MEH LAH KLIK...

Monday, June 7, 2010

Orang Tamak Selalu Rugi

Macam-macam cerita lah sekarang ni, Internal Politics yang tak berkesudahan. Kisah tikam belakang, orang tak puas hati sana sini. Well ini lah part of parcel kehidupan akademik. Nampak tak berkaitan tapi sebenarnya ini lah hakikat sebenar.

Apa pun aku selalu ingatkan diri sendiri supaya jangan terlalu tamak dan terlalu ambitious. Atau consumed by endless desire. I take my time. Aku sebenarnya sedih dengan keadaan dan orang sekeliling yang terlalu tamak sehingga sanggup mengetepikan nilai2 yang bagus.

Baru2 ni aku ada baca blog seorang pelajar Phd Malaysia di London. Muda lagi akak ni, tapi banyak juga lah tip tip yang menarik yang dia kongsikan berkenaan pengalaman memohon Phd dan biasiswa. Salah satu nasihat beliau ialah, kau buat Phd kerana kau nak buat Phd bukan sebab nak tinggal abroad. Mestilah pengalaman tinggal abroad tu salah satu yang akan kau alami kalau buat Phd di luar negara, tapi pastikan Phd first, travel guna duit biasiswa second or third or last.

Aku ada saja kenal orang yang terlampau eager nak luar negara. Nak travel. Dengan menggunakan buat Phd atau sambung belajar sebagai alasan. Lepas tu minta funding sana sini. Dia nak travel guna funding duit kerajaan atau istilah politiknya, duit rakyat. Alasan nak sambung belajar tu pretext semata2. Sebenarnya nak berjalan ke sana sini dengan percuma dan menghabiskan duit biasiswa. Then upload gambar ke facebook.

Nak travel ketika belajar tak ada masalah. Baguslah, kalau berpeluang. Cuma jangan travel tu perkara utama, dan buat Phd tu hanya sekadar alasan. Lebih-lebih lagi kalau funding datang dari kerajaan.
Satu lagi bab funding ni, jangan tamak. Duit funding datang dengan tanggungjawab. Aku pun on scholarship. And somehow I feel like it is a burden. Maksudnya aku kena bertanggungjawab dengan duit yang diberikan, use it wisely and give my sponsor the answer they want. Which is, I am graduated.

Aku tak pernah claim apa2 dari sponsor. Apa yang dia beri that's it. Nak claim duit thesis or duit field, never. Apa yang dia beri tu, walaupun tak sebanyak mana, aku tak larat nak claim duit yang lain.

Ada jak orang yang asyik2 nak minta funding. Walaupun entitle RM1000. Tapi dapat lebih dari itu, still nak menadah tangan lagi minta duit. Sumbangan kepada pemberi duit. emm.. ahh.... lemme check.. Almost zero!. Kaki claim tamak haloba macam ni selalu rugi, percaya lah. Diberi Rm1000 nak Rm 2000, dapat Rm 2000, nak Rm 4000. Orang tamak selalu rugi. Orang belajar mestilah invest duit. Lagi dia claim nak refund duit. Sudah dapat jawatan, bergaji, ada saja tak cukup. Last2 duit ke mana belajar ke mana.

Free things sometimes come with price. even higher. Nanti tercirit lah kau nak bayar hutang kau nanti. What if they demand something else over money? like your times? can you afford it?

Sikit2 nak claim, minyak kereta nak minta funding, hotel apa tah lagi, even duit makan pun minta belas ihsan orang. Woit, sedar sedar lah diri sikit bila nak minta duit rakyat ni. Tak kan makan pun kau nak claim dan buat jadual kontenjensi. Come on lah. Tamak pun biarlah berpada-pada. percayalah tamak ni hanya membawa kerugian.

p/s: Aku senang saja. Buka aku punya fail, berapa banyak aku claim, berapa banyak aku dah makan duit UMS. So far, all my fundings came from outside of UMS.

No comments: