MEH LAH KLIK...

Wednesday, March 31, 2010

Gambar-gambar kenangan bersama Nel.

Happy happy man. He was always a happy man. Masa ni dia extra happy sebab yang organized dinner ni kawan2 Nel (junior dan akak2 ustazah).

suka sangat main sms. Expert!

Akhirnya aku ada kekuatan untuk melihat semula gambar-gambar kenangan aku bersama Nel (Nelazahar Junaidi) masa kami sama-sama di UKM. Tidak banyak gambar kami bersama. Aku harap Muhammad sudah tahu akan pemergian Nel. Aku sudah mengemailkan berita itu. Tapi email kepada Muhammad, sepi tidak berbalas.

Muhammad adalah antara kawan Nel yang paling Nel kasihi. Sejak dari Matrik Labuan lagi. Nel ialah orang yang ramah, ditambah pula dengan Muhammad yang baik hati, pandai pula mengaji, suara pun sedap (muka pun boleh tahan sejuk2 gitu). Nel sangat ambil berat dengan Muhammad, lepas kami sama-sama masuk kolej yang sama di UKM. I remember back then, if Alif was the muazzien or Muhammad was leading Yassin recitation, Nel would tell me via sms.

Sebenarnya, kalau malam jumaat selalu teringat Nel, sebab Nel meninggal selepas asar hari khamis, di Hospital Kuching. Aku dapat berita pun malam jumaat. Nel dikebumikan hari jumaat sebelum solat jumaat, di kampung nya di Sarikei.

Semalam, aku lepak sorang2 di kafe, makan mee goreng. Dulu, Nel lah member melepak di kafe. Dari masa kml sampai ukm. Pernah masa cuti mid sem kami lepak di kafe sampai jam 1-2 pagi. Seronok bersembang dengan Nel. Masa tu ada rakan-rakan yang lain juga, anak-anak borneo yang kampung jauh.

Alhamdulillah, I can accept the lost much better now. Sedih tetap sedih, tapi ketentuan Allah SWT itu wajib diterima. Mati itu pasti. Yang aku mahu kenang dan pahatkan dalam hati dan ingatan ialah saat-saat aku bersama dengan Nel. He was a great friend. I always miss him and love him.

Al-Fatihah, untuk Nel, semoga perjalanan mu dipermudahkan di sana. Amin.

*Gambar diambil semasa Dinner FST, UKM, 11 Februari 2007. Kali terakhir bergambar dengan Nel.

Dan empangan pun mulai pecah ='(

No comments: