MEH LAH KLIK...

Tuesday, June 22, 2010

S for aSStro

Entri ini ialah entri tindakbalas (positif) kepada pendapat pendapat yang telah dilontarkan oleh peminat sukan bola sepak tempatan di sokernet, yang dimulakan oleh blogger Obe.

Rumah famili aku ada astro tapi tiada Saluran sukan supersport dan lain lain. Masa Piala Dunia aku ingat RTM dan TV 3 and co. akan join sekaki buat siaran langsung seperti edisi sebelum ini.

Tapi rupanya tak ada. Kecuali masa opening match dan juga mungkin beberapa perlawanan terpilih. Reaksi aku ketika itu, "malas lah.. biar lah... bukan ada team Malaysia pun main". Lagipun pada masa yang sama Sukma berlangsung di Melaka (Bad timing!). Mungkin sebab tu RTM belum lagi nak siarkan Piala Dunia.

Aku pun dah tak berapa minat bola. Cuma suka suka tengok atau poser. Tapi adik aku nak tengok. So nak tak nak kena telefon astro minta pakej saluran sukan. Kaching kata Ananda!. Geram juga, kalau ikut aku memang tak ada nya aku nak pasang pakej saluran sukan. Biar lah tidak tengok world cup. so far pun tiada aku tengok game dari mula sampai habis. Not even for England. Sebab aku dah tak larat nak berjaga malam (pukul 1 pagi dah berlinangan air mata nak tahan mengantuk). Ya mungkin age takes its toll. Lagipun aku rasa panjang sangat masa yang terbuang tengok main bola. Sebab aku kena cari journal bla bla nak buat correction (yeah right).

Aku rasa RTM n TV3 & co. kalah dalam bidding hak penyiaran dengan astro. Aku akui itu lah asam garam dunia kapitalis dan konglomerat. Lagi satu aku rasa astro beriya nak bolot semua hak penyiaran tu kerana nak promote HD. Memang lah best tengok siaran lebih terang tapi kalau main cam haram bubuh lah tengok live tepi bench pemain simpanan, tak best juga. Aku berharap sangat astro b.yond tu tak laku macam astro maxx (astro maxx laku eh? tak pasti pulak). Apap pun jangan lah pasang b.yond. sebab astro ni mengada-ngada, Piala Dunia 4 tahun sekali pun nak bolot.

Piala dunia kali ni lain macam sikit. Maxis tak perlu berpura pura menyokong bola boleh tak? Astro, kalau betul for the love of the game, kasi lah chance orang yang tak mampu pasang astro tengok Piala Dunia di siaran tv percuma. Kan korang dah bolot segala liga di dunia ni.

Tony Cottee. Korang ingat tak? Masa Tony ni main dalam Malaysia aku budak lagi, sekolah rendah kot? Tapi aku ingat dia main untuk Selangor. Pemain termahal dalam liga tak silap aku. Tapi dia primadona sangat time tu. Lepas tu dia blah. Aku tak pasti kerana apa. Tapi sebab dia sombong kot. Tony Cottee, you were not that good. If you were, you would play for bigger league in Europe. Lepas tu si Tony Cottee ni pula yang jadi pengulas sukan untuk Astro. Siyal tak? op koz sial. At least panggil lah, Shebby.

Konglomerat dan strategi mereka. Cis bedebah!.

No comments: