MEH LAH KLIK...

Wednesday, May 5, 2010

Hanjeng: bukan entry memaki

Semalam, macam biasa aku tidur lambat. Di pendekan cerita aku cuci kain, di bilik basuh. Tiba2 ada seekor anjing hitam masuk ke bilik basuh. Aku panik lah. Anjing tu pergi ke hujung koridor sebab di penghuni bilik hujung letak sampah dan sisa makanan dalam bakul sampah di luar bilik. Anjing binatang, sudah tentu cari makan. Sah-sah aku maki budak tu dulu, sebab sampah beliau lah yang menarik anjing tu masuk ke blok.

Kemudian aku cuba halau anjing, sambil pintu separa tertutup. Konon pintu tu sebagai perisai lah. Aku jerit2 supaya dia takut. Sekali anjing menyalak balik, siap terkeluar gusi dia tayang gigi, dan kaki belakang dia agak lowered, as if it was going to jump. aku panik katak. Cepat2 aku tutup pintu.

Aku cuba panggil2 mana tahu kalau ada sesiapa penghuni aras yang masih bangun. Kebetulan ada seorang perempuan sedang bertelefon. Dia pun tanya2 aku mana anjing tu. Aku cakap anjing hitam tu dah lari ke arah tangga. Dia kata tadi dia nampak brown puppy, ala2 comel tak merbahaya. Aku kata, yang aku nampak ni bukan puppy, tapi bapak anjing gila garang. Budak tu insist it was just a puppy. Semasa kami berbual2... aku cakap.. kat dia "tu haa.. di belakang (kau) tengok lah". Ada sekumpulan anjing di belakang beliau, cepat2 dia tutup pintu keluar at the other end of the corridor.

Kelam kabut juga aku masuk ke bilik, siap2 cuci kain semua (yang aku buat ala kadar, akibat ketakutan). Then, sudah siap semua, aku tutup pintu bilik basuh, Sudah siap2 semua, aku pergi tandas, masukan semua selipar dalam bilik. Tak lama kemudian ada bunyi anjing berjalan2 sambil berbunyi2 di luar bilik aku. Cis bedebah sungguh anjing-anjing ni.

Anjing hitam tu dah beberapa kali dah aku nampak selongkar sampah budak bilik hujung tu. Ini lah ni, bila tinggal bilik asrama tapi dia buat macam rumah. Memasak segala, lepas tu sisa bersepah, tak pandai pula tutup pintu koridor, sudahnya anjing masuk lah.

Masa aku di ukm dulu, selalu juga masalah anjing ni. Tapi dalam aku semester 2 pihak kolej dan budak2 lelaki telah tangkap anjing tu. Kat sana dulu tak banyak, mungkin ada 2-3 ekor. Pergh... semangat gila budak lelaki tangkap anjing tu dulu, siap masuk dalam bilik mana ntah.. lepas tu mereka belasah kot. Sebabnya ada ganjaran kepada penangkap anjing tu. Rasanya lepas tu anjing tu dieuthanasiakan.

Yang sekarang pula ada sekumpulan siap ada puppy2 lagi. Nanti aku cadangkan dalam meeting akan datang supaya anjing-anjing itu di euthanasiakan oleh dbkk.

Tadi, aku dah curah siap2 klorok di entrance, both ends of corridor, main entrance tangga, lantai2 sikit, dan pintu bilik basuh. Sekarang ni malam2 selalu hujan, biasanya sejuk, anjing akan cari tempat panaskan badan.

Masalahnya ada pulak akak jual roti tadi, siap letak bakul roti di atas lantai tempat aku curah2 klorok tadi. Cis betul akak ni, kalau roti dia tercemar macam mana? siapa nak tanggungjawab?. Tapi, tadi aku tengok roti2 dia semua balut pelastik elok2. Aku pun beli roti tadi.

Banyak juga aku curah klorok tadi, macam kan nak halau zombie. Tak apa, malam sikit nanti aku curah lagi banyak.

Masalah betul anjing-anjing ni, sesiapa yang boleh makan atau berminat untuk memakan daging anjing, sila2 lah ambil anjing-anjing yang berkeliaran sebagai makanan. As food, not in a cruel way of course, like you eat cow or chicken, before you cook it, you must have it slaughtered first right? same thing with dog. I think, slaughter dog for food is better than euthanised it for nothing.

p/s: I dont eat dog meat.

1 comment:

JAIRO said...

aku ada kenal om bomoh hanjing.... tapi mau booking la pasal dia sibuk.. based in penampang