MEH LAH KLIK...

Friday, October 23, 2009

Tangerine Blue and Sunset Dream

have you read this well said article from Kahuna?. korang klik lah bagi sesiapa yang belum baca. especially blogger. bagus artikel tu, bila pasal blog dan duit ni. ketahuilah banyak indah kabar dari rupa. dulu aku pun ingat boleh rolling ribu2 ringgit dengan blog. sekali hahaha... pendapatan 25 sen seminggu tu, adui, bagus aku kumpul tin aluminium, ada juga 2-3 ringgit.

mula aku blog pun di friendster, sebab.. nak improve english, nak luahkan perasaan, nak kurangkan tekanan, nak belajar menulis, masa tu aku in the middle of my final semester. masa tu banyak sangat kerja, projek, dan sistem belajar dah upgrade sikit iaitu baca nota tak cukup, baca buku teks tak cukup, kena baca journal yang azab aku nak hadam. lepas tu kawan2 selamba2 minta kat kau extract yang kau dapat dari journal2 tu. aku share juga, sebab, well.. aku rasa tak ruginya aku nak share extract tu. tapi ada rasa sikit lah macam upset, sebab penat lelah kita kan, orang datang tuai hasil saja. aku rasa penat masa tu, so i turn to internet lah nak meluahkan segala2. termasuklah kekecewaan aku selepas kertas statistik. basically banyak bekisar tentang aku dan pembelajaran lah masa mula2 tu.

bila buka blog orang, nah dari situ aku tahu kita boleh dapat duit. so pasang angan2 ni. even tadah muka bersengkang mata nak kasi up blog supaya dapat binatang gemilang dari nuffnang. haha. the rest is history. aku berbalik kepada tujuan asal aku buat blog dalam cheap cheap friendster tu. lagipun tak nak lah nampak fake, sebab review produk yang kita terpaksa nak review, sebab mereka ialah client.

tak apa lah, mungkin bukan rezeki di blog. mungkin tempat lain. aku pun tak sabar rasanya nak earn serious money. duit belum ada aku dah pasang angan tinggi2 nak beli itu ini, nak bercuti sana sini. well biasalah kan.
.......................................

actually aku ada 2 helai kertas bahasa jerman nak diterjemah ni. Jerman aku pun dah karat, tinggal nak tertanggal saja. lagipun bila masa aku nak ulangkaji bahasa ke(?) ni. aku pun belajar sekerat sampai level 2 (setahun, 2 kali seminggu). ada lah basic. tapi yang aku cuma boleh translate tadi ialah, "Tumbuhan berwarna hijau zaitun hingga keperangan..." lepas tu aku tak tahu apa jadah lah si Fleisher tu tulis. tengok orang Jerman, tak hadap dia nak tulis buku berjilid2 dalam english. well.. buku si Fleisher tu jilid ke-3 terbit 1908. ada 4 jilid semuanya. masa tu aku agak2 lah kan, english and german were rival. so semangat patriotisme tinggi, tak nak tulis bahasa asing.

iya, tanpa english masih boleh menulis buku sains tebal2 gila beribu2 mukasurat sampai 4 jilid. tak kisah pun, tapi biasalah ada pro ada kontra. bagi anak-anak German nak belajar mungkin senang. tapi circulate buku tu tak jauh, maklumat tip top banyak dalam buku Fleisher tu, tinggal kau nak baca atau tak saja. al malkum lah, baca Bahasa Melayu pun semput (kecuali gossip harian metro) ini kan pula nak hadam bahasa german sebutir sebutir. tengok German, macam tu punya bangga, "kau nak ilmu aku, kau belajar bahasa aku". dia peduli hapa dengan bangsa lain tersedak2 nak translate, sebab dia tahu, orang tetap akan baca buku dia kerana maklumat tu sangat berguna dan mungkin rare. bottom line, bukan nilai bahasa semata2, bukan tentang bahasa mana lebih antarabangsa, tetapi nilai ilmu, ilmu siapa lebih bernilai. jika ilmu tu ilmu rebutan, kau tulis lah bahasa icelandic sekali pun, tetap akan ada non icelandic yang nak belajar ilmu tu akan berusaha baca tulisan tu.

ex-big big big boss/ex classmate aku pernah berkata tentang semangat atau sifat orang putih bagaimana mereka nak meninggalkan belang/nama mereka. buku fleischer tu dated seawal abad ke 19. sekarang dah tahun 2009, tapi buku dia tu masih lagi digunakan. aku bukan anglophile atau westernized. apa yang baik, baik lah, tak kisah dari siapa atau arah mana iya datang.

untuk kes aku, tadi aku dah selongkar semua journal inggeris yang ada. cuma fleischer saja yang ada maklumat yang aku mahu. ada sesiapa yang pandai translate bahasa jerman untuk gugusan botani disini?

2 comments:

green apple said...

buat blog sebab nak dapat duit tak kisah beb, tapi bila dok banding2kan hasil pendapatan dari blogging tu ngan orang lain tu yang macam dah tersasar je tujuan asal blogging.

Jlascanteen said...

duit tu rezeki masing2. tapi bila dah ada yang dapat duit beriban2 dari blog dan start mengata yang pendapatan blog ciput2 tu, macam tak best pulak.