MEH LAH KLIK...

Monday, March 22, 2010

When all I can say is Maki.

Ahhh.... asyik marah dan maki saja entry post aku baru2 ni. Mari kita cerita pasal lain2.

Minggu lepas aku menjadi seorang nomad. Tak tentu hala, katil bertukar2, rumah bertukar2. Terasa seperti aku ialah George Clooney dalam up in the air. Bezanya aku perempuan, tidak bekerja, tidak naik kapal terbang. Banyak bezanya bukan?.

Akhirnya aku marah. Asal marah, upload marah dalam blog.

Bila di rumah, sudah tentu aku tonton TV. Dalam banyak2 rancangan yang aku tonton ialah cerita pasal spesies pemusnah di Amerika utara. Spesies ini ialah ikan toman, atau nama saintifiknya Channa sp.

Banyak lah spesies2 ikan toman ni. Maka terjawab lah persoalan perbincangan aku dan rakan dalam Facebook, Puntius bulu bukan nama saintifik untuk ikan toman.

ok, kembali kepada isi kandungan. Memandangkan orang Amerika agak entah apa2, atau dalam perkataan lain, think the world is revolving around them. Maka mereka hairan, pelik, terkejut, terkesima, dengan rupa paras, saiz, dan tabiat pemangsa si ikan toman berkenaan.

sesuai tabiat pemangsa, ikan toman telah memakan spesies ikan tempatan atau ikan native di Amerika. Maka saintis dan pihak perikanan di Amerika pun kecoh lah. Nak2 lagi rupa ikan toman yang agak pre-historic itu.

Selidik2 rupanya ikan toman tu terlepas ke wild kerana seorang Asian telah melepaskannya kerana tak jadi nak buat sup ikan toman. Tapi sudah terlambat untuk menghentikannya, kerana ikan toman telah berkembang biak di sungai2 Amerika. Tapi mereka masih berusaha memburu ikan toman ni lah.

Kecoh kan orang Amerika, Ikan toman pun nak buat dokumentari.

Ditunjukkan juga dalam dokumentari itu ikan toman di Thailand, panjang 1-2 meter, gigi tajam, pemangsa licik dan tangkas, dan karnivor.

Aku pernah tengok ikan toman masa aku pergi field work di tasik chini, Pahang. Memang gigi dia tajam. Tapi ikan toman yang aku tengok tu tak ada lah besar sangat. Sedang2, sesuai nak goreng masuk dalam kuali. Ada lagi species ikan lain, tapi aku cuma ingat Toman dengan Puntius bulu itu sahaja.

Nak dijadikan cerita aku sekarang ni mengapply2 job. Tiba2 aku terkaitkan dengan kisah aku mengapply2 job ni dengan cerita Ikan toman menjajah sungai di Amerika dan memakan spesies ikan tempatan.

Tak apa lah, May be I have no balls, but I am not pengecut. Apply saja lah. Mana tahu rezeki kan.

Aku tak lah desperate nak bekerja. Just I hate to lose. Esok, masih banyak tugas yang perlu aku buat. Selesai tugas2 itu esok, I am off for movie. Yeah... lama sudah tidak tinguk wayang.

Last night, aku tengok Sherlock Holmes. Nanti2 lah aku buat review. Dan wayang The Chamber, adaptasi dari buku yang sedang aku baca akan ditayangkan di AXN pada malam esok.

No comments: