MEH LAH KLIK...

Wednesday, March 17, 2010

Kelas pertama

Alhamdulillah, tadi sudah bermula pengajian silat pertama. Langkah2 asas sudah ditunjuk ajar. Banyak kepada balance, latihan tangan, latihan kaki.

Dalam list nama junior tu, paling tua ialah aku kot. Sebab IC start no 85, paling tua selain aku, IC start no 88, ada yang IC no 90. Perghh...

Pengajar pun ok. Ajar step by step. Beliau juga ada tunjuk 4 jenis tumbukan dalam silat melayu, 1) Tebar Jala (from the side), Julang Bintang (Hook/Upper cut) which is my favourite even kalau dalam boxing atau muay thai, Musang Terjun, Tumbukan Jantan (from the front) which we learned tonight. Dan silat yang aku join cuma pakai Tumbukan Jantan.

Baru aku tahu silat yang aku join ni ialah jenis defense. Banyak juga ilmu2 yang didapati tadi, Alhamdulillah. Semoga pengajian sentiasa diberkati Allah SWT.

Basicly ini adalah untuk mempertahankan diri, lebih kepada refleks, sense, dan speed.

siap ada belajar fizik lagi sikit tadi, daya impulse.

all in all, I like it.

No comments: