MEH LAH KLIK...

Monday, April 12, 2010

Kewarganegaraan.

Beberapa minggu lalu aku baca satu artikel ditulis oleh seorang wanita Malaysia berkaitan masalah kewarganegaraan anak wanita malaysia yang berbapakan rakyat asing yang dilahirkan di luar negara (overseas born child of malaysian woman, fathered by non malaysian) eh korang faham kan? ok.. click here for the rest of the article.

memandangkan aku tak bekerja, dan buat2 sibuk mengemas bilik aku yang memang bersepah, so messed up, looks like motley's crue just had an orgy party in it with their groupies. Sambil2 belek2 sini sana... aku terjumpa buku undang-undang Malaysia berwarna biru dalam Bahasa Melayu (bukan dalam bilik aku, dalam almari buku). Bosan buku tu, aku baca pun imbas lalu sahaja, pasal sejarah undang-undang Malaysia sejak kesultanan Melayu Melaka. Dan aku terpandang bab undang-undang berkaitan "Kewarganegaraan". Memandangkan artikel yang aku baca sebelum ini berkaitan dengan hal ehwal kewarganegaraan, maka aku lebih faham masalah yang diutarakan oleh penulis. And I have been thinking about it too. Berbelit juga aku nak paham apa benda yang di tulis dalam buku undang-undang tu, al maklomlah driver karat.

Personally I think our law on citizenship is weighing too much on patriarch. Anyway this could be connected back to the era of Adat Temenggung. Only Negeri Sembilan is practicing Adat Pepatih. I am sure most of you have learned these two laws in your history classes.

Dan baru kejap tadi aku belek2 celah bedah internet aku jumpa ini. And I welcome it with err.. relief. Bukan lah aku nak beranak anytime soon. Cuma bagi aku, itu lah, sepatutnya the law treats man and woman equally. Walaupun dasar sekarang masih lagi sukar, sebab kena daftar sendiri di Jabatan Pendaftaran Malaysia, di Malaysia, at least.. ada lah terbuka sikit pintu kemudahan untuk wanita Malaysia yang anaknya berbapakan rakyat asing, beranak di luar negara dan inginkan anaknya berwarganegarakan Malaysia.

Cukup2 lah diskriminasi jantina di sana sini. Cukup2 lah kehidupan yang misogynist ini, (ek eleh... aku pula yang emo..). Well, I come from very paternal oriented society and my father is a very traditional conservative (minus religious) Bruneis man, so aku tahu lah gender discrimination on the domestic level. Because I am in it. ok dah dah.. ini bukan pasal aku ini pasal undang2.

Prior this, kalau lelaki Malaysia beristerikan perempuan asing, dan menetap di England (contoh), lantas bini orang putihnya beranak di England, si Lelaki Malaysia (bapa) boleh apply citizenship untuk anak dia di Konsulat/Kedutaan. Kalau wanita Malaysia bersuamikan lelaki asing dan menetap di England (contoh), lantas wanita Malaysia (ibu) itu nak unborn child itu berIC kan IC Malaysia, dia kena naik kapal, balik ke Malaysia dan beranak di Malaysia, korang ingat senang ke nak naik kapal berbelas jam balik ke Malaysia tengah mengandung? Sekarang harap2 keadaan lebih baik dan layanan yang lebih baik kepada wanita yang anaknya hendak diwarganegarakan sebagai rakyat malaysia tapi anak itu dilahirkan di luar negara dan berbapakan rakyat asing.

Nampak tak diskriminasi jantina yang aku maksudkan? dah lah akak tu mengandung, kau suruh lagi dia naik long hour flight, kalau 13 jam tu terus sampai Malaysia ok lagi, kalau siap delay flight di Dubai ke Bombay ke...lepas tu terberanak di Bangkok.. hah.. sia-sia beli tiket kapal. Sebab tetap terberanak di luar negara juga. Logik lah sikit pak menteri oii... tu belum masuk risiko bleeding ke komplikasi semasa mengandung ke..

Kepada YBs (the lawmakers), ini lah yang anda perlu perjuangkan kesejahteraan rakyat. Mempermudahkan hidup rakyat, bukan nya sibuk bertwitter, berfacebook, berblog siang malam, well.. kami tahu sebagai YB memang banyak update nak dikongsi, jemputan majlis itu dan ini, maki hamun sesama YB. Tapi dalam pada YBs bermaki hamun dalam twitter tu, err buat lah kerja sebenar ya. Kalau jadi YB asyik picit2 butang blackberry atau tenyeh touchscreen iphone, well.. aku pun boleh kot.

No comments: