MEH LAH KLIK...

Thursday, April 15, 2010

Rebiu Wayang: The Hurt Locker lwn Disrict 9

Awas: Entry Panjang!

The Hurt Locker. Fuhh... setelah berminggu aku mencari, baru dapat aku tengok movie ini. Movie ini sudah menang Academy Award untuk filem terbaik.
Berlatar belakangkan perang di Iraq, The Hurt Locker menceritakan kisah skuad pemusnah bom (op koz tentera amerika). Sebenarnya dari segi cerita tak lah jauh beza sangat dengan filem perang yang lain.. all about american heroes in foreign soil. Tapi dari segi karekter mungkin ada banyak beza. Frankly, aku punya standard untuk filem perang ialah Saving Private Ryan. Jika dibandingkan Saving Private Ryan dan The Hurt Locker, aku lebih suka Saving Private Ryan. Mungkin The Hurt Locker menggarap cerita atau menceritakan sesuatu yang berbeza dari Saving Private Ryan. But in comparison, I choose the latter.

berbalik kepada The Hurt Locker. well... kalau nak pilih karekter yang aku paling berkenan would be watak Sanborn. Kalau ikutkan memanglah watak si James William lebih menonjol, lebih heavy, lebih pekat. Tapi he is fucking annoying. mungkin that's the character all about kot.. menjengkelkan. reckless bak kata Sanborn. masa babak mula2 kan ada conversation pasal rumput between Sanborn and Owen Eldrigde.. ha itu aku rasa conversation yang relex.. masa perang ni kan.. in that situation.. aku rasa ngam lah kalau Eldridge terpikir Baghdad needs more grass.

Scene yang paling aku suka ialah masa skuad Sanborn terjumpa dengan askar kontrak (Ralph Fiennes)yang kerosakkan tayar dan tiba2 kena ambush. pergh.. masa tu.. si askar kontrak ni punyalah ceria bangat sebab dah dapat bounty. Aku rasa askar kontrak tu underestimate keupayaan askar lawan (pejuang iraq or pengganas bagi orang amerika).. in war, you underestimate the foe's bullet, the bullet will be put into your head or chest. masa dalam kelam kabut kena ambush tu, apa lagi.. cuak katak lah masing2 kan. mereka tak nampak musuh, tapi musuh nampak mereka. mereka main tembak buta tuli menghabiskan peluru. Oleh kerana sniper kontrak dah kena tembak dengan sniper lawan, Sanborn took over the big gun (aku tak tahu nama dia, tapi peluru besar gila 50 cal.), dia punya partner of course si James itu. Si Eldrige adalah sangat panic nak mampos... memang situasi boleh memamposkan pun. masa dah lama meniarap (sniper kan).. peluru abis, si James minta dengan si Eldridge, tapi budak tu panik. Masa ni, nampak lah James took care Eldridge, "spit and rub". "use your camel, spit and rub, alright.." si Eldridge dah panik katak time tu. Masa scene minum tu, aku ingat James nak minum jus, rupanya dia kasi Sanborn yang minum.

Scene kesian masa James jumpa mayat budak Beckham tu. Scene ini kesian tapi aku tak suka. Macam satu propaganda nak tunjukkan betapa baik dan compassionate askar amerika dengan penduduk iraq. James, bungkus mayat budak tu elok2.. lepas tu letak dalam trak sebab bangunan tempat mayat dijumpai tu akan diletupkan. Hakikatnya, American soldiers put bullet into innocents' heads. yes, even children. bullshit bangsat... walaupun mungkin betul lah ada askar yang berhati mulia. tapi bagi aku scene ini propaganda.

Scene kesian lagi, masa tengah skuad pemusnah bom jumpa mayat budak Beckham dan tengah konon2 nak cari bom, Si Kolonel Cambridge mendedahkan diri sendiri kepada bahaya. Dia ni psychiatrist, tapi hari tu dah ajal dia, dia pergi pula ikut meronda. Kalau ikutkan dia ni concern yang amat kepada Eldridge, sebab Eldridge seolah2 menyalahkan diri atas kematian Thompson. (ya.. kalau dia burned down the guy with handphone tak lah bom tu meletup, dan Thompson sempat lari). Dah siap2 nak packing pulang... Kababommm.. meletup bom and Cambridge was on the very top of it. Eldridge in denial... menangis2, kata Cambridge is still there.. sedangkan dia jumpa helmet Cambdrige. dah kompom2 kalau helmet tercampak.. kepala mesti putus.. tak pun berkecai.

Scene dah dekat2 nak habis, seorang iraq datang kepada tentera amerika dengan badan diikat dengan bom. with timer. dengan masalah bahasa, masa pun singkat. James cuba juga nak tolong, tapi masa terlampau singkat, orang tu dah menangis2 dah mengucap2... minta tolong supaya bom tu dimatikan. Sanborn dah tarik2 James, sebab the man is a dead meat. tak dapat di tolong. James cuba juga, dia sempat buka satu pad lock sahaja, lepas tu around the last 30 seconds, dia minta maaf dengan iraq tu, sebab tak dapat tolong. Iraq tu mengucap.. kababom... well ini lagi satu scene propaganda, aku rasa kalau kanak2 pun askar emerika sanggup tembak, ini kan pula lelaki strapped dengan bom. lagi lah kukuh alasan mereka untuk menembak.

Mula2 movie ada quote, War is drug. So ending movie ni.. kira2 macam mewajarkan quote itu, apabila setelah setel tugas di Iraq dan balik ke pangkuan keluarga, Si James masih terpikir2 pasal perang segala. Masa dia berbual2 dengan anak dia (anak kecik lagi lah..).. dia cakap "bila dah dewasa ni, mungkin kita hanya akan ada satu perkara yang kita betul2 suka".. and si James kembali ke medan perang untuk mendetonate bom dan hal2 bom.. buat kerja dia. Sebab dia suka bom.

Kalau korang perasan dalam movie ini ada proton wira berwarna merah. Tak ada lah glorifykan sangat kehadiran proton tu, cuma props semata2. Mungkin Katherin Bigelow boleh dipertimbangkan gelaran Datuk kerana memperkenalkan kereta proton wira dalam filem beliau. Terbukti Proton Wira kalis perang.

Gred: A-

District 9, ini pun quite sometime juga aku menunggu nak tengok. Aku tengok versi sedut haha. Aku mula2 skeptikal juga movie2 alien ini. Tapi ternyata District 9 bukan seperti filem alien yang pernah anda tengok. Eceh.. puji lebih ni sebab aku suka sangat2..

Ini adalah adaptasi buku. Dan tercalon dalam Academy Award, tapi kalah kepada... well you know.

Kisahnya di Johnnesberg atau Joberg ada sebuah kapal angkasa terapung. Dan manusia telah berjaya menangkap berjuta2 alien dalam kapal tu maka mereka diletakkan dalam sebuah penempatan atau ghetto versi alien yang dinamakan District 9. Kem ini dibawah selian MNU. memandangkan atas desakkan manusia/public, kem ini mesti dipindahkan. Pegawai MNU yang ditugaskan untuk menguruskan perpindahan ini ialah Wikus.

si Wikus ini ialah kind harted, dia sayangkan bininya. dan bersopan santun dengan alien. dia faham bahasa alien kot?. kebetulan boss dia ialah bapak mertua nya. Masa dia di ghetto tu, dia pergi ketuk2 pondok2 alien tersebut dan memberitahu pasal notis pindah. Kebetulan ada seorang alien yang genius, sedang membuat satu silinder yang berisi bahan bakar untuk kapal mereka, supaya alien tersebut boleh kembali ke kapal induk dan seterusnya ke planet mereka.

Wikus, terjumpa silinder itu, lalu terpercik cecair hitam ke mukanya. Mula2 tak ada apa2. Kemudian cuma muntah2 (yang ekstrem berciciran muntah si Wikus). Wikus, cedera di tangan kiri akibat dari di kasari oleh alien (alien berkenaan sudah dibunuh on the spot oleh tentera MNU). Wikus tak ada hal.. dan kecederaan tangan pun sudah dirawat di tempat kejadian. tapi masa makan hidung Wikus ada cecair hitam dia lap2, walaupun kawan dia rasa pelik gila. Balik ke opis, kuku dia tanggal, horror kalau kuku tertanggal macam tu. Wikus dah sedar something is wrong. Masa balik ke rumah, bini dia pula buat surprise bday party.. masa ini lah Wikus tumbang dan pengsan di atas kek, lalu bininya bawa ke hospital. Masa di hospital bila dokter buka balutan tangan Wikus, rupanya dah bertukar jadi cakar alien dah tangan Wikus. apa lagi.. panik like hell lah kan. Wikus dibungkus dalam plastik bag, dan dihantar ke lab MNU. That was the very last time his wife saw him.

Wikus mula2 nak kena jadikan tikus makmal, tapi dia escape dan well.. lari ke District 9. Di sana dia jumpa balik dengan si alien genius, sekarang nama alien genius tu Christopher, dan ada anak. Christopher tanya kat Wikus mana tu silinder, tapi Wikus kata silinder tu dah kat simpanan MNU, si Christopher kata keadaan Wikus boleh diubati, tapi mesin itu ada di kapal induk. so by hook or crook kena ambil silinder alien di MNU.

Wikus dan Christopher berjaya ambil silinder tu dan kembali ke District 9. Dan mula lah scene tembak menembak, badan hancur berkecai kena laser alien, langgar melanggar, pendek kata scene combat. Akhirnya Christopher berjaya kembali ke kapal induk bersama anaknya. Tapi si Wikus tertinggal kerana dalam kombat kombat tadi tu.. teruk si Wikus kena attack, walaupun dia pakai robot alien. Christopher janji dengan Wikus akan kembali kepadanya.. walaupun dia reluctant nak tinggalkan Wikus.

Wikus akhirnya complete his transformation sebagai alien. Alien2 di Distrit 9 dipindahkan ke District 10. more or less a concentration camp for alien. MNU, kawan dia, bini dia masih tak jumpa dia. mereka tak tahu Wikus sudah 100% seekor non human dan spekulate nasib si Wikus. Tak pasti apa jadi kat dia tapi Bini Wikus pernah dapat bunga ros dari tin from anonymous. Diakhir scene ada seekor alien sedang buat bunga ros dari tin/besi buruk.

Aku berharap sangat filem ini ada sequel, walaupun kalau buat sequel mesti buruk gila. Tapi.. aku suka filem ni. unexpected sungguh jalan ceritanya, watak utama pun bukan lah Brad Pitt, dan bukan lah saintis yang sungguh pandai, atau askar yang sangat kuat. problemnya satu sahaja, aksen english mereka aku tak berapa go.. aksen Afrika Selatan kot?

Gred: A.

Kesimpulannya: aku lebih suka cerita District 9 banding The Hurt Locker.

No comments: