MEH LAH KLIK...

Monday, November 16, 2009

Movie Marathon: The Review.

pergh... movie marathon. oleh kerana internet di rumah Kf rosak binasa, aku beralih arah kepada dvd dan panggung wayang.

1. Inglorious Basterds.

aku hangkut orang kampung tengok movie ni. sebab review obe sangat awesome. orang kampung punya lah tak berkenan movie ini kerana... well... too heavy kononnya. tapi actually tak lah heavy sangat. and pada mulanya memang expect action movie, bom, bang, peluru, askar bocor perut... ada juga cuma sikit sangat. cerita ni heavy on dialog. in heavily accented american english, french, german, and a little itallian (Margheritiiii). aku minat juga dengar movie yang skripnya selain english. lagipun sangat odd kalau watak der Fuehrer bercakap dalam english kan. Nein, nein, nein....

wayang ni panjang sikit lah... dengan watak2 yang berbicara dalam bahasa asing, hampir terdoze off juga aku. aku suka Herr Colonel Landa, sebab dia ni linguist cunning, hehehe. aku tak tahu lah apa motif dalam movie ni. nak kata highlight keganasan German terhadap Yahudi, tak lah sangat. aku tengok lebih kepada, highlighting apa yang Yahudi boleh buat walaupun dalam keadaan terseksa yang amat. keinginan mereka untuk membalas dendam.

aku suka watak Landa over Lt. Aldo the apache sebab, aku tak kenal Christopher Waltz tu, kalau tengok si Aldo tu konfem aku tahu dia tu Brad Pitt. maka, watak Landa lebih real.


2. Milk.

yeah.. filem lama sikit. tapi aku baru tengok. ok, no wonder Sean Penn got the statue. real lah dia berlakon sebagai Harvey Milk. well.. aku rasa movie ni just in time. about the same time California law allowed same sex marriage. sebab titik tolak permulaan secara openly melalui saluran politik dan demokrasi berkenaan hak gay adalah dari kedai kamera Harvey Milk di San Francisco. dulu, golongan ini dipandang hina. the real footage berkenaan gay club raid dalam intro filem ini menggambarkan satu masa dulu Amerika berpendapat golongan gay ialah pelaku jenayah. Ini kali ke-2 Sean Penn agak menarik lakonannya bagi aku, last time dalam filem I am Sam. I prefer Sean Penn in I am Sam.

i love James Franco in this movie. walaupun sudah tentu ghey wataknya.

3. Pisau Cukur.

what on earth? hahaha... actually setelah movie berat pada sebelah malam bercampur dengan 2 siri sopranos, i need this movie. oh panas. ditulis oleh Rafidah, seronok juga movie ni. aku suka sangat dengan watak braces boy, oleh Shahredza. menarik. hensem.

hey, tengok lah movie ni, loaded with beautiful people. and story pun not bad. Fazura and Maya karin... i like. scene tari cha cha between Maya and Shahredza pun sangat best. banyak juga hiccup. tapi biasalah.

4. Public Enemy

AWESOMENESS!. pada mulanya aku tengok ni dulu berbanding Milk, tapi ada masalah teknikal. gila hensem si Johnny Depp. setting pula zaman aku betul2 berkenan, zaman double breasted coat, di Chicago. what i like the most about this movie apart form the story, and Johnny is, the time setting. I think every man should know how to dress like gentlemen in this movie.

macam The Untouchable sikit, Road to Predition sikit. tapi syok. watak Dilinger tu sangat dark, macho, handsome, and emmm... mysteriously sexy. walaupun secara personal aku lebih suka filem ni tunjuk lebih banyak development tentang J. Hoover. yes, pengerusi/founder FBI. tapi sayang hanya tunjuk sikit2. sebab lebih nak fokus tentang Dilinger dan kekasihnya, Billie (which is good for commercial value). banyak scene tembak2 menggunakan rifle tommy gun, shotgun.

skrip pilihan, "tell Billie for me, bye bye blackbird".

5. Revolutianary Road.

setting masa dah cantik dah. zaman 50's kot. i like. tapi cerita buat aku tertidur. seriously tak habis tengok. nanti aku cuba lagi.

ok lah itu sahaja movie yang aku sempat tengok. aku ada beli VCD (tak mampu nak beli DVD mahal seh..) Valkyrie dan The Last King of Scotland di speedy. belum tengok lagi. aku ada jumpa cd There Will Be Blood juga, aku dah tengok, so tak nak beli lagi. Tristan and Isodle pun ada jumpa... so aku terasa nak pengsan di kedai Speedy hari tu. banyak gila CD/DVD yang aku nak. tak apa, aku siapkan dulu Valkyrie dan The Last King Of Scotland. Valkyrie aku tak simpan harapan tinggi, tapi The Last King of Scotland tu aku berharap juga lah agak awesome.

yang masih dalam list untuk beli cd ialah; Hotel Rwanda, The Pianist, Breakfast at Tiffany, dan... banyak lagi.

wayang, nak tengok 2012 kot... tengok lah nanti.

p/s: taip sambil tengok American Gangster on HBO buat kali ke berapa entah.

No comments: