MEH LAH KLIK...

Sunday, March 28, 2010

Welcoming Spring.

kereta rosak. But I am surprisingly (relatively) cool with it. so my car is kaputt every 2 months or so. No big deal huh?

eh.. mengada2 kan tajuk post aku. Perasan 4 musim yuuu..

Aku ni nak sangat pergi ke Kundasang. si Pak Cik pula sibuk memanjang. err.. aku nak geram pun, memang betul dia sibuk. Ia lah kalau weekend 2 hari berjimba2 mesti esoknya malas nak buat kerja kan. Bagus weekend charge betri dikatil masing.

Aku ok, weekdays, weekends, midnight, sunday morning, sunday night, semua senang lenang, lenggang kanggung (ok tipu, waistline dah bertambah saiz, nak turun tangga pun aku mengah, apa lagi nak berlenggang kangkung). eh kecuali selasa malam dan jumaat malam, sebab aku ada kelas silat.

sebut pasal silat. kelas ke4 silat hari tu makin susah. pergh... aku nak menyelit, nak mengilas, nak membantai.. aku rasa macam terbantai badan sendiri pun ada. tapi buah dah makin lama makin up lah. Nampak sikit gaya tempurnya. aku doubt juga kalau dia kasi exam, boleh atau tak aku nak tunjuk langkah ni? nak ingat bila nak langkah, bila nak tepis pun aku tak berapa pass. nak gelek kaki ke kiri ke kanan pun aku tak berapa pandai.

aku sebagai novice memang ada naluri mengelak. walaupun guru kata jangan elak, tapi tepis. apa pun harap2 ok.

selalu aku jumpa budak2 silat di kg. a. tapi boo layan. biasalah anak2 underG. They give me the that stare... malas mau layan lah mereka ini.

ok biarkan disitu kisah silat. kita kembali ke cerita jalan2.

aku ni dah lama nak berjalan. last time pun aku berjalan masa training di Indon dulu. Thats it thats all.

err.. kalau ada sesiapa kenal dengan orang yang balik ke kundasang, kenalkan lah.. aku nak hitch hiking kereta beliau. (hahaha.. ada gofren marah ni karang).



No comments: