MEH LAH KLIK...

Saturday, May 1, 2010

D-Day:17 May 2010 Behind The Scene 1

arh... hari ni dah 1 May. Selamat hari pekerja. Tinggal 16 hari saja lagi sebelum my big day. Tadi my I-have-been-with-you-for-6-years-or-so buat hal, panik katak aku sekejap. setelah terkumat kamit memaki hamun. Finally dapat on balik, tapi terpaksa pakai safe mode, just in case. Tapi orang kampung dah kasi kompite back up. Aku ingat nak pinjam lah kompite tu minggu sebelum viva nanti. Mana lah tahu kan, si comot aku ni buat hal malam sebelum.

masa ni lah cursor tak boleh gerak, skrin lip lap lip lap, hang sana sini, internet lambat nak loading, hang lagi, file tak dapat nak locate, email tak boleh buka, email lama yang ada forwarded file entah hilang kemana. Bermacam-macam masalah, and I maki all the way.

Dear my mr. I-have-been-with-you-for-6-years-or-so, sebenarnya aku kasi kau chance sampai 2014. Yes, tempoh persaraan wajib anda ialah 2014. Lama lagi tu, buat masa sekarang, with all my heart and brain, I still need you to finish what I have to finish with style.

Semenjak kemarin, atau lebih tepat at moment I hung up the phone, terus-terusan aku rasa tak keruan. Walaupun sekarang ni History ch. dan channel bersebelahan sedang hebat menayangkan cerita-cerita Hitler dan Nazi. Aku seolah-olah tiada nafsu untuk itu semua. Tengok tv pun kejap-kejap. aku tengok sekerat, pas tu aku masuk menghadap laptop semula. Sampaikan tengok berita pun aku tengok sekerat.

Di masa sukar ini, kadang-kadang yang senang nak mampos pun jadi susah berganda-ganda. Tadi aku try buat simple chart guna excel, tapi label kategori aku ada yang hilang ada yang muncul. Aku panik, aku buat ulang2. Masalah yang sama berulang-ulang. Sah-sah aku salahkan kompite dan ms excel versi 2003. Aku buka laptop pinjam. Aku try buat benda yang sama di laptop berlainan dengan ms excel versi 2003. Masih tak berjaya, label kategori masih ada yang hilang2. Setelah mulut terkumat kamit memaki hamun, sambil menghempaskan badan ke tilam 2-3 kali, siap buka2 spek, pas tu pakai spek balik. Macam kan chart tu berubah kalau aku buat tak pakai spek. then.. siap cari contoh chart yang lama dulu, sebab chart dulu tu perfect, cuma stretched. Aku hempaskan badan ke tilam lagi 2-3 kali. Pakai spek.. lepas tu tergerak hati nak stretch kan chart aku. Taaadaaaa...... semua kategori muncol, tapi kena chart aku jadi rectangular sangat-sangat. panjang beb.

Kan... bila waktu begini, yang simple bangang pun macam nak menjawab soalan matematik tulen bab kalkulus dan kaedah berangka pulak.

Masalahnya pulak bila aku nak paste chart tu di slide powerpoint dia jadi super tak comel. Kali ini aku belajar dari kesilapan tadi, aku tak hempas-hempaskan badan ke tilam. Cukup sekadar kaedah cuba jaya, and nice amount of maki light light, adjust2 sikit, (walaupun tadi siap ubah page set up, agak bodoh jugak). Dapat lah juga fit kan chart yang stretched tu. Walaupun tak comel, tapi nampak ok lah.

Baru dapat 10 slides or so. Tapi aku dah sampai ke bab crucial iaitu bab result. Walaupun bab ni aku baru dapat buat 1 slides (yang mengandungi chart). Aku tak tahu nak letak apa lagi. Dan agak berterabur juga susunan slides aku. Tak apa, aku buat dulu, nanti I asked for 2nd, 3rd, 4th opinion.

Seriously aku tak tahu nak letak apa dah. pening pun pening... Tapi kita cuba juga. Aku ada few in my mind, cuma kena baca lebih sikit, dan ulang baca, supaya fakta yang aku present di slide tak contradict dengan apa yang aku tulis kat dalam thesis.

And at this time, I think it is much better for me to keep distance from my loved ones, Because I tend to lose my temper much much easier this time. I am very volatile. And please, keep your children away from me. Trust me, the last thing I need right now is budak yang buat kemarahan aku bagai api di siram diesel.

Dont get me wrong, I love my loved ones. And I hate to hurt them. If I am superbly sad and sorry if I hurt them. sebab tu nak berjauhan seketika untuk kebaikan bersama. Buat masa sekarang nak rapat-rapat, dan bersekongkol dengan my mister I-have-been-with-you-for-6-years-or-so sahaja.


No comments: