MEH LAH KLIK...

Saturday, January 2, 2010

Maka

Berteleku lah dibirai katil kerana dia ada ketagihan internet yang teruk. Maka Jangan kahwin lagi.

Ucapan sayang itu tanda menyampah. Maka ucap dua kali bikin jadi muntah.

Kopi campuran tongkat ali ada habuk papan. Maka jangan Beli.

Zappel bukan tuak epal. Maka boleh diminum.

serious, lagu aril "ingin diri mu dekat dihatiku" terasa sangat homoseksual. Maka tutup radio.

Melodi, tak elok untuk ditonton, sudah lapuk lagi kurang ajar. Maka berhenti tonton.

..........................

aku sudah tengok Avatar. baru aku tahu Avatar tu berasal dari perkataan Hindu/Sanskrit. apa pun filem Avatar tu aku suka. walaupun cliche. mengingatkan aku salah satu filem sci-fi yang aku suka sangat sangat The Abbyss.

Aku bukan suka sci fi sangat. kerana banyak mengarut.

senarai Sci Fi yang aku suka;

1. Planet of the apes
2. The Abbyss
3. Journey to the centre of the earth
4. Avatar

aku tak ingat kalau ada yang lain2. tapi ini yang top lah aku suka. Star wars, seriously aku tak faham, tak suka, tak nak faham. star trek, walaupun kadang2 aku rasa peminat star trek adalah unik, kerana boleh handle kekarutan yang melimpah ruah dalam siri tv itu. oh ya The real Mr. Smith ada dalam Star trek, Scott Bekula. eh... jangan salah sangkan aku tak tengok star trek, so aku tahu sebab aku baca wiki. (apa ke jadah aku cari wikipedia Scott Bekula?, itu adalah rahsia).


ok, back to Avatar,

yang aku suka:

1. Dr. Grace.

Dia Biologist, kononnya lah. dia buat tumbuhan, dan segala biologi di Pandora. even tulis buku pasal botany of Pandora, pandai cakap bahasa Navi, ajar english kepada penduduk Pandora.

actually, I can relate myself to Grace. I am trained as Biologist, atau lebih tepat lagi Botanist. and I could see Dr. Grace berlakon. Kami orang2 biologi ni tak ada lah kalau passionate cakap2 penuh ekspresi muka dengan orang ramai. we are pretty normal. dan Kami pentingkan nyawa sendiri berbanding spesimen. plus my side interest other than internet, eh.. salah, biologi is language.

apa pun aku suka watak Dr. Grace, walaupun aku dah agak dah, mesti ada yang mati2 punya.

2. Jake Sully's legs.

kita semua tahu semua dalam filem itu Jake Sully ialah seorang Marine yang bekerusi roda akibat kecederaan. dan Kakinya nampak vestigial dalam movie itu. aku tak tahu lah vestigial kerana mekap, special effect, prosthetic, CGI... tapi nampak pretty vestigial.

ok, ni aku nak kasi kuliah percuma. Dalam biologi, biasanya anggota yang tidak lagi digunakan, atau jarang digunakan, seperti kaki Jake Sully yang sudah tidak digunakan, selalunya akan menjadi vestigial, atau mengecil.

Cikgu aku pernah bagitau, kalau kita malas naik tangga, asyik naik lif, lama2 kaki kita akan jadi vestigial. of course lah bukan dalam masa one man life span, tapi mungkin 2-3 generasi. nanti thumb kita pula yang dominant kerana suka tekan2 keyboard, touchscreen, keypad..
same thing dengan otak lah kot. tengok lah Aeon Flux, the animation bukan filem betul. lagi radical idea dalam kartun tu. sama taraf menghidu gam.

Maka, Syabas lah kerana pihak pembikin movie pay attention kepada detail itu.

3. Pandora

gila marvelos.... fuh.. when the makhluk berwarna biru meloncat2 (Avatar si Dr grace, Norman, Jake) melalui akar2 kayu yang menghubungkan gunung-gunung terapung di Pandora. seriusly, aku pun terus2 terpikir, macam mana lah kalau aku yang buat field work kat sana.

yes, aku dah terpikir nak buat field work di Pandora. sangat cantik dan sangat bahaya. aku bukan lah suka sangat adventure ni, tapi sometimes or most of the times, my work required me to do outdoor stuff.

Pandora, sangat cantik. walaupun CGI, well...

4. skrip Jake Sully.

"kini semuanya sudah terbalik, seolah-olah disini ialah mimpi, dan disana ialah hidup sebenar".

sesuai untuk penagih2 FB, blogger addict. (macam aku).


yang aku tak suka pulak.

1. Stereotyping.

hollywood besar, orang ramai, idea banyak, duit banyak, tapi penyakit yang sama ini masih menular stereotyping. stereotype macam drama gerak khas, seperti penjahat mesti pakai baju jaket hitam.

Kolonel yang kuat dan gagah itu sangat kuat, jahat, garang, tengkorak calar pun masih hidup, bahu terbakar masih boleh melompat2 membunuh makhluk. stereotype nya pula ialah dia Caucasian.

Orang Pandora, rambut dreadlock, macam manusia cuma dia alter2 kasi warna biru. Orang Pandora macam orang asli. Sesungguhnya, akal manusia masih tak tercapai macam mana bentuk makhluk luar planet bumi ni. kalau korang tengok movie2, still makhluk tu ada 4 limbs. 4 limbs ni big event dalam evolution, (ok... I better stop kan... nanti jadi kelas bio pulak).

makhluk2 pandora. Ikran dan Toruk tu macam Binatang dalam LOTR, ala yang Nazgul naik tu. badak sumbu pandora macam badak sumbu bumi.

orang pandora percaya dengan Eywa.. bagi aku Eywa ni mothernature. most of natives in Asia, Africa, South American, percaya dengan animisme, mother nature, paganism... so ini adalah stereotyping juga.

2. predictable.

jalan cerita sangat predictable.

3. Marine, Marine, Marine.

apasal la kalau buat movie yang ada askar, mesti askar dari core marine. selalu sangat puak Jarhead ni di highlight. apa core lain tak hebat kah? airforce, navy, army... etc etc...

eh, korang tahu, si Horatio Caine tu pun ex marine. Danny dalam siri Las Vegas tu pun ex marine, watak haram jaddah si John Cena pun the Marine juga. entah apa tujuan lah buat cerita pasal bini Marine kena culik.

Nasib baik dalam JAG dia highlight Air Force. ok sikit.

4. Michelle rodrigez

gila menyampah aku dengan perempuan ni... entah kenapa.


apa pun aku suka movie the Avatar, berjaya membuatkan aku rasa nak buat field work di Pandora. ok lah kot, remind me a lot The Abbyss. Tapi The Abbyss, lagi cool kot, sebab cecair yang boleh buat bernafas dalam air tu... hehehe..

aku dah terbayang tajuk paper, Mosses of Floating Mount of Pandora. sambil2 collect moss, Ikran terbang2 kat belakang 2-3 ekor.

ok, I sound pretty nerd already. I see you.

.

No comments: