MEH LAH KLIK...

Wednesday, May 12, 2010

Macam-Macam

Korang ingat tak zaman dulu kala, di muka depan berita harian ada kolum/kotak "macam-macam". Aku suka baca benda tu dulu. hehe..

ok unrelated lah saja jak aku tulis mula2 macam tu.
Tadi aku ada interview. First in 2 years kot? last time aku interview bersama petronas cari gali. Yang sangat menakutkan.

Tadi aku takut juga. Main jawab2 jak. Ada part macam I think I blew it big time. Aku bab presentation, persembahan depan khalayak ni memang lemah. Tapi kalau mengarut dalam blog.. berkajang2 aku boleh taip.

Entah lah.... biasa2 jak lah. Aku harap dan doa lah dapat post tu Sebab: 1) op koz sebab aku nak kerja+bergaji. 2) Sesuai dengan bidang aku dan jawatan/kerja tu aku rasa aku boleh tahan buat untuk tempoh masa bertahun2.

Where my heart is.. kononnya. (wahai penemuduga, dapatkah kalian nampak bahawa Biologi ini ialah bidang dimana hati ku sudah dicurahkan).

Harap2 berkat usaha, doa ibu bapa yang dikasihi dan doa orang2 lain yang concern to remember me in their prayers, Aku berharap lah dapat jawatan tu. Kalau ada 1 kekosongan means my chance 50-50. Tapi kalau ada 2 kekosongan harap2 dapat lah jawatan tu.

Interview tu short notice gila gila. Aku tahu isnin malam. tinggal hari selasa saja aku ada masa nak terkial2 buat preparation. Sijil2 pun nasib baik parents dan abang aku sempat bawakan ke sini. Agak tak puas hati lah juga. Tapi tadi applicants lain pun kes lebih kurang jak. Ada sorang tu baru balik dari semenanjung last night.

Ada seorang applicant luncai yang punya over kompiden. Dia kata dia memang kenal rapat dengan dekan (kalau boleh siap nak kait2 jari kelingking lah). Dia kata dia tak payah diinterview panjang2 sebab dekan memang dah kenal dah dengan dia. Siap yakin lagi by end of this year master dia siap.

Aku dalam hati cakap, well son, you speak too soon. About master completion lah. Yang hubungan dia dengan dekan tu tak tahu pula.. mana lah tahu betul rapat (sila imagine gesture kait jari kelingking). Lepas dia blah, aku ngan member2 (ada 2 akak master lain, and I know one of them) siap ngumpat2 budak luncai tu. Pasal dia nak kata dia rapat dengan dekan tu, terpulang lah. Tapi part dia kata "aku dalam hujung tahun ni habis lah master". Aku memang honestly perlekeh dia punya matlamat dan impian tu. Sebab, dia baru enroll dalam semester ni. Ntah2 lab pun belum siap. Kalau data sudah cukup, logik lah dia sedang menulis, and habis by end of this year.

Akak yang kat situ kata, ala mula2 ni memang lah panas2, maksudnya lebih kurang memang kompiden jak habis cepat. Aku kata dalam lower tone, dia belum rasa eksperimen tak jadi, tak berhasil, mesin blow, chemical habis. Aku nak kata jak terus terang.. budak baru belajar macam tu memang bodoh. Dah lah bodoh berlagak pulak. Pergi mati lah ok. Tapi memandangkan nak bertemuduga... I let go jak lah masa tu.

Part berlagak cirit tu ok lagi. Masa jawab soalan essay, ada 3 budak fresh (belum convo) baru habis final exam last week tanya macam mana nak isi particular dalam kertas soalan essay tu. Si Luncai-I-Will-Finish-My-Master-by-The-end-of-this-year tu punya lah jawab kasar. Dia siap kata... "korang ni menggangu konsentrasi aku!". Orang tu tanya saja, well... dia takut tersilap tulis or such... dats all. Yang kau kasar nak mati tu apa jaddah luncai oii... then dia jawab lah pertanyaan budak fresh tu, sambil mendengus2 kau. aku dah toleh2 dah... just in case Luncai tu nak berkurang ajar lagi... meh sini aku ajarkan sikit. Pagi2 morning dah jadi siyall. Kata2 nak melaser dah dihujung2 bibir dah. sebab memang kurang ajar.

Konon dia tulis essay panjang gila, orang lain wajib impressed. Tak impressed pun lagi nak maki ada.

Tadi memang aku cuak katak kerbau segala. Kat hujung2 tu baru ada aku bagi opinion sikit. Tapi yang tak best tu, kawasan lemah sudah dikenal pasti, maka kat situ lah pukulan sauk/julang bintang/tumbuk rusuk dikenakan. Di tanya kenapa pointer matrik aku macam haram, 2.89 sahaja. Aku kata dengan jujurnya.. matematik aku dapat c+ masa tu. memang c pun.

Yang elok2 tak pula dia highlight. Macam kawan aku kata, "yang kau buat comeback tu tak pula dia ambil kira". Itu lah... tapi kalau nak drama2 ni mestilah tumbuk part yang lembut dan mudah patah kan. Aku masa tu dah hampa gila dah... sebab memang aku mengaku, aku lemah maths. I think better dari aku menipu. Ntah2 esok... aku menipu dia kasi pula kerja mengajar kelas maths. Macam haram lah anak murid aku nanti pengetahuan mathsnya. Otomatiknya duit gaji aku pun agak berbau haram pulak...

Bachelor n Master aku pointer ok2, sekadar mencapai standard. Sebab member ada juga kena tanya pasal pointer bachelor dia. Grilled juga dia nak mengeksplain segala. Tapi dia budak pandai, muet band 5 yu...At least tadi oleh kerana aku berterus terang aku memang bodo maths. Kau nak grill celah mana pun dah tak pandai, buat perabis air liur saja.

You take me in, take me in as I am. Tak kan aku nak menipu kan aku pandai maths, aku memang lincah gila bekerja dalam berkumpulan. Honestly, aku bilang, aku ni buat pengecaman tumbuhan. Tumbuhan tu pulak kecil cinonet.. kau nak berkampung beramai buat.. mana nak fokus. Aku pernah cuba Id secara berkumpulan.. memang aku tak gemar. I prefer buat kerja individu. Aku ask for opinion and value it. Tapi tengok bidang lah kan. Gila kau nak berkampung buat ID.. last2 jadi kedai kopi lab tu nanti.

Harap2 dapat lah ya. Memang aku berharap. Aku tak tahu lah, orang kata harapan tinggi senang kecewa. Harapan aku bukan lah tinggi sampai tahap yakin aku akan dapat. Cuma ada lah harapan tu.

Sekarang mari meneruskan perjuangan untuk viva voce pada 17 may yang bakal menjelang. Ni pun, aku harap aku tak lunyai kena grill oleh panel. Bulan may 2010 ini sesungguhnya saat2 menonggeng dan tekanan sekali.





No comments: