MEH LAH KLIK...

Sunday, June 27, 2010

Into the Wild- Rebiu

Ini satu lagi filem yang dibuat berdasarkan buku. Cuma aku keliru adakah "adapted" dengan "based on" adalah 2 perkara berbeza. Mengikut ulasan ulasan di internet, sebenarnya mood yang disampaikan oleh filem ini berbeza dengan mood yang disampaikan oleh buku. Dan ada beberapa bahagian cerita yang diubah suai. Really?

Aku tak pernah baca buku Into the Wild. So I wont compare them.

Yang aku suka.

1. setting masa dan tempat.

Masa: 1990-1992.
Tempat: all over america. Alaska yang digambarkan dalam wayang ini sangat cantik dan menarik. Like, you can just sit there and die. Yang paling menarik perhatian aku ialah Slab City. Sebab bandar ni aku pernah tengok dalam Discovery Channel. Bandar hippies. Dan Salvation Mountain di Slab City.

2. bila dia tambah lubang di tali pinggang. Nampak sangat lah dah kurus sebab kelaparan.

3. Cerita bersama Ron Franz. Seorang duda tua di ___? Sea City. Ron Franz tu siap ajar dia buat tali pinggang dan mengukir kulit. Ron Franz tu siap offer Chris a.k.a Alexander Super-Tramp jadi anak angkat dia. or cucu angkat.

4. Masa dia bekerja di sebuah ladang gandum/jagung. Sebab aku dulu ada cita-cita nak join biznez pertanian. Tapi tak menjadi. Sebutir habuk pun tak jadi.

5. Masa dia baca buku mengenal tumbuhan. "call it by its real name". Sudah tentu aku suka babak macam ni.. memang itu lah kerja aku.

aku tak suka

1. Plot yang jagged, bagai ditarik ke depan dan belakang. Perlu lebih concentration semasa melihat. Kejap2 dia di Slab City, kejap2 di Alaska, kejap2 dia menuai gandum, kejap2 dia hiking, kejap2 dia di Alaska semula, kejap2 flashback ke kampung halaman dan famili nya.

2. kebodohannya yang sangat obvious.
Tapi kalau dia tak bodoh tak lah jadi cerita kan. Kau dah tau beras dah nak habis pergi lah cari ikhtiar cepat2. Ni tak, tunggu sampai makanan habis licin dah lapar gila2 baru nak terhegeh2 menyeberang sungai, yang obviously dah cair selepas musim sejuk.

3. Yang scene masa kat bandar. Masa dia nak dapat balik ID nya yang konon hilang. aku tak tahu kenapa, aku tak berapa suka scene ini.

Apapun aku rasa Sean Penn buat filem ini in the scene of nak cerita kan kisah si Chris dengan cara heroic. Seorang hero yang bersungguh dalam mencari kehidupan yang dia mahukan. Sebab few last words si Chris stated dia sebenarnya gembira dengan apa yang dia pilih. Walaupun eventually killed him. He killed himself actually.

Mengikut ulasan-ulasan dari internet, ramai juga yang memaki2 si Chris ni. Sebab dia ni main radak saja nak beradvanture tapi tak berfikir panjang.

Classic story of mengikut darah muda.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Walaupun ketika mencari kebahagiaan.

or in his own words, Happiness is only real when shared. (in the movie).

Kalau nak kasi gred dapat lah B++. Suka juga tapi tak nak kasi A.

p/s: Tukang buat skrip dan pengarah filem Lagenda Budak Setan sila pergi belajar dengan Sean Penn macam mana nak buat filem.





No comments: