MEH LAH KLIK...

Monday, June 28, 2010

German vs. England.

Aku sebenarnya bizi bizi cendawan ni (bukan bizi gila) tapi nak tulis juga.

England kalah semalam. Ok, nak buat macam mana. Siapa lah aku kalau dibandingkan warganegara England dan penjudi penjudi, nak kata aku kecewa sangat sangat. I slept and wake up just fine. Siap layan History Channel lagi lepas game tu semalam. Tak ada hal. Dulu aku memang suka sangat sokong England, kerana.... err... mungkin David Beckham. Nanti aku cerita lebih lebih pasal David Beckham. Kalau dulu friendly game pun aku layan. Siap kecewa yang amat sangat bad mood kalau England kalah. Sekarang dah tawar. Lepas aku masuk Uni. Aku dah tak berapa layan England, epl, atau segala mak nenek bola sepak di dunia. Mungkin kerana tiada tv. Oh ya, kecuali masa sea game kot tahun bila ntah. Itu pun pasukan Malaysia.

Even semalam pun aku tak tengok perlawanan menentang England dari mula sampai habis. Sebab bapa aku tengok mentor, dia dah follow mentor dari mula masa ujibakat. Jadi aku pun pergi kedai beli milky tea, vanilla drink, dan oreo ntah apa ice blended. RM 10. 50 semuanya. Habis rancangan mentor baru pasang bola. Sudah tertinggal 2-0.

Yang aku tak berapa pelik, kenapa lah perlawanan bola diheret ke kancah politik. Biasa lah ni. Bak kata satu artikel mingguan di Berita Harian masa zaman Tun Che Det dulu. Lelaki hanya fikir tentang 3 perkara; wang, seks, politik. Bola termasuk dalam wang dan politik, mungkin juga seks (skortum kerap di rujuk sebagai balls bukan?).

Ada yang kata jangan sokong England kerana England pernah menjajah Malaysia. Mereka kaphir. Mereka makan babi. Adik aku dulu masa dia kecil pernah tanya aku, "David Beckham tu makan babi kah?".

Atau, sokonglah Jerman, kerana mereka menghapuskan orang orang Yahudi. Kerana mereka pakai jersey Adidas, England cuma pakai jersey Umbro (apa jenama ntah, cap ayam sungguh). Kerana Adidas milik orang Jerman. Dan orang Jerman pernah membunuh beribu ribu orang Yahudi.

Musuh Yahudi ialah kawan kita.

Apa pun,

England memang lemah kalau kena counter attack.

Goal keeper England memang tak pernah nya jaguh. Goalie yang paling jaguh pernah bermaik di England ialah Peter Schmicheal. Kononnya, may be. Oh ya.. dia orang Denmark.

Micheal Owen, eh.. dia hanya tinggal sejarah. David Beckham, aku terkejut dia tak bermain untuk pasukan Emerika.

England ialah pasukan yang megah dengan kejayaan yang lepas. 40 years something glory or 60 years something, because they still brag about won the world wars. (politik lagi!).

Ada yang kata padan muka anglophile. Padan muka England yang angkuh. Padan muka Alex Ferguson. Eh.. dia orang scottish.

Kita mesti akui, England telah berjaya membuka franchise peminat di Malaysia. Melalui EPL, dan memang ramai pun yang bekas belajar di UK menyokong England. Aku tak suka orang yang tertonggeng tonggeng sokong team EPL mengalahkan dia celik celik mata dilahirkan di England, menyokong pasukan negara lain. Memang lah suka hati mereka nak sokong yang mana. Tapi kalau dah suka Jerman apasal tak bermatian tengok Bundesliga sahaja? Oh ya, kau pandai cakap English, tak paham Bahasa Jerman.

In the end of the day, It Just A Game.

P/s: Stuart Peace pernah bermain untuk Newcastle. Betul bukan?


No comments: