MEH LAH KLIK...

Monday, March 29, 2010

Review: Gadoh 2009

Fuck you Celcom Broadband. Keep on disconnecting every 2 minutes.

Mencarut pun sudah, ok mari kita review. Tadi oleh kerana aku pemalas dan jobless maka, aku lepak dibilik sepanjang hari main internet. Dalam aku melilau2 dalam youtube, tiba2 aku terlintas hati nak tengok filem Gadoh. Filem ni aku tahu melalui blog. Anyway, Gadoh ni boleh lah di masukkan dalam kumpulan filem Indie. Tak kisah lah apa tafsiran indie pada kamu. Apa pun filem ini tak lepas LPF, censorship board. Maka mari lah beramai2 tonton wayang itu di youtube. Kalau ada dvd/vcd, boleh lah korang beli. Yang asli.

Pelakon dalam filem ini semua muka yang korang tak akan nampak dalam filem Razak Mohiddeen atau Syamsul Haslam atau Ahmad Idham. Pelakon utamanya Zahiril Adzim (watak Khalil), pelakon yang sama yang memegang watak Boy dalam siri tv Kami. Selain tu, Namron (watak Azman), seingat aku Namron ialah orang yang memegang watak Lebai dalam filem Gubra dan kalau tak silap dia ada berlakon dalam filem Paloh. Selain tu, wajah pelakon yang aku biasa jumpa ialah watah Pengetua Chua, dan Ayah kepada watak Heng (Nicholas Liew) penjual char koi. Nak tengok lakonan watak Ayah kepada Heng ni boleh lah korang tengok balik filem Sepet, Gubra dan Spinning Gasing. Watak2 lain aku tak kenal sangat muka.

Jalan cerita simple tapi jujur. Terlampau jujur sampai LPF tak berani nak lepaskan untuk tontonan umum. Aku faham tujuan LPF tersebut kerana honesty is the best policy but the best is not for everyone. Kejujuran itu adalah yang terbaik, cuma yang terbaik bukan lah untuk semua.

Hal bekisar tentang kisah budak sekolah bergaduh. Geng cina dan Geng Melayu, yang tersepit ditengah ialah budak india, cikgu cina, dan budak perempuan. Jalan cerita predictable, macam lepas gaduh pas tu cemolot lah. Lebih kurang, but what I value the most is not the destination but the journey, macam mana dari mereka gadoh lepas tu boleh berbaik.

Aku rasa the biggest concern oleh LPF ialah dalam filem ini skrip banyak memaki hamun. Maki hamun tak lah kaw, secukup rasa saja. Memang kita semua (yang pandai memaki macam aku lah, yang mulus kudus tu mungkin tak, dan golongan mulus kudus ini lah yang hendak dilindungi LPF) hari2 maki hamun macam tu. Babak confession oleh ahli teater itu yang aku paling tak tahan, My favourite scene. Terutama bila watak Jan (Khairil Ridzuan Saharudin) buat confession. Memang jujur gila, aku tengok ulang2, dan aku siap google, siapa lah mamat ni.

Kepada Khairil Ridzuan Saharudin, Tahniah! Memang power kau buat scene tu, mungkin tidak lah sememorable scene "siapa itu Kassim Selamat, Lawyer? Majistret?" (watak Nyonya Mansor) dalam Ibu Mertuaku, atau scene "Tipah Tertipu" (Sheila Majid) dalam Ali Setan. Tahniah juga kepada penulis skrip.

Bila masa buat confession tu, watak cina kutuk watak melayu, "orang melayu tak hormat orang cina". "orang melayu tak payah belajar pun boleh masuk u". "orang melayu suka cari gaduh". Tapi kutuk2 dari watak cina tu aku anggap sebagai tumbukan badan/jab/tumbuk rusuk. Tapi bila watak Jan buat confession "cina makan babi, pengotor, berak tak pernah basuh", "cina masuk neraka", "bangun pagi tak mandi pagi, badan bau busuk". ha!.. kat sini aku anggap ini kutukkan bertahap upper cut, hook, atau lower belt blow (yang part masuk neraka tu). Memang berkesan lah kutukkan dan maki hamun tu. maki hamun jujur.

Disclaimer: ****yang aku tulis maki hamun semua tu bukan sebab aku nak maki hamun bangsa, tapi itu skrip dalam filem*****

Selain itu, yang aku suka, bila mereka dah kira boleh get along, masa scene makan pakai chopstick tu. Yang part itu aku suka. Memang lah simple saja, makan pakai chopstick. Tapi, bagi aku untuk memahami orang yang berlainan dari kita, tak perlu lah nak buat pesta/karnival/riang ria bertemakan perpaduan yang menelan belanja beratus ribu ringgit, cukup sekadar pay attention to little thing that cans close the gap between us.

Dan filem ini juga mencerminkan hakikat sebenar dalam sistem pendidikan kita. Iaitu semua tentang prestasi, semua tentang reputasi, semua tentang I want to look good, We must look good, we must score A. Aku setuju dengan skrip untuk watak Linda. Apa yang sekolah harap dari pelajar ialah keputusan yang baik, supaya prestasi sekolah mantap, nampak unggul dimata kementerian. All about what the school wants, pengetua wants. Dan watak cikgu pengampu tu memang berkesan. Sebab memang wujud pun cikgu pengampu. Cikgu yang berlagak, cikgu yang kejar pangkat sampai lupa why they are in school at the first place. Cikgu yang stereotyping pelajar.

Kalau kasi gred, filem ini dapat A- dari aku. Sebab aku tak tahu pasal sinematografi, camera angle semua ni. Maka aku tak kira point benda2 tersebut. Korang nak kasi gred pakai mutu sinematografi, lakon layar, camera placing, fokus bagai.. go ahead. For me, I like the script, I like the story, walaupun cerita biasa2 saja, pasal budak sekolah, I am glad at least ini bukan pasal ketua pengawas nak tackle Liyana Jasmay. Atau budak nakal kemudian jadi top student (Watak Azroy dalam Gila Gila remaja).

satu aku tak suka, tiada subtitle. ha.. ini lah menyempitkan pasaran filem ni. tukang bikin filem, sila buat subtitle ya.

Untuk Big Boy dalam industri filem malaysia, tolong lah beri perhatian kepada pelakon seperti Zahiril (dah menang award pun kan), dan Namron. Yang bagus2 macam ni selalu di hujung2. Yang berlakon kayu haram jaddah harap kan gel rambut satu tiub haa.. yang itu pulak bertepek2 muka di layar kaca dan layar perak. Memang lah rezeki, bukan aku nak dengki pelakon kayu gel rambut satu tiub tu. Aku nak orang beri perhatian kepada orang yang memang berbakat. Zahiril, kau memang main teater eh?

offtopik sikit:
Aku tahu babi itu haram dimakan oleh orang Islam (dan yahudi). Tapi, jangan lah kita tak boleh makan, kita marah orang yang makan. Dia makan sebab dia boleh makan. Macam aku tak makan durian, tiba2 aku beriya halang kau makan durian, kau marah tak?. Nak2 durian tu kau punya comfort food.

Biasa lah orang makan babi ni kan. Bukan aku nak menggalakkan orang makan babi or something alike. But it is just pork what is the big deal? tak kan lah kerana member tu makan babi, kita nak maki dia. Kawan2 aku ramai yang makan babi, tak pulak aku nak maki2 mereka. Bak kata member aku dulu "asalkan dia tak suap daging babi (paksa makan) tu ke mulut kau.. ha biar kan saja lah".

Yang makan babi pula, dah tahu kawan tu tak makan babi. Jangan lah makin kau bantai buka babi dalam tin, siap2 buat sandwich babi, dan offer member yang tak makan babi tu makan. Memang lah niat kau tu sharing. Tapi, be more alert lah kan. Aku pun risau juga kalau member makan babi tiba2 kuah babi tu tertitik diatas meja. risau juga aku nak guna meja dia. So makan lah babi ditempat sepatutnya. Tak kan kau nak bawa satay babi masa member muslim pelawa buat potluck kan.

eh.. ni terjadi kat aku ok. Dah tahu aku tak makan babi, makin diordernya babi didepan2 aku lagi ada. Tapi, tak ada lah yang order tu paksa aku makan. Kalau member tu tapau pau berinti babi, bawa masuk sama2 dalam kereta.. buat2 tak tahu aja lah. Yang bungkus pau babi ni pun beringat lah juga, jangan sampai tercicir pula pau berinti babi tu dalam kereta member, satu hal pula nak samak nanti. Kalau arak jangan cerita lah. Aku pakai tudung ni, tup tup dihidangkan beer. Aku tolak pelawaan minum beer, di offer pulak wine. Dia kasi up lagi percentage alkohol dalam minuman yang dihidang. (opkoz ditolak juga).

Pernah waktu matrik dulu, member aku hangin dengan roomate dia sebab makan babi dalam tin, lepas tu kuah babi tertumpah atas meja. Dia kata, "habis meja tu bersalut babi". Means bukan sekali dua lah kuah babi tu tumpah sampai "bersalut" meja tu. Haih~ pening lah dia nak ingatkan setiap kali tetamu datang ke bilik supaya berhati2 agar tak menyentuh "meja bersalut babi" tersebut.

Gunakan akal fikiran. Tu aja pengajarannya.

(tiba2 nak tengok Ali Setan pulakkk).

1 comment:

dee_dee said...

aku pon suka filem 'gadoh' ni. pada aku, kebanyakannya realiti. bukan macam sesetengah movie yang memang fantasi melampau sampai tak pijak tanah. by the way, aku pon suka scene di mana jan buat confession. serious suka. =)