MEH LAH KLIK...

Monday, June 21, 2010

Carpe diem!

1. Korang pernah tengok satu cerita TV dari Amerika bertajuk The Black Donalleys?. Kisah adik beradik gangster berketurunan Irish di Amerika. Aku tak tahu apa kesudahan cerita ni. sebab macam tak berapa menyerlah kerana terlalu dibayangi oleh The Sopranos. Walaupun The Sopranos itu ialah cerita gangster orang Itali. (Ironi juga sebab Irish memang tak ngam dengan Italian).

Dalam cerita tu aku ada belajar satu perkara penting, iaitu "Dont lend your money to those you cant beat up". Lebih kurang lah, aku tak ingat sangat the exact words. Aku rasa Along along loan shark di Malaysia ni tahu apa yang mereka lakukan. And they are good in what they do.

2. Kenapa aku suka bunga Tulip?

Dalam banyak banyak tumbuhan berbunga yang aku tahu dan belajar, tulip lah yang paling aku tertarik perhatian. Ada satu poster promosi tentang pelanjutan pelajaran di Belanda bertema "People come here for the Tulip" (means Holland offers more than just beautiful Tulip lah kot?). Tapi aku kenal beberapa orang yang suka Tulip.

They have their own reason.

Maka kenapa aku suka tulip?

One day or night or err... I cant remember, let say one moment during my sophomore year in UKM I borrowed a novel from the Uni's library. Aku jarang baca novel, jarang yang amat sangat. Biasanya kalau aku pinjam buku di PTSL pun buku teks rujukkan sahaja. Itu pun jarang. Novel yang aku pinjam itu ialah The Black Tulip tulisan Alexandre Dumas yang sudah di alih bahasa ke English.

Aku masa tu tak tahu hala tuju atau cita-cita atau apa apa saja yang aku nak buat. Tiada matlamat jangka panjang. Lepas grad nak buat apa. Nothing. Perkara yang matter me the most at the time was my CGPA. Tambahan pula masa tahun 2 aku kena ambil subjek Biokimia yang aku memang tak pandai. Selain beberapa subjek subjek killer yang lain (especially molecular yang memang aku tak suka).

Lepas aku baca novel The Black Tulip tu, baru aku sedar there is world out there. I mean memang lah aku tahu dunia ini luas. Just I didnt care much about it. Sebab aku tak berapa cemerlang, maka aku kena berkorban sikit supaya CGPA aku tu tak nampak macam haram nombornya. Why spend RM 20k for 2.1 CGPA? come on...

Sejak dari itu aku dah plan nak buat bidang yang aku buat sekarang. Lagipun masa tahun 2 lah juga kali pertama aku belajar taksonomi. Selain pilih bidang, aku juga nak pergi belajar for study or leisure or work or all of above di Belanda sambil tengok bunga tulip.

Carpe diem!.

3. Aku dah siap baca novel The Great Gatsby. Aku tak berapa terkejut ending novel tu begitu. Tapi aku rasa novel itu terlalu Amerika untuk citarasa ku. Walaupun sebelum ini aku memang ada baca novel tulisan orang Amerika, but still The Great Gatsby is too American for my taste.

Aku berkira kira nak beli (dan baca) novel klasik yang lain seperti To Kill a Mocking Bird. Or anything by John Grisham or Truman Capote.

4. Sebut pasal Amerika ni. Tadi aku tanya adik aku pasal nak sambung belajar di Amerika. Malam sebelum aku berbual dengan kakak aku tentang Belanda (Because she loves tulip too).

Sepanjang aku menggodek2 di manakah terletaknya makmal makmal lumut di Dunia, well I can say that Amerika mempunyai banyak makmal makmal lumut yang agak prominent. Tapi bidang mereka agak maju. Sebab kalau tak buat DNA mesti buat biologi perkembangan (developmental biology/embryology). I hate both. Ada juga yang buat ekologi.

Selain Amerika, Jerman dan Jepun juga mempunyai makmal makmal lumut yang bagus dan popular. Cuma masalahnya mereka tidak gemar bicara dalam Bahasa Inggeris dan aku tidak pandai berbahasa Jepun atau Jerman. Jerman aku boleh baca lagi sikit sikit. Jepun haram langsung tak.

5. Ada apa dengan Jepun?

Korang perasan tak ada satu berus gigi jenama S..... Dalam iklan untuk berus gigi tu disebut berus gigi nombor 1 di Jepun. Aku dah jumpa berus gigi tu di supermarket, harganya lebih mahal dari berus gigi jenama lain. Motif harga mahal macam tu? entahlah. Mungkin kerana bersandarkan dengan "Berus gigi nombor 1 di Jepun"? atau kualiti memang baik?

Kenapa kita harus berfikir barangan Jepun semua bagus bagus belaka?.

Aku akui memang Jepun lebih maju, matawang lebih mahal, kualiti barangan lebih bagus. Tapi tak kan lah sebegitu hebat inferiority complex kita sampai penyapu pun nak dari Jepun, raga tempat simpan bawang pun nak kualiti Jepun. Apa tak best sangat kah Malaysia ni sampai raga bawang buatan tempatan pun kualiti tak setaraf raga bawang dari Jepun?.

Memang lah banyak barangan Jepun yang kualiti terjamin, seperti barangan letrik, kereta and all. Kalau sampai berus gigi pun nak banding dengan berus gigi Jepun, apasal tak sapu habis banding semua berus jamban, mop lantai, hanger baju etc..

Aku ada kenal ramai orang yang obses dengan jepun. Kotak cd pun nak beli jenama Jepun. Jepun Jepun Jepun. Kalau tok nenek kau yang menderita masa zaman Jepun dulu tahu anak cucu dia akan obses dengan Jepun mesti mereka kecewa.

Kalau kualiti healthcare dan dental care tu logik juga lah kita berkejaran nak sama kualiti dengan negara maju seperti Jepun.

6. Aku orang bumiputra. The bumiputra work as hard as the non Bumi. I am tired with people stereotyping bumi as makan di suap (spoon feed-ed), because hey, we are working our ass out too.

Ini perkara lama tapi masih releven. Give more and more scholarship to Bumiputra. Tak semestinya biasiswa melanjutkan pelajaran luar negara, dalam negara pun boleh.

Tak pernah lagi ada wakil kerajaan/pekerja kerajaan/wakil PM/wakil CM, out of blue, one fine morning, ketuk pintu rumah aku lepas tu kata "Child, take this bag, it is loaded with cash. take it child, because you are a bumiputra". Dan aku pasti bumi lain pun tak pernah lagi di campak sekarung duit out of blue kerana mereka ialah bumiputra.

TAK PERNAH! Maka jangan lah nak stereotype bumi semua asyik di suap head to toe. Kami pun berusaha juga.

Itu saja yang aku nak katakan.

No comments: