MEH LAH KLIK...

Saturday, March 13, 2010

Ibu Mertuaku - The other side of coin.

Suami, Isteri, dan Mak Mertua: Konspirasi Membersihkan Nama Nyonya Mansor.

Kamu mesti pernah tengok filem Ibu Mertuaku bukan? Dalam filem ini digambarkan bahawa ibu mertua Kassim Selamat, iaitu Nyonya Mansor ialah seorang mertua yang garang, jahat, bitch.

ok, now I am flipping the other side of coin.

Nyonya Mansor was a good mother, Kassim Selamat was a douchebag and pathetic husband, while Sabariyah was a naive stupid girl.

Nyonya Mansor disapproved Kassim and Sabariyah's love affair simply because, she cares about her daughter. After all, siapa yang mahu kahwinkan anak dengan pemuzik miskin, pendapatan tidak tetap, etc etc...

Kalau korang ada anak, sanggup kah korang biar anak korang yang bodoh buta cinta bla bla... pergi ikut lelaki miskin yang confirm2 akan menyebabkan anak korang hidup merempat?. Tapi dia ikutkan juga hati Sabariyah, kahwin kan juga anaknya dengan Kassim bukan? lepas nikah, kasi cash and Nyah kau dari sini pandai2 lah korang hidup.

Nyonya Mansor tak suka Kassim tu sebab dia sayangkan Sabariyah, taknak anak perempuannya hidup susah, miskin, hina. Kassim pun satu hal, taste tak alang2. High taste, nak orang kaya. Honest memang lah honest... tapi... agak2 lah beb.

Kassim dan Sabariyah took the cash, and started a married live. These two habiskan duit cash pemberian Nyonya Mansor dengan tinggal hotel dan main judi lumba kuda bukan. See? mana tak Nyonya Mansor benci mendidih dengan si Kassim ni, dia kasi duit untuk hidup, anak menantu sudah jadi hantu main judi lumba kuda.

Kalau korang lah ada anak menantu macam ni, adakah korang marah? makin sayang? rasa nak telan lepas tu berak flush dalam jamban? atau releks, biar kan... dah buang kan... lantak kau lah?

Kassim dan Sabariyah end up tinggal dibawah kolong atas ehsan Mamu (kalau aku tak silap ni dah scene di Penang bukan?). Tengok, ambil teladan dari kes Sabariyah ni, dia buang emak semata2 kerana cinta hati, tengok siapa yang merempat tinggal di bawah kolong? AND NYONYA MANSOR WAS RIGHT lah kan. Sebab tu dia benci tahap neraka tak nak bermenantukan si pemuzik miskin. Itu lah kalau Mak larang, Mak tak restu, Jangan lah. Kan kau dah merempat dibawah kolong.

Tapi orang kita kalau tengok movie ni terlalu apologetik dengan si Kassim ni. Well, apa yang korang nak apologetik dengan lelaki bangang douchebag, nak kasi tempat tinggal bini pun tak mampu, duit mertua dia habiskan buat modal main judi lumba kuda? Ini menantu yang korang terasa kesian? part mana patut dikesian kan? (EMO nya aku.....)

Owh, Kassim, sudah tahu kau miskin, yang kau perabis kan duit mertua buat judi lumba kuda apa hal? lepas tu semua penonton pakat2 benci Nyonya Mansor sebab tak hingin nak bermenantukan penjudi macam Kassim. Kalau korang ada anak, sanggup kah korang bermenantukan orang macam Kassim?

Nak dijadikan cerita Sabariyah termengandung. Nyonya Mansor datang juga jenguk anak dia. See? Hati mak kan... busuk2 pun anak, walau benci, kutip balik. Kesian dah lah mengandung, tinggal bawah kolong. Memang Nyonya nak menantu Lawyer, Majistret, supaya anak dia tak hidup susah. Dia nak anak dia hidup senang. Salah kah mak yang nak anak dia hidup senang?Kenyang sangat lah dengan cinta tu? kenyang? puas? ni dah mengandung, Mak yang kau buang ni juga datang balik kutip bawa balik (pergh aku tulis, macam Sabariyah tu anak aku pula.. tidak apa.. layan saja lah kan).

Kira ok lah, to be fair to the most kesian Kassim, dia ni kira tak selfish sangat lah, as he let go his pregnant wife to go back with her mother, for her well being and better welfare juga lah kan.

Tengok betapa ibu sayang kat anak dan cucu. Walaupun dah sah2 lah Nyonya Mansor murka dengan Kassim, lepas tu heret anak dia tinggal bawah kolong, tapi tetap kesian kan anak dan cucu, walaupun tu anak Kassim. Kutip juga bawa balik kan...

Ha Sabariyah.. tengok... cinta Kassim tu tak cukup nak dibuat modal untuk hidup. Nasib baik mak datang balik, jenguk, hangkut bawa balik rumah, kalau tak malnutrisi lah kau masa mengandung tinggal dibawah kolong. (ahh.. lagi sekali aku ternyonyamansorized).

Masa dah di rumah Nyonya Mansor, bila Sabariyah dah siap2 bersalin. Nyonya buat cerita lah kan.. supaya 2 ekor ni bercerai. Bukan lah baik bercerai berai ni. In her defense, Nyonya memang lah tak suka Kassim, dah ada peluang dia nak pisahkan 2 orang ni being an evil MIL herself, of course an antagonist like her will take her chance tak begitu? kalau tak, tak lah jadi cerita kan? tak lah korang kesian dengan si Kassim kan?

Ok, dah siap2 pisah (proses cerai tu kasi fast forward lah, ngabiskan roll filem lah kalau nak cover kes cerai berai orang ni) Nyonya kahwinkan Sabariyah dengan Dr. Ismady. Dah sah2 Dr. Ismady ni orang baik. Cinta punya pasal, mertua pun berkenan, dia jagakan juga anak si Kassim kan. Sabariyah ni pun dah berkanda dinda dengan Dr. Ismady. Kira setel lah. Boleh lah Nyonya Mansor lega, sebab anak sendiri pun dah teratur hidupnya.

While Sabariyah is kekanda-dinda-ing with Dr. Ismady, Kassim merana, menangis lah siang malam. Sampai jadi buta. Ohh... kat sini lah sebab korang kesian dengan dia kan?. Ok, Part ni aku pun kesian lah juga. Memang kesian pun.

On the bright sight, Anak dia dengan Sabariyah, mendapat kehidupan yang lebih selesa. still unfair juga? memang unfair pun. Apa dia nak komplen? Anak bini dia dihangkut oleh mak mertua?. Well, Kassim, bak kata Justin Timberlake, what goes around comes around, Ingat tak dulu kau took a daughter away from her mother? Memang lah niat kau nak buat bini... tapi Mak tetap Mak ok.

Moralnya, jangan lah buat kat orang apa yang kita tak nak orang lain buat dengan kita. ok? (ni aku nasihat diri sendiri juga ni).

Apa? Nyonya Mansor juga yang jahat? Memang betul pun. Tapi cuba korang ada anak macam Sabariyah tu? korang pun jadi Nyonya Mansor juga kot. Orang hantar belajar muzik (eh? aku lupa pula... apa kisah nya, macam mana mereka kenal eh?), dia keluar dating dengan lelaki sampai satu town tahu. Kau tak terasa nak hambat budak macam ni? Kena leter tu pun dah kira nasib baik tu.

In the end.. Nyonya Mansor juga yang jahat sebab dia punya plan, back up plan, plan B semua dah terkantoi. Yang maintain baik dalam cerita ni cuma lah Dr. Ismady. Dah lah dia jagakan anak Kassim, to be fair lepas ambil bini Kassim, dia ubatkan mata si Kassim. Tapi Kassim ni satu hal pula poke his eyes with culinary . Ala Kassim...... Terluka sangat lah kan hati kau... iya lah aku paham. Memang patut dikasihani lah part yang ni. Yang maintain bodoh dalam cerita ni ialah Sabariyah.

So, jahat2 Nyonya Mansor tu sebab sayangkan anak. Maka dengan ini saya berharap we can stop demonising Nyonya Mansor and Mother in Law in general. Mesti lah nature seorang ibu adalah protective terhadap anaknya kan. Kalau tak protective ni ibu katak atau penyu, lepas bertelur tinggal saja anak terkapai2 hidup sendiri.

Need to be cruel to be kind kata orang putih.

Dan kepada perempuan diluar sana (termasuk lah aku), kau nak pilih2 suami agak2 lah kan. Cinta tak cukup beb. Kalau kau rasa lelaki tu asshole dan berharap dia akan berubah satu masa nanti selepas kawin (asshole ni termasuklah yang jenis makan duit awek tak sudah2 ok), kau silap besar lah kot.

You cannot unasshole an asshole.

Cintai lah Ibu Bapa, sayangi lah anak anda, dan bravo Dr. Ismady.

-TAMMAT-







4 comments:

oriaj said...

tiada karaja sampai nyonya mansor pun dibela

j.la said...

pada pukul 3 pagi.

AiniL said...

tabik spring la konspirasi ko...siap ada kata2 dari Mr Justin lg...hehe
it was indeed Kassim's own fault that destroyed his family, ibu mana xsayang anak oii...tp part dia kawenkn c sabariah dgn dr ismady tu aku xsetuju la, sbb based on lies...xberkat hidup nnt...huhuhu :p

J.la said...

haha... rage pada pukul 3 pagi. nanti aku review madu 3 pula.