MEH LAH KLIK...

Tuesday, December 15, 2009

Mandi dan Sterika kain.

Dan sebenarnya aku sibuk. kerja mencekik bukan saja sampai paras leher malahan sudah hampir ke hidung. Tapi aku suka internet. Then so be it.

Ini aku ingin kongsikan luahan hati, buah fikiran, segala ding dong, yang biasanya terlintas semasa aku mandi dan sterika kain. Yes, I do quite a lot of thinking when I do both. Sudah semesti aku tidak boleh mandi semasa mensterika kain, dan vice versa.

Tadi di rumah di mana aku mencari sisa sisa kehidupan sosial yang sudah tinggal habuk dan serdak beberapa topik telah timbul. Senang cakap topik ini sentiasa timbul. Kerana iyanya lebih ringan dari sabut yang dicampak ke laut.

1. Kahwin.

Ini topik popular, juga termasuk dalam soalan-soalan default Puan Green Apple (kisah lain). Bagi aku siapa nak kahwin, kahwin. nak mampos, mampos. bukan?. jika anda masih terfikir2 nak mementingkan diri sendiri, seperti tidak mahu entertain mertua atau masih mementingkan shopping barang-barang yang tidak perlu seperti henpon mahal, henpon latest dan henpon mahal dan latest, dari susu anak atau pampers anak atau bayaran ansuran rumah, maka cadangan saya ialah jangan letakkan perkahwinan sebagai priority hidup. Ada baiknya anda fokuskan hidup untuk catch up dengan teknologi handphone terkini. Sekurang-kurangnya hanya hidup anda akan terkesan. Ibu bapa orang lain pun tak kecil hati.

Aku sebagai seorang orang, tidak tergugat dengan perkahwinan orang lain, atau boyfren orang lain, atau hubungan songsang orang lain yang tiada kena mengena dengan aku. Do it as you wish. Bila ditanya soalan default, jawapan standard (dalam hati) "buat masa ini tiada yang mewajibkan aku berkahwin, tiada yang menghalang". jawapan default bila kena tanya "belum lagi untuk masa ini". jawapan tak guna (juga dalam hati) "I am not that conservative" (hak ptuih!).

Bergantung kepada priority kamu. Jika kahwin adalah priority sila kan. jika tidak, terpulang. Pendek kata, Marriage is more than just a wedding, wedding would last for a weekend, marriage should last forever (or at least more than just weeks). atau dalam bahasa kita, "kahwin bukan untuk sehari dua".


2. Thesis, sambung belajar, pencapaian akademik gemilang dan menjejak langkah ke menara gading.

Thesis, sambung belajar bukan segala-galanya dalam hidup. Hidup lebih dari sekadar thesis, sijil, dan survive viva voce. Kembali kepada keyword kita "priority". Jika pencapaian akademik gemilang adalah keutamaan kamu (sekarang). Maka buat lah sehingga habis. bak kata orang "Jangan mulakan sesuatu yang tidak boleh ditamatkan".

Jika tiba-tiba anda jatuh cinta atau nak sangat kahwin atau nak jogak kahwin (rujuk #1), maka secara tidak langsung Thesis, dan sijil anda bukan lah satu keutamaan sangat. utama, tapi tak utama sangat. Pandai-pandai lah. Ramai orang boleh imbangkan dan berjaya dengan gemilang dalam keduanya. Ada yang terpaksa let go salah satu (selalunya thesis lah yang terkorban, sebab, well, perkahwinan lebih penting lah tu). Ada yang try very hard to put their legs in two boats which only later drowning when boats go to separate directions atau bila badai datang melanda. mampu letak lah kaki, tak mampu, pilih lah sendiri. You can always try. Dan ingat yang berjaya dengan gemilang dalam keduanya tu selalunya come with price, pengorbanan masa, duit, more or less kinda gamble with present and future.

kadang-kadang atau selalu juga, kita tidak boleh menang semua dalam hidup ni. kadang-kadang kalah, atau rugi. Jangan lah tamak. apa priority anda. Adakah priority anda adalah menjadi seorang tamak? maka tak perlu lah sembabkan muka anda ke bantal, kerana tak lama lagi anda akan jatuh tersembab dalam ketamakkan sendiri.

ukur baju badan sendiri.


3. Duit.

Nak duit, sila bekerja. Bila belajar ni kamu sebenarnya membayar, bukan dibayar. Sebab kamu mahu dan sanggup membayar untuk belajar(rujuk #2). Pastikannya berbaloi-baloi. Jika mahu.

Aku cakap duit, bukan 'untung'/'faedah'/'benefit'.
............................................................................
apa yang aku fikir masa aku mandi dan sterika baju. ada banyak lagi. ini pendapat sahaja, penerimaan, tafsiran, terpulang. Sama macam bila aku cakap "kursus kahwin sepatutnya optianal bukan wajib". Ada orang setuju, ada tidak. Ada yang kata, aku berlagak konon2 dah tahu lah konon. Tapi sebenarnya aku tak setuju bukan kerana kursus tu kursus semata2, tapi where the course go. hasilnya. adakah kursus itu sangat berkesan? sangat membantu? membantu sedikit? berkesan lah juga? statistically proven?

Tapi di Malaysia ni biasalah, objektif tercapai atau tidak bukan satu masalah. Apa yang penting, bila ditanya "sudah berkursus kahwin?" jawapannya "sudah ustaz, ini sijilnya.". Ilmu itu di amalkan atau tidak, kau jadi suami yang baik, adil, berilmu, bertanggungjawab atau tidak, bagaimana? so what the hell happened with value of your sijil kursus kahwin. enough to pay lunches for a weekend? is not like sijil kursus kahwin will prevent cerai, nikah lagi satu or rujuk or suami lari, with or without benda2 ni semua akan sentiasa berlaku. yang patutnya bila dah berkursus kahwin serta bersijil, andai ada kes cerai, nikah lagi satu or rujuk atau kes berkaitan rumahtangga, boleh lah berlaku secara lebih proper, meminimumkan penderitaan.

ni ustaz ni, tuan-tuan dan puan-puan, jika ustaz, atau guru sudah tak kisah ke arah mana ilmu yang disampaikannya, adakah ilmu yang disampaikannya sampai ke jiwa muridnya?, apatah lagi orang lain.

kepada peserta kursus kawin, if you are old enough to get married, means you are old enough to preform fardhu ain kan? tapi tak apa, belum terlewat untuk belajar, walaupun sebulan sebelum nikah, atau setahun selepas kahwin. kan?

I am not ustad basher. Tapi, ustaz secara terjemahan terusnya bermaksud guru, atau sinonimnya muaalim (guru), atau alim (yang berilmu) terbit dari perkataan ilmu itu sendiri.

Aku nak kita semua lebih menghargai dan menikmati ilmu, bukan aku nak suruh korang boikot kursus (which you cant, sebab nanti pending lagi sijil nikah korang, masalah tu). I am not preaching, nak sharing saja.

yang mungkin juga lebih kurang masalahnya (mana nilai ilmu?) ialah kisah bahasa inggeris, bahasa melayu ni. (haahahahaha, aku dah melalut). Cikgu jangan mengajar nak suruh murid score A sahaja. Murid jangan belajar sebab nak score A sahaja. Ibu bapa suruh murid belajar dan guru mengajar sebab nak anak score A sahaja. Yang orang perlukan bila Murid itu dewasa dan terkial2 cari kerja (macam aku), bukan lah pasal dia boleh score A dalam 20 subjek. tapi perlukan dia berkomunikasi. Macam biasa, kertas cadangan baik punya tebal, perlaksanaan aku tak pasti macam mana, campur itu ini, drama sana sini. Hasil? hanya akan kelihatan selepas 11 tahun? Mereka bukan mencit, atau expendable lab rat. Mereka anak orang. atau lebih penting jika aku kata, mereka anak korang.

Experiments are subjected to error.
...........................................................

No comments: