MEH LAH KLIK...

Monday, April 19, 2010

Entry Panjang Yang Amat.

BROKEBACK MANCHESTER?
It's Bromance!.

Mula2 sekali ni nak cerita pasal bola. Aku dah lama tak layan bola. Malas atau sudah tidak minat seperti dulu. Cuma update cerita2 bola melalui status Fb penonton/peminat bola atau sekali2 tengok buletin sukan di TV3 atau baca sokernet. Aku suka baca Sokernet sebab ulasan santai, ditambah pula aktiviti bakar membakar antara satu sama lain. Boleh tahan lah Sokernet ni.

Dulu aku peminat Man. United. Game tengok, berita update, bla bla... WaGs pun aku ambil peduli (biasalah perempuan kan.. haha). Kalau negara op koz England. Dan pemain pilihan, op koz David Beckham. Sekarang tidak lagi. Aku dah tak kisah lah, Man U menang premiership ke, Chelsea menang di Anfield ke, Liverpool tukar pengurus, atau Arsenal kena belasah Chelsea. Biar lah mereka. Kalau tahun ni Man U kalah preimiership, tahun depan kan ada lagi musim baru, apa kisah. Same ol' shit tiap2 tahun.

Yang kayanya pemain dan pengurus kelab. Yang gemoknya dan semakin semputnya korang yang asyik tengok bola di Tv tapi malas nak bersenam main bola.

Ok, berbalik kepada gambar di atas, Neville mencium Scholes atas jaringan kemenangan kepada Man City (the blue half of Manchester) dalam masa tambahan 3 minit. Macam biasa Man U memang selalu skor masa injury ni. Nampak very the homo bukan? Tapi Neville dan Scholes ni sebatch lah lebih kurang, sama2 Man U, sama2 England. dah berapa World Cup dan Euro mereka sepasukan? banyak kali kan.. (aku tak ingat sebenarnya). To me it was a bromance kiss.. brotherly kiss. Of course it looks very homo. Anyway, ini akan dijadikan modal penyokong rival untuk menganjing penyokong Man U.

Gadoh lah korang... Gadoh sampai kenyang.

Aku sekarang di main campus semula, setelah 2-3 minggu berkampung di kampung halaman. Sebenarnya perasaan aku tak berapa bagus semalam dan 2-3 hari ini. Entah lah, after series of death yang melibatkan keluarga kepada kawan-kawan dan artis. Bagi aku, kematian ini sebagai ingatan berterusan kepada kita semua bahawa mati itu pasti. Seram aku. kau tak seram?. bukan apa... macam banyak jak dosa2 aku ni.

Mungkin minggu ini aku driving balik kampung sorang diri. Aisey man, malasnya (dan takutnya). Aku tak pernah driving sorang diri jauh2 ni. Tapi dalam minggu lepas aku dah training bawa kereta jauh (ditemani mama and anak buah, sambil di eskot boss besar guna kereta lain).

Aku agak sibuk juga (mengikut perancangan) pada minggu ini.

Isnin- buat kerja pro bono (baca: kuli batak) di lab. CHECKED.
Selasa- Pergi Ranau. Tiba2 ada peluang ke Ranau. tengok lah kalau aku awal bangun.
- pos kan borang UKM, atau segala haram borang yang perlu di poskan.
Rabu- Sambung buat kerja amal jariah al mizerebel tu lagi/tengok wayang.
Khamis- Balik Kampung/Tengok Wayang dulu, lepas tu balik kampung.
Jumaat-Di kampung halaman, sambung renovate/decorate bilik sendiri.
Sabtu- ke Brunei
Ahad- Balik dari Brunei.

Aku rasa macam nak kensel saja trip percuma ke Ranau tu. sebab aku nak perabis buat kerja kuli batak harammjaddah tu cepat2. Tadi aku pulun dalam 2-3 jam buat benda alah tu. Banyak juga siap dalam masa 2-3 jam tu. Dengan syarat aku tak on internet. Kompite pun aku tinggal kan di bilik. Aku buat kerja guna kompite lab. Lagipun ada kes kecurian harta benda sekarang ni. Ntah tak tahu lah aku. Aku tak update sangat cerita dan gossip jabatan sekarang, sebab aku dah berangkut balik kampung.

Kalau aku boleh pulun siap kan kerja (atau buat sebanyak yang terdaya) esok, maka hari rabu boleh lah aku bersenang lenang tengok wayang. Aku memang nak catch up nengok wayang Shutter Island itu. Walaupun Scorsese dan Di Caprio bergabung tenaga dalam wayang tu, aku tak kasi harapan tinggi lah.

Balik Kampung, boss besar a.k.a pihak penjamin telah menyuruh aku mengemas barang segala mak nenek yang masih tertinggal di bilik ku ini. Tapi aku nak relex... pening aku tengok barang2 banyak sangat ni hokeh...

Kalau ada duit lebih minggu ini, aku nak beli juga keyboard murahan tu, aku nak main lagu Halo Beyonce (tu diaa.... cita2 tinggi, key tak tahu sepatah haram terus langkah bendul nak main lagu Beyonce). Dengan bantuan kad member kakak ipar, dapat lah potongan harga yang mengiurkan. Keyboard murah2 dah lah, nak beli YAMAHA, aduii Mahal!. Aku ni jenis yang cepat bosan dalam berhobi, kejap jak, padam lah api2 cinta. (and that's also why aku ni jenis yang tak ngam berelationship). So beli lah yang murahan sahaja.

And memandangkan dah terlanjur bernafsu nak beli itu dan ini, kita up lagi nafsu pembelian dengan kemahuan untuk membeli basikal. Bukan fix gear, tapi yang murah2 basikal budak sekolah, cukup. Untuk aktiviti riadah di kampung. Tool yang ku kira berguna dalam prevention of zombization.

Kenapa ke Brunei? ada wedding. I hate wedding, still. Tapi aku saja nak berjalan2, terperap jak di kk-putatan-pimping, bosan lah. lagipun muka surat pasport banyak lagi tu, sayang kalau tidak digunakan. haha. Tengok lah macam mana ya... entah2 minggu ni aku sekadar melakukan aktiviti rutin, iaitu tengok tv dan internet.

Tadi pergi makan mcD. setelah beberapa minggu suci dari burger berperisa yahudi, tadi aku pergi lah makan. Kebetulan tadi aku tak makan lunch, sebab, well kereta buat hal.. (hal kecil, boss besar aku yang jarang jarang senyum tu pun boleh tersenyum akibat dari kelakuan aku yang gabra tak bertempat. wei.. serius, bapak aku jarang senyum, gambar dia mostly ekspresi muka jeneral perang, Ho Chi Minh pun lagi banyak senyum banding dia dalam gambar). So untuk menjimatkan masa, tadi aku tak makan, straight ke lab jadi kuli batak. Aku seksa diri sendiri kerana nak mengkulibatakkan diri sendiri (sudah nasib ku).

oh ya, tadi masa di McD jumpa orang kampung aku, ex skoolmet juga sebenarnya. 3 boys. Ejoy, Bobeck, dan Norman (kot?). Norman tu aku tak kenal sangat, bukan batch aku. Ejoy dan Bobeck tu memang kenal sejak tadika. huhu... ok lah bertegur sapa kan, siap mereka ajak aku duduk sebelah mereka. So dinner aku malam ni tak lah dinner seorang bujang yang makan sorang2 di McD. Mula2 aku memang dah perasan mereka, Ejoy panggil2 tapi.. aku boo layan kejap sebab aku nak order McD dulu, (sorry dude, I lapar). Lepas dah siap order, pastu join lah mereka. Ok lah.. lama tak jumpa sebenarnya. haha.

All in all, agak aktif juga aku hari ini dan berhasil. Kerja pun jalan, isi borang pun dah siap. Tinggal nak pos saja esok. hadiah pun dah bungkus (I had great feeling when I wrapped the present, lama dah tak kasi hadiah kat orang ni). Kira ok lah.. sebab biasanya aku tidur jak sepanhang hari.

No comments: