MEH LAH KLIK...

Tuesday, February 23, 2010

Selepas submit.

Mentang-mentang sudah submit, jarang-jarang pula aku ada mood mau update blog. eh.. tulis BM (mengada2 macam lah selama ni English tip top, bluek!).

Aku malas sungguh nak buka laptop. online pun lebih sekejap dari biasa. iya lah dulu, memang hari2 aku mesti buka laptop=online. ialah kalau buka laptop tapi tiada internet, bagus merayap pergi makan atau cuci mata.

Resume pun aku belum buat. esok plan2 nak cari ink printer (tapi duit belum ambil di bank), sebab mau print borang cari kerja, print resume, bla bla bla.

Aku tengah try2 cari duit segera sekarang ni. I mean duit sendiri lah, kalau duit segera main minta or curi tu, tiap2 minggu boleh diusahakan. Macam mana mau cari duit segera? Banyak option yang aku consider dan reconsider. meh aku senarai (apa yang terlintas di kepala aku sekarang);

1. Ajar Tuisyen.
Lokasi: KF.
Ramai juga antara fellow postgrad yang buat part time ngajar tuisyen. ok lah buat menyambung hidup, dapat juga duit. Tapi aku tak tahu kriteria apakah yang melayakkan aku menjadi seorang pengajar tuisyen. Tapi aku rasa plan ini relevan dan tidak terlampau ambitious, transport pun ada. cuma aku ni cinderella pukul 11. maka mungkin disana ada problem. Selain, hehe.. macam biasa, selalunya orang hantar anak tuisyen belajar Maths, and I am not good in Maths. Tadi aku main sebut saja berapakah 5% dari 2120, sambil mengharap kepada Ainil yang tengah makan untuk memberikan jawapan. And she did give the correct answer... (perghhh..).

*Ainil if you read this, and dont like it, leave a comment. nanti I edit.

2. Kerja Shell (petronas pun boleh).
Lokasi: Putatan (err.. Jalan sulaman pun boleh~, jeng jeng jeng).
Dulu masa aku diambang grad (ijazah), aku dengan kawan2 selalu joking, lepas grad nak kerja apa. and constantly aku cakap aku nak kerja shell minyak. Bukan industri oil&gas offshore yang gaji beribu raban tu. Tapi kerja Pam minyak.

Ntah lah, Pam minyak fetish kot aku ni. haha.. it was began when I was 11 or 12... I forgot. Tapi masa tu kelas sains dan cikgu aku suruh buat sains projek yang melibatkan bentuk (shape). so you may build anything yang melibatkan bentuk2 lah. Aku tak ingat sangat lah, aku rasa member2 ada yang buat robot, rumah etc etc... tapi aku buat Pam Minyak (building). All I could think was a gas station, nampak sangat aku tak kreatif since forever kan.

Valid lah juga rekaan aku tu, since it was a building. But I think my teacher pun wonder, apa jadah lah budak 11 (or 12) yrs old nak juga buat Pam Minyak, sedangkan banyak lagi bangunan atau binaan yang lain yang boleh menyerlahkan kekreatifan.

padahal kalau aku choose buat rumah, mesti banyak design yang boleh dibuat. atau theater, atau stadium atau dewan orang ramai. Aku rasa Pam Minyak ialah bangunan yang paling tidak terevolusi sejak berzaman2. sekarang ada macam2 bentuk stadium, atau theater, atau rumah, sekolah. Tapi design pam minyak still macam tu juga. Even design jamban pun lebih pelbagai kot banding pam minyak.


(kena buat bintang* juga untuk Ainil a.k.a virtual jentayu).

*Erti Pam minyak kepada saya adalah lebih dari sekadar After-10.

3. MLM

Nak Mampos? Tidak. Maka, jangan buat. even if the product is minyak pengasih saintifik.

Like others, I am not looking for MLM business, MLM business is looking for me instead.

4. Kerja Supermarket.
Lokasi: Putatan.
Aku terasa juga nak kerja susun tin sardin, or tin milo, ni. somehow aku ternampak ketenangan dalam kerja2 tu. I mean, ofkhoz lah penat, low paid, etc etc... but at least, kau tak payah nak kena refer journlas, manuskrips, check monumental work by infamous scientist dalam bahasa Jerman sedangkan English kau pun terabur.

bagi aku kerja supermarket ialah kerja straight forward. Tapi tak tahu lah kalau tak straight kan.. sebab aku tak pernah buat.

Grass is always greener on the other side right?

meh buat de-tour sikit.

beberapa hari kebelakangan ini aku sering terfikir2 apakah berbaloi yang aku buat selama ni. I mean, come on, let's be frank. Scientists have been fucked up all the time. Tak percaya? G. Galilee si pencipta teleskop, dia cipta teleskop, mati dalam keadaan sedih. my favourite, C. Darwin, walaupun dah mati beratus tahun, masih menjadi sosok pilihan untuk dikutuk didalam kelas di Malaysia atau dunia, hanya kerana dia melontar kan teori evolusi. tu belum masuk kes dikapirkan oleh gereja semasa hidup. Cikgu aku kata, on his dying bed, finally Darwin converted to religion (most likely Christianity lah kot). apa yang aku lihat dalam tv (bukan baca), Darwin died because of mysterious illness.

Even without Darwin, there would be another man come up with this idea.

Darwin dah lama mati ok. Tapi seingat aku masa sekolah dulu, ustaz dan ustazah, kalau cakap pasal Darwin, tak lain tak bukan kaitkan Darwin dengan Monyet, Darwin monyet, monyet monyet, dan monyet. Sedangkan Darwin's idea was based on his observation on varieties of birds' beaks in Galapagos. So why these ustaz ustazah keep on bashing already dead Darwin dan bila sebut nama Darwin kata Darwin monyet. Do these ustaz ustazah know the difference between Apes and Monkeys? And I bet my last cent, these ustaz ustazah never read The Origin of Species.

kalau kamu buka balik kisah celah bedah Geologist, korang akan jumpa kisah tragik, one after another. how these scientists fucked up their on life because of rocks.

Tahu Charles Goodyear? ala orang yang menemui kaedah pemvulkanan secara tak sengaja (? tak ingat sangat proses apa tapi pasal tayar getah kereta korang tu) . Dipenghujung hidupnya Goodyear mengalami kesihatan yang teruk akibat terlebih inhale gas getah mentah yang dicuba untuk divulkankan, mati dengan hutang yang banyak dan meninggalkan satu patent (yang dia bergolok gadai berhutang piutang kerana nak patentkan ciptaan sendiri).

ok , cukup meroyan pasal saintis2 tu.

Masa aku balik kampung last weekend, Aku ternampak plat (plate) yang aku dapat ketika Malam Tautan Saintis Muda masa aku final year. Untuk melayakkan aku memperoleh plat besi berukuran diameter lebih kurang 8 cm tu, dan ditengah2 nya bertampal stiker logo Fakulti aku, aku mesti enlisted dalam Dean's List.

Ya, memang lah skor pointer sampai Dean's List, and all I got was sekeping plat besi sebesar lebih kecil dari tapak tanganku bersama stand dan sekeping sijil yang tertera padanya namaku yang disalah taip.

See? I burnt myself to be in the Dean's List. Endless waiting for bus, kelam kabut here and there. Even dumped the only guy I ever dated during my 3 years in Bangi (which wasnt really hard to do since I was hell busy at the time, If I didnt, he would, so I dumped him first).

My own father didnt even care about my Dean's List award. He didnt even care to look at my sijil, let alone plat besi bertampal stiker fakulti.

But my mom gave me countless kisses.

Ok back to kisah kerja2 tu.

5. Started a Motivational scheme (read: scam).

Ahh... sudah...

sekarang ni semua orang boleh jadi motivator kan. Aku pun boleh kalau aku nak. mengarut2, quote sini sikit, sana sikit, buat presentation slides, walla~ orang datang ceramah kau bayar RM50 per head.

Padahal kau tak ada tauliah pun. Kalau ada title Phd, Dr, Datuk, Prof, lagi afdal lah kan. Sekarang ni multi tasking, Doktor jual ubat kurus pun nak buat movie, multi tasking lah katakan. Doktor penyanyi pun nak jadi motivator. eh.. dah ada Phd, mestilah bijak kan... (macam haram).

cuma masalahnya aku bukan pandai sangat menipu. cuma kadang2 bila aku cakap betul orang ingat aku tipu.

tak pun aku start skim bomoh saintifik pula. tadi aku google2 pasal methanol, bahan kimia segala, entah macam mana yang timbul dalam google result aku ialah "minyak pengasih saintifik". malas aku nak klik.. apa lagi ntah kelentong saintifik terkini selepas penapis air pencegah kanser dan kopi penguat tenaga batin pencegah penyakit jantung (walhal kebanyakkan aprodisiak mempercepatkan degupan jantung untuk mengepam darah ke the southern most department or penis)

I was a bomoh( palsu). but of course nobody believes me when I said I was a Bomoh. Bukan lah aku main asap2 keris, tabur2 kemenyan. But my interest in Ethnobotany that made me look like a Bomoh. Iya lah, setakat, tumbuhan yang mengandungi ubat kencing manis, darah tinggi, penguat ehem ehem, of course I know, I study botany remember? Dulu aku ada belajar anatomi tumbuhan, masa buat assignment anatomi ni, aku dan kawan2 kena dissect tumbuhan yang ada nilai ubatan. Masa tu aku banyak (tak lah banyak sangat) baca pasal tumbuhan ubatan. And thats how I know tumbuhan mana ubat untuk apa. well tak lah tahu sangat, tapi tahu lah sikit2.

Dan pasal dos tumbuhan ubatan yang perlu diambil tu bukan aku reka2 atau dapat dari mimpikan tok guru, orang makmal tumbuhan semulajadi di UPM yang ajar aku pasal dos2 pengambila tumbuhan ubatan.

6. err.. ke-6 ni aku tak boleh reveal sekarang. nanti aku reveal.

p.s: kalau mengarut ni dibayar, next spring dah cukup duit aku untuk pergi ke Macau (bukan Mekah).

2 comments:

Anonymous said...

Приглашаем Вас посетить нашу [url=http://luxdoska.com]доску бесплатных объявлений[/url]. Вы сможете оставить свое объявление без регистрации, но с обязательной постмодерацией.
Надеемся что на нашей доске вы найдете именно то что вам нужно, или же сможете выгодно продать свои услуги

Anonymous said...

Новый сайт видео [url=http://videolov.com]знакомства, [/url]регистрация бесплатна.