MEH LAH KLIK...

Thursday, June 17, 2010

Bidding Good Bye and Saying Hello.

Acer travelmate 4000 sudah menamatkan tempoh perkhidmatan sehingga diperbaiki kelak. Aku pun tak tahu nak perbaiki atau tak. Tapi kalau ada rezeki nanti aku perbaiki.

Di saat saat aku nak buat correction masa ni lah dia nak kong segala. Tapi kompite tu memang dah lama. We had a long run buddy!. 6 tahun sudah aku guna laptop tu. Masa aku sem 2 di UKM lagi. Sampai aku habis M. Sc. di UMS. The last task preformed would be my Viva Voce presentation slides. Sedih juga. Sebab aku memang nak guna kompite tu sampai aku hantar hardcover. Apa kan daya.

Setelah 2 proposals, 1 final year project, 1 dissertation, countless assignments and office tasks, countless hours of web browsing. Acer travelmate 4000 yang sangat ku sayang kini terpaksa direhatkan atas masalah kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk terus berkhidmat.

Terima kasih Acer travelmate 4000 for being there with me through thick and thin. Menemani malam malam yang sunyi dan bosan di asrama asrama yang pernah diduduki. And being my occasional sleeping mate. Rahsia kita biarlah tersimpan rapi didalam hard drive mu.

Hello HP Mini.
.........................

HP mini ni bukan lah pilihan pertama. Sebab aku lebih suka guna laptop normal bukan mini. Oleh kerana bajet yang telah diluluskan oleh akaun CIMB bank ku hanya lah RM 1300. Maka aku hanya mampu untuk HP Mini sahaja. Yang berharga RM 1299. Adalah baki RM 1 lepas beli.

Aksesori tambahan cuma lah whatever free gifts yang diberikan oleh kedai tersebut.

Selain dari bersaiz kecil (nama pun mini), touchpad HP Mini ini juga boleh membuat kan aku hilang sabar sedikit sebanyak. Nanti lah aku belajar perlahan-lahan. Seriously, HP Mini is a pathetically small. Sesuai lah dengan harganya kot?.

Window 7 juga berjaya membuatkan aku terkial kial. Selama ini memang aku suka sangat sangat dengan Window XP sampai aku tak pernah install Window Vista pun. Aku pernah guna Window 7 di kompite orang lain sebelum ini. Tapi bila guna dengan kompite sendiri aku terasa kurang cerdik.

Mungkin aku terlalu selesa dengan Window XP sebab tu bila dapat Window 7 ni macam ntah apa apa seketika. Nak tukar wallpaper pun aku tak pasti celah mana nak click. Belum buat partition lagi. Nanti aku godek godek lagi.

HP Mini juga mempunyai wayar charger yang pendek. Sesuai juga lah dengan nama nya Mini. Apa pun keyboard sangat lah awesome. Sedap nak diketuk ketuk. Tetapi malang saiz kecil, again, sesuai dengan namanya.

Aku rasa Window 7 starter ni agak slow banding dengan Window 7 dalam desktop Acer abang aku. Agak slow lah. Mungkin sebab kapasiti RAM dan segala isi perut HP Mini ini agak kecil, maka persembahannya pun agak terkebelakang sedikit.

Malam ini ku harap aku dapat memulakan tugasan yang menyebabkan aku membeli laptop baru ini. Dissertation correction!.


No comments: