MEH LAH KLIK...

Thursday, April 8, 2010

Clash of The Titans 2010 the review.

Clash of the Titans. Watch it if you like Transformers: Revenge of The Fallen.

Aku sangat berharap nak tengok Clash of the Titans (COTT) ni. Sebab aku telah kecewa yang amat sangat semasa filem Solomon Kane. Lagi pun aku suka Sam Worthington. I knew it's going to be a graphic fest.

Apa pun buat kesekian kalinya aku kecewa. Harapan terlampau tinggi kot. Aku rasa dalam akhir2 ini satu2nya wayang yang menjangkau lebih dari jangkaan ialah 17 Again. Avatar, emm.. ok lah mencapai standard, lagipun pendapat aku tentang Avatar mungkin bias. Sebab aku memang orang sains alam sekitar.

Kembali kepada COTT. Ini ialah filem remake, aku tak pernah tengok yang sebelum ini (macam biasa, kalau remake, aku tengok yang latest). Tapi jalan cerita damn predictable. Macam aku boleh teka seekor2 binatang yang keluar. Kecuali kala jengking di padang pasir tu. Masa scene di padang pasir lawan kala jengking tu aku couldnt help but to relate the scene with scene in Transformers yang ada juga fighting scene di padang pasir. US army vs decepticon.

Watak 2 orang hunters tu pula yang berperanan adding humor dalam wayang ini macam watak 2 ekor robot kembar dalam Revenge of The Fallen. Watak Perseus pula aku asyik teringat2 bahawa ini ialah watak Hercules, btw, Hercules too was a demigod.

Err.. apabila mereka marching ke Gunung Nom, terus2 aku teringat scene dalam 300, apabila Leonidas berjumpa The Oracle. And I must say, scene berjumpa dengan The Oracle dalam 300 lebih bagus dari scene The Oracle dalam COTT. Lagi satu scene Ferryman, semasa hendak pergi ke underworld, ini soooo Pirate of Caribbean.

scenes yang recylce begini lah buat aku menyampah, tiada kejutan langsung. Watak Hades tu pula Aku tak berkenan sangat dengan pelakon tu. Memang tak berkenan, sejak dia pegang watak Encik pembunuh bersiri dalam Red Dragon. Dia juga ada berlakon dalam Maid of Manhattan dan The Reader. And Zeus dalam baju perang berkilat2... apa hal nya pula.. Poseidon pun sama gak. Dan cerita ni tak stress pasal Dewa Dewi di Olympus, tapi lebih kepada cerita baik menentang kejahatan. Ini lah kot Titans nya. Jika Titansnya Hades vs. Zeus, patut kasi stir lah power2 Zeus segala. Tapi mungkin Zeus itu diwakili oleh anaknya iaitu si Perseus.

Watak Io aku suka. Cantik, just nice. Tapi tak lah top sangat. Cantik dah cukup character kurang. I mean kalau dia tumpu/polish etc.. watak ni boleh sesignificant watak isteri Leonidas dalam 300.

Watak yang aku paling suka would be si orang Denmark tu, ala yang berlakon jadi penjahat dalam Casino Royale, well.. personally I think, his eyes are too sepet to be a Greek. Well.. aku tak study lah apa benda mak nenek genealogy, ethnics, anthropology segala. Just he looks very scandinivian, nasib baik rambut dan jambang palsu. Kebetulan masa sebelum aku masuk panggung nak tengok COTT, aku merayau2 dalam kedai Speedy, dan terjumpa DVD wayang lakonan dia. Lupa dah tajuk wayang tu. Si Denmark ni kalau berlakon untuk scene perang zamam medieval, sesuai. Tapi untuk scene perang tamadun klasik, we need someone like Eric Bana.

yang bagusnya, kesemua kestria tu mati kecuali si Perseus. Scene lain, macam biasa dalam keadaan tertekan mesti ada Cult Leader, ala yang orang gila tiba2 nak korbankan si Andromeda. Awal2 lagi dah agak dah.. the very first scene dia muncul, aku dah agak ni mesti ada something ni. Sebab first scene tu dia dah ada dialog dah. Tahu dia extra, tapi dia ni extra berdialog. So korang kalau tengok filem, jika ada extra berdialog di awal filem/scene, bersedia lah untuk jumpa the extra again along the way. Yang tak predictable ialah ending cinta, aku ingat si Perseus dengan Andromeda (well the myth should be like that), tapi dengan Si Io pula. Io memang lebih cun dari Andromeda, cuma Io is dead, resurrected oleh Zeus. Anyway, Io said she was cursed with agelessness, err.. kalau perempuan ini lah mereka suka ni, awet muda katanya. well agelessness bukan lah awet muda, it is a curse indeed, banyak lah movie pasal ni. macam immortality lah juga.

Apa pun, kalau Solomon Kane dapat C (minus eh? lupa dah) yang ni aku kasi B-. Ok lah, aku pun nak pujuk hati sendiri ni, sebab sayang duit beli tiket wayang, wayang below expectation or expectation aku terlampau tinggi, biasa2 jak wayang ni. Aku tengok sorang2 sebab masa opis hour kan. quite ramai juga orang time tu, ada lah hampir separuh penuh panggung (hari rabu). Ada abang yang dekat dengan seat aku tu siap kata "eh dorang ni nda pergi kerja kah tengok wayang hari ni?" aku cakap dalam hati "ek eleh.. abis yang kau tu apa?" sama juga The pot says to the kettle; "you are black!". Tapi dalam hati lah. ndak larat aku mau bergadoh2 di panggung cukuplah di online jak.

nanti aku rebiu The Hurt Locker.

ralat: aku keliru dengan Ralph Fiennes dan Liam Nesson. Earlier I referred Ralph Fiennes played the Zeus character but actually it was Liam Nesson who played the role, Fiennes played the Hades character. And I was right when saying Fiennes was also appeared in The Reader and Red Dragon.

Mula2 aku ingat dalam The Schindler's List watak Oskar ialah lakonan Fiennes, but it was actually Nesson. Fiennes played the Nazi Amon Goeth in the movie. muka 2 orang ni hampir sama pada pandangan mata ku. lepas tu ada 2 movie pula yang mereka berlakon sama2 (COTT and The Schindler's List). Fiennes also acted in The Hurt Locker (movie yang kunun2 aku mau rebiu lepas ni..). Fiennes orang English, Nesson orang Northern Irish, tapi muka 2 orang ni macam German. Especially the former. (pada mata aku lah kononnya ok).


No comments: