 berkacau bilau nak daftar anak ni. Tak ada siapa nak layan.

Lagi satu, masa mendaftar2 ni anak kecil bawah umur 5 tahun tu sila jangan bawa. Bila dah berpanas2 macam ni, tunggu pula lama, pandai pula kau salahkan orang atas ketidakselesaan kau anak beranak. Atau jangan beranak langsung. benci betul aku orang beranak yang expect orang lain akan berkorban demi keselesaan dia anak beranak ni.

Dan kalau terkejar kejar flight. Just drop your kid di pintu besar masuk perkarangan uni, and let him or her fights for his/her own existent. And you may catch your flight home dengan selesa.

Masuk uni awam jangan demand lebih2 boleh? Yes, you may have certain amount of demand, plesae voice yours at the right time. Masa kelam kabut macam ni... serius cakap tiada siapa mau layan lebih2.

........................................

Aku pun pernah thru that stage. I mean stage medaftar uni. Mine was full with sweat and tears, rather than joy. I think it was joyful, only the few first hours when I got the keputusan upu. Then, the preparation began. Masa prepare ni pun dah sneak peak bahawa it is pretty long process, nak kena pergi medical check up, bank, beli itu dan ini, packing and all.

bila dah masa hari pendaftaran, queuing and queuing and queuing. Felt like endless. masa matrik lagi hell aku rasa. Bikin putus asa pun ada rasanya. But I survived.

My parents pun like any other parents, bimbang kan anak. They were worried but not unreasonable. Aku paham kebimbangan ni, I know anak harta paling berharga shit. Cuma kita kena bertolak ansur, if you are asking for red carpet treatment, well I think you are in a wrong place. Tolong lah trust your kid more. If they are smart enough to go to college, believe me they are fine kids.

You dah give your best I guess, dah belikan bantal, ubat gigi, tuala mandi, baju, seluar, selimut, bantal semua cukup. All your kids need now, apart from more money, is your trust.

Bila dah tengok kacau bilau masa mendaftar ni, lagi lah aku tak ada hati nak beranak pinak. Seriously, it is too complicated, and I dont like it.

Friday, July 2, 2010

Photos from Mt. Kinabalu




I went to Mt. Kinabalu on June 2010. So here some photos. Malas mau upload banyak2. Lagipun bukan banyak mana pun gambar. Taken using my sony ericsson camera phone. I didnt bring camera because I didnt have any. I still dont.
....................................
Apa lagi cerita? Tiada apa2.. except I have done editing 62 pages of my chapter 4. 4.4 subtopic has about 120 pages. so another half to go. I am to lazy to edit all. I guess need to whip my own ass tomorrow so I can have the text printed by this weekend.

Oh ya, need to buy toner. Duit lagi...
.....................

Banyak kerja dan banyak dateline perlu dikejar, but in my mind, aku nak pakai inai lah. No I am not getting married, just mau berinai (kalau aku getting married, mari pengsan beramai-ramai, plus, sampai naik biru lah muka aku kena kutuk member). Ok ni semua my friend, Ayang lah ni. I saw her fingers inai-ed. Aku suka kalau jari kaki berinai. Sepanjang tahun pun ok. Jari tangan, hanya tangan kiri sahaja, sebab aku makan guna tangan kanan. Maka tak best lah ada perisa inai masa makan.

When I was 17 going 18. I got big nasty inai tattoo on my left betis. Tribal like motive. It was big, done by my creative friend Fay. She has steady hands. I wanted to get my back inai tattooed initially, but it also means I needed to take my shirt off. Plus, nakpilih corak ni kena hati2. I am muslim, so any animal related corak or more offensive is a big no no.

Before that, after my SPM, I got another on my left arm. Also a tribal like pattern.

Before I went to UKM, I got my left elbow inai-ed. It was spider web, just like the one punk rock artists have on their elbows, and 8 straight aligned stars on my arm. Actually, those 8 stars represent members of my family including me. People I love the most. Sekarang sudah bertambah, due to kawin2 lah. And 8 is my favourite number.

Always left limbs.

Nampak saja macam aku n taff, gagah, ntah apa2. Sebenarnya aku suka berinai2 ni (sebelah kiri). Mungkin kerana dulu aku suka sangat dengan tattoo art. I still do, cuma dah kurang. Aku paling suka corak bunga terong dayak dan moko puak maori. Aku tak boleh nak ada permanent tattoo.. even if I could I wouldnt get permanent. Tak nak aku, abis kulit2 tercemar. Maka inai lah sahaja. kalau yang sticker or stamp tu, macam kita was2 takut wuduk tak sampai kulit.
......

Aku tadi browsing2 gambar member kawin. dah lama dah memberku itu berkahwin, tapi entah kenapa, nak tengok saja2. Dah agak ramai juga lah kawan yang berkahwin. Malas nak kira, lost count dah rasanya.

Nak ucap tahniah lah kepada mereka yang bergembira dengan stage kehidupan ketika ini

1. Sali dan suami diatas kelahiran anak pertama mereka.

Macam tak caya Sali dah ada anak. Ni member aku tunggu bas, makan rojak buah, bersembang masa kuliah ni dulu. Sali sekarang cikgu. Dah beranak dah.. hehehehe.. upload lah gambar anak mung selalu.

2. Azam dan pasangan diatas pertunangan

Leftanan Azam ni dah bertunang. Senyap2 saja dia. Ni pun kawan kepada kawan. Actually he dated my friend before, so kadang2 tu mereka dating, aku jadik lalat lah makan char kuey teow.

Oh ya, his miss tunang is not my friend. Tak kenal pun. My friend and him separated way back then, and she already found her own Mr. Kumbang.

3. Noly dan pasangan diatas pertunangan

Dalam inner circle geng2 ni, Noly lah yang paling awal bertunang kot? Kalau modul haiwan, dah ramai juga yang kawin. Ila, Muna, Kaown, As, Ainil, entah siapa lagi. As dah ada 2 orang anak, Kaown sorang.

4. Madan dan tunang.

Mamat ni pun senyap2 juga. Tiba2 tunang. Dengar cerita dengan jiran beliau juga. Macam akan kahwin by the end of this year, atau awal tahun depan. Apa2 hal pun bro, selamat semua harapnya.

I must admit kadang2 a bit janggal to meet kawan2 yang dah kawin n beranak pinak. Sometimes I think, macam di alam lain. Tapi siapa yang di Alam Lain, aku atau mereka?

I am single. For now, I like to keep it that way.

Thursday, July 1, 2010

England vs. the world

Shall I write about bola again?

England sudah balik England. No matter what Fifa said, it was over. With or without singing from a fat lady.

Ada orang mengatakan betapa konsistennya bola sepak Jerman. Bundesliga ialah liga yang lebih baik dari EPL. Aku sudah kata bola sepak ini ialah wang dan politik, dan mungkin juga seks. Mungkin ada orang lupa bad history is also history. Orang Jerman cuba melupakan sejarah dari 1939-1945. Tapi dunia tidak. Jerman berada di tangga tercorot semasa Euro 2000 di BeNeLux. And those Malaysian German Fan are inaudible about it.

Oh ya, England tidak bermain untuk Euro 2008. Dan Belanda tidak bermain untuk Piala Dunia 2002. Argentina tersingkir di peringkat kumpulan semasa Piala Dunia 2002. Perancis kalah kepada Senegal di perlawanan pembukaan. Jerman kalah kepada Serbia semasa Piala Dunia 2010. Itali kalah kepada Korea pada 1966 dan 2002. Thanks to Ang Jung Hwan. Bukan? Iya, tiada kejayaan yang signifikan untuk England sejak 1966. Itu pun kejayaan Piala Dunia kontroversi di tanah air sendiri. Tapi kenapa bila everytime England kalah, England yang kena beat up. Habis di selongkar rekod buruk. Bagaimana dengan rekod buruk pasukan gergasi yang lain?

Maybe nothing to highlight about England, kecuali perkara buruk? I dont know.

Bila menghighlight Jerman hanya menayang rekod baik. Itu selective namanya. Bukan fair play. I admit, Jerman dan Argentina ialah pasukan badi untuk England, sama ada di padang bola atau di medan perang. I like to see Argentina beats Germany for this time. I hate to see either of them win. But I am on Argentina's side this time.

C. Ronaldo.

C. Ronaldo ialah seorang lelaki yang asyik melihat cermin. He is a talented young man. Tapi aku tak suka dia. I cant give specific reason, but simply not into him. Semasa perlawanan menentang Sepanyol, Sepanyol ternyata meguasai perlawanan. Aku tulis begini sekadar melihat kepada statistik ball possession. Walaupun sekadar menang 1 gol. Di mana C. Ronaldo? busy flipping his curly hair. I wonder if he keeps a square mirror inside his short while on pitch. Mana tau takut rambut rosak lepas heading bola. Dia kan C. Ronaldo, the shampoo boy. Just like Beckham, he is a poster boy. Layak menjual spenda. Luckily he is not an Englishman, kalau tak pasti kena caci maki macam orang English kena. Macam Rooney.

He is not Figo.

Untuk edisi kali ini, Portugal sekadar melayakkan diri hingga ke peringkat pusingan ke-2. Seperti England. So mana hiruk pikuk caci maki untuk Portugal?. Hingga kini orang masih mengutuk how bad England was. This and that. Portugal bukan main bagus sangat pun. come on... keep the maki coming for all sides.

Sepanyol? ada apa dengan Sepanyol? Ada lelaki lelaki hensem yang actually know how to play with ball. And crushed Portugeses' balls.

Well look at them, look at David Vila. Of course C. Ronaldo is hot as hell, but when you align Vila by his side, Vila makes C. Ronaldo looks like err...Puyol? Torres? Tevez? Vila has better skin too.

Fabergas (I dont know how to spell his name) is a beautiful man, he has to keep beard to separate himself from being recognized as a beautiful lady. He is hot too. May be, Iker guy is a bit older this time. But still... he looks better with age. And his girlfriend is sexy.

Xavi. Woohoo.. I always have thing with Catalan thingy. Xavi is as appealing as Barcelona the City. He is a Catalan right? And man is sexier if he is a Catalan. \

Orenje? emm.. waddboutdem? I just watched Cave of the Golden Rose with Dutch subtitle. Orenje is the best European team so far in Africa, not Spain, not even the heavily romanticized Germany. It is Netherlands.