MEH LAH KLIK...

Sunday, May 23, 2010

Mari Berhibur

Ok, rehat kejap dari memaki hamun Pasca Ums yang buat kerja macam haram tu.

emm.. ah... aku tengok final AF 8 tadi. Lagu yang boleh kata aku instantly tersuka ialah RSVP dari Maulana, ada groove. I like the song. Rasa macam lagu kumpulan Billyzulkarnain. (Aku tahu Billyzulkarnain ni splinter from ada 1 group lagi.. but sangat lah forgettable group tu aku tak ingat langsung nama dia.. apatah lagi lagu mereka)

Adira masa lagu cover Tiru Macam Saya, serius aku hampa dengar. Tak sungguh2. Tapi masa lagu ke-2. Pergh.... I Like. I thought dia Juara but...

Shahir yang juaranya. Well.. Lagu baru nyanyian Syahir tu, masa at the moment dia nyanyi saja aku dah rasa lagu ni lagu "lama". Lagu baru tapi style dia lama. Aku siap cakap lagi lagu macam ni patut bagi Jay Jay yang nyanyi. Then Adlin pun cakap dalam komen dia, (lebih kurang, but ada agreement disitu) lagu tu macam lagu lama.

Si Iwan, dapat tempat ke 5? err... and Daus pula Ke 3.

Apa2 hal pun rezeki masing2.

Apa pun tahniah kepada KRU especially Big Boss Norman kerana at least put some vision ke atas kerjaya nyanyian produk AF pada kali ini. Nyanyi pun sedap, muka pun boleh tahan, video muzik pun cantik2, lagu2 pun sedap2.

Aku pun kutuk AF ni every now and then. But when the product is good then it is good lah. Aku tak berapa buy slogan "kita mesti support artis tempatan bla bla" slogan. Artis and their team must deliver first, then pulangkan kepada pengguna untuk memilih. Kalau kau buat produk compang camping jangan lah hanya bergantung kepada slogan cliche tu.

Btw, video muzik Adira cantik. Indoness sikit.. but ok lah.

Tadi aku menengok Trailer Hikayat Merong Mahawangsa. Ini pun produk KRU. Honestly, Filem cicakman aku tak suka.. sebab bermacam2 lah malas tulis. But Hikayat Merong Mahawangsa ni looks like very promising. Aku bukan nak tengok aspek CGI mantap, kostum menarik, pelakon hensem.. bila aku tengok wayang, first thing first "cerita" /storyline. Of course dengan bantuan teknologi CGI, duit berkepok2 untuk buat kostum mahal.. the movie jadi from good to awesome.

That's why aku suka Pontianak Harum Sundal Malam. Sebab cerita dia (walaupun aku pertikaikan Timeline cerita tu.. anyway.. overall i like the story). Salah satu sebab aku tak suka filem Cicakman juga ialah cerita dia. So, kau bubuh lah teknologi CGI macam mana maveles pun tetap aku tak suka. CGI pretty fake aku terima (well di Malaysia ni biasalah masalah modal kan.. aku paham) tapi kalau jalan cerita macam haram (tanya Ahmad Idham dan Prof Madya tu, mereka memang pakar dalam hal ini) memang aku marah lepas menonton.

Another product from KRU, filem Magika. Ini pun aku rasa cerita lain dari yang lain. Macam best juga, from trailer.. I think patut diberi peluang.

Emm... ada filem Malaysia Hoopperz ke tajuk apa ntah. Hari tu masa tayang di pawagam aku nak tengok but sadly showtime cuma sekali sehari tu pun pukul 12.30 pm or 11.45 am, macam tu lah. Susah aku nak squeeze kan dalam jadual aku... so aku tak tertengok filem itu dipanggung. Frust juga.. tapi aku harap ada dijual DVD nya soon. Aku nak beli.

Aku bukan nak preaching ke or berslogan dengan belilah barangan tempatan or nak bash produk tempatan buta2 macam tu saja. For me, if it is a good movie it is a good movie. Tak kisah lah dari Indon or Malaysia or Hollywood. Same thing lah kalau it is a bad movie the it is bad lah.

Sampai sekarang ku rasa antara filem Shah Rukh Khan yang aku suka ialah Swades dan Ashoka bukan Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham. still aku belum tengok Devdas secara dari awal sampai akhir (nak cari DVD tak tercari2). And My Name Is Khan was a big let down for me. (iya aku suka tengok filem Shah Rukh Khan... sila gelak. happy?)

Transformers 2 aku tak suka sebab cerita macam haram jaddah harap CGI saja lebih.

Kepada orang orang kreatif di Malaysia, Jangan putus asa, teruskan berkarya, bekerja. If your product is good, I'll buy it. Kepada yang suka bashing produk2 tempatan (filem, muzik), why dont you give a try. Ada yang bagus juga.

Just I wonder.... why on earth they cast Stephen Rahman Hughes for the main role in Hikayat Merong Mahawangsa? I mean... terang2 muka dia muka orang putih. Bukan aku racist ya... Kalau Denzel Washington,( a great actor he is..) melakonkan watak Nixon. tak kah janggal somewhere.. op koz lah orang boleh put make up and all.. in the end of day, people will ask.. "apa tak ada pelakon caucasian lain ke kau nak suruh berlakon watak Nixon? sampai ambil Denzel Washington berlakon".

Aku punyai harapan tinggi agar Merong Mahawangsa ni jadi boxoffice. Dalam trailer tu aku tengok ada Khir Rahman (far better actor dari si Farid Kamil... so.. kasi lah dia watak utama ya filem producer sekalian) dan kalau tak silap ada Craig Fong (remember him? from Spinning Gasing).

p/s: Aku suka filem epik atau filem dengan setting masa/tempat dulu2/sejarah... ok that explain why I like Ashoka.... and kenapa aku sangat berharap dengan Hikayat Merong Mahawangsa.

No comments: